Bulan Rejab ni mana-mana surau, masjid agak subur dengan program atau majlis memperingati peristiwa berlakunya mukjizat besar bagi Rasulullah Saw. Ia dicatatkan dalam satu surah al-Quran iaitu surah al-Isra’ ayat pertama.
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqso yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.Isra’ adalah perjalanan dibumi dari Mekah ke Palestine mana Mi’raj perjalanan dari Palestine ke langit mengadap Allah Swt. Banyak peristiwa yang memberi pengajaran kepada umat Islam. Ia hanya berlaku dalam satu malam dan menaiki tunggangan yang didatangkan khas dari syurga yang dinamakan Buraq. Lebih kecil daripada kuda dan lebih besar daripada baghal.
Penulis pernah melihat satu gambar yang tertampal didinding dalam frame yang menggambarkan ‘Buraq Nabi’ bahkan sesetengah rumah masih lagi tertampal gambar tersebut. Dikatakan buraq dengan wajah seorang perempuan Hindustan dengan bersayap. Semua ini adalah khurafat. Peristiwa yang tiada siapa sedari hanya Rasulullah Saw. Bila pulak dia pergi ambik gambar disitu? Semua ini bertujuan mencari duit untuk kepentingan dunia. Sedangkan ianya dari syurga yang tidak pernah dilihat manusia, tidak pernah didengar, tidak terlintas dihati manusia. Bahkan ada yang menggambarkan Rasulullah Saw menaiki Buraq tersebut.
Diharapkan jika masih ada didinding rumah saudara semoga dibuang dan dibakar sahaja. Jangan biarkan khurafat berada dalam rumah saudara.
Peristiwa paling penting daripada Isra’ & Mi’raj ini adalah keyakinan. Sejauhmana seseorang itu yakin kepada baginda Rasul dan kekuasaan Allah Swt. Sebagaimana sahabat Rasulullah Saw yang akhirnya digelar as-Siddiq kerana membenarkan peritiwa tersebut berlaku walaupun dituduh gila oleh penduduk Quraish.
Hari ini orang melayu Islam menyambut peristiwa Isra’ & Mi’raj setiap tahun tanpa mengira Umno atau Pas maupun atas pagar. Yang mengherankan mereka yakin dan percaya walaupun peristiwa iatu berlaku 14 abad yang lalu dan peristiwa itu tidak tertanding sehingga kini meskipun dalam dunia moden ini. NASA masih berhempas pulas untuk menghantar manusia ke planet marikh, planet paling hampir dengan bumi sedang baginda melepasi semua planet dan melepasi 7 lapis langit.
Kekadang orang Umno yang paling banyak mengikuti mahupun menganjurkan majlis Isra’ Mi’raj ni. Bila ditanya, anda percaya ke? Ish! Kalau tak percaya, nak jadi kapir ke? Kenapa? Disebut dalam al-Quran lagi. Kita kena beriman dan yakin. Tetapi apabila ditanya, Habis kenapa tak mahu melaksanakan hukum Tuhan yang juga tercatat dalam al-Quran. Bahkan lebih banyak ayat yang menyebutnya berbanding satu ayat menyebut tentang Isra’. Tetapi Hudud kau cakap zalim. Ketinggalan zaman, hanya sesuai dizaman badwi dan zaman unta sahaja. Ekonomi berasaskan riba. Kau halalkan judi dan bagi lesen. Arak macam air sejuk aje bahkan pusat hiburan bersepah. Pendidikan sekular. Memerintah secara kapitalis. Makan rasuah, tindas rakyat, melakukan kezaliman, mahkamah dan macam hak mak bapak. Undang-undang menolak syariat dan menjunjung perlembagaan Lord Reid, peraturan Negara Commonwealh hingga kini.
Apa dia jawab… tersengih ajelah. Tak mampu jawab! Akhir lari aje. Kalau dijawab pun, politik dengan agama tak bercampur. Balik kepada jawapan bapak khurafat itu juga. Kalau jumpa kat waktu pilihanraya… tu dia.. dengan logo dacing kat atas dahi. Tapi kalau bulan rejab. Isra wal Mi’raj mengalahkan orang arab???? Apa nak jadi!!!
No comments:
Post a Comment