Isteri baru... harap ada Umphhh!!!

| |
Umur dah 60 tahun. Sekali beristeri baru, sudah pasti ada momentum baru. Macam Ketua Menteri Sarawak tu. Baru Datuk Patunggi Taib Mahmud kahwin isteri baru, muda pulak tu... menag lagi pihanraya.

Muda atau tua bukan ukuran. Yang penting baru. Ada kelainan kot. Yelah! Sekarang ni orang nak kan perubahan baru. Itu sudah fitrah dan keinginan manusia. Persepsinya, yang baru membawa perubahan baru. Begitu jugalah rakyat mengharapkan PR menggantikan Umno-BN yang sudah terlalu lama dan penuh bahana dalam memerintah bumi Malaysia ini.


Itulah juga umpama Pas dan pemilihan kepimpinannya. Dalam usia Pas yang telah mencecah 60 tahun, setiap 2 tahun sekali aka nada pemilihan kepimpinan dalam muktanmar. Kali ini, YB Ust Nasarudin Mat Isa yang telah memegang tiga penggal berturut-turut gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presidennya. Perwakilan memilih Abang Mat Sabu yang sememangnya popular dikalangan perwakilan dan penyokong Pas. Dari segi umur, Ust Nasa lebih muda dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding Abang Mat Sabu tetapi pengalaman, usia dalam perjuangan serta suara vocal Abang Mat Sabu itu menarik perwakilan untuk memberi sokongan dan memilih beliau menjadi Timbalan Presiden. Suasana dalam persiapan untuk menghadapi PRU 13 amat bergelombang sekarang. Apatah lagi dunia politik tidak boleh mengabaikan persepsi.


Perubahan baru dalam kepimpinan ini dianggap merupakan perubahan dalam Pas bagi menarik dan mengembeling rakyat khususnya anak muda serta masyarakat berbilang kaum untuk sama-sama menyokong Pas. Pihak perwakilan sesungguhnya sudah matang untuk memilih siapa pemimpin mereka apatah lagi dalam suasana gendang perang PRU sudah dipalu. Saff kepimpinan yang meyakinkan rakyat bagi menghadapi Umno-BN perlu ditonjolkan maka munasabahlah Presiden Pas menggambarkan bahawa kepimpinan baru itu sebagai ‘kabinet pilihanraya’.


Apapun Pas berjaya mewarisi kepimpinan kepada generasi pelapisnya. Timbalan dan naib-naibnya merupakan pelapis kepimpinan yang telah membina kepimpinan dalam era pemuda Pas. Dan kini menonjol diperingkat kepimpinan utama Pas. Syabas dan tahniah. Kemana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi.
Bagaimana pula kepimpinan peringkat negeri-negeri? Adakah menjadi teori domino yang akan melanda perubahan kesemua peringkat? Apapun semoga semua peringkat melaksanakan amanah yang telah dibebankan atas batang tengkok masing-masing. Kepimpinan dan maupun ahli memikul amanah untuk membantu dan mendokong mereka kearah membawa bahtera perjuangan.


Semoga kepimpinan baru ini, antara veteran dan orang muda, antara ulama dan yang memiliki pelbagai bidang dapat membantu Presiden agar Pas lebih gah dan marak dipersada perjuangannya. Dimana ada kekurangan, lompang agar dapat dibantu. Semoga pintu Putrajaya terbuka buat PR. Jangan leka. Sekarang adalah masa untuk bekerja. Masa untuk merapatkan saff perjuangan. Sudah habis masa berbulan madu.

Semoga kita semua dapat membantu Presiden dan kepimpinan kearah matlamat perjuangan. Jangan menambahkan pening beliau sudah le!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...