Kini... Wahid Endut VS Ahmad Said

| |
Tahniah diatas perlantikan Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru. YB Mohd Abdul Wahid Endut yang telah dilantik semasa mesyuarat pertama AJK Pas Pusat yang mendapat mandat baru daripada perwakilan dalam muktamar Pas baru-baru ini. Kalaulah Kabinet yang dipilih diperingkat Pas Pusat dianggap sebagai “kabinet perang” oleh presiden, adakah perlantikan Wahid Endut sebagai persiapan menghadapi pilihanraya?

Wahid yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menegaskan, beliau bukanlah individu yang terbaik untuk jawatan tersebut, namun akan memikul amanah yang dipersetujui Presiden serta AJK Kerja PAS Pusat.

"Saya bukanlah yang terbaik, masih ramai yang (saya rasa) lebih baik dan mampu serta lebih layak, tetapi mungkin Presiden dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mencadangkan beliau kerana suasana menghadapi pilihanraya yang akan datang,"ujarnya.

Oleh itu, katanya, beliau akan memanggil satu mesyuarat perhubungan PAS negeri Terengganu dengan seberapa segera bagi melantik jawatankuasa perhubungan negeri 'kearah' kerja-kerja pilihanraya.

"InsyaAllah, kita akan tubuhkan 'kabinet perang' pilihanraya bagi berusaha dan memastikan Terengganu akan kembali kepangkuan PAS pada pilihanraya umum ke-13 akan datang,"tegasnya.

Nampaknya pertembungan Abdul Wahid vs Ahmad Said sejak dalam dewan akan bertemu buku dengan ruas. Perubahan baru dalam kepimpinan ini diharapkan dapat menjana pengundi Terengganu khususnya anak muda untuk bangkit bersama dengan agenda PGU (Pas Ganti Umno) dalam pru yang terdekat. Pimpinan muda yang ditonjolkan sebagai pimpinan pelapis Pas di Terengganu untuk berjadapan dengan Umno-BN yang masih lagi bergolak yang dipimpin oleh Datuk Ahmad Said yang membarisi kepimpinan lama.

Sebelum ini apabila Datuk Idris Jusoh selaku Pegerusi badan perhubungan Umno Terengganu, ianya dianggap sebagai satu tranformasi perubahan kepimpinan dalam Umno Terengganu kepada generasi muda, tetapi apabila perbalahan dan pertembungan dengan golongan veteran yang dipimpin oleh Mat Said akhirnya Najib selaku Presiden Umno terpaksa akur dan menyerahkan kepimpinan Umno Terengganu kepada Mat Said. Kerana itu kita dapati anggota perhubungan Umno Terengganu terdiri dari muka-muka lama yang direcycle semula untuk menghadapi Pru 13.

Ucapan tahniah kepada Pas Terengganu yang kini ramai terdiri daripada kepimpinan muda sebagai pelapis kepada jamaah Pas. Setelah berlaku pemilihan diperingkat Pas kawasan yang menyaksikan beberapa kawasan telah membarisi dengan kepimpinan muda seperti Pas Besut dan Kuala Nerus.

Apapun Pas Terengganu merasa bangga dengan beberapa kepimpinan yang masih lagi menjadi mentor kepada pelapis yang sedia ada dan masih lagi berperanan diperingkat Pas Pusat. Tuan Guru Presiden sendiri, Cikgu Pa selaku setiausaha agung, Tuan Guru Harun Taib selaku Ketua dewan ulama Pas Pusat serta Datuk Abu Bakar Chik yang masih lagi boleh memandu, menunjuk-ajar serta membimbing kearah kemenangan dimasa hadapan.

Semoga semangat orang muda serta kebijaksanaan orang yang berpengalaman bersaama mood masyarakat semasa yang mula meluat dengan Umno-BN ini dapat menjana realiti Pas menggantikan Umno.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...