NEW MEXICO – 8 Jun: Seorang ibu dipenjara 25 tahun kerana membiarkan anak perempuan kecilnya hingga mati kelaparan sementara beliau asyik main game online sehingga pukul 3 pagi. Colleen Rebecca Christie, yang asyik duduk di depan komputer selama berjam-jam bersama teman dunia mayanya, Christie 'terlena' bermain game online 'World of Warcraft'. Sementara Brandi Wulf, putrinya yang baru berusia tiga tahun, mempertahankan nyawa kerana kelaparan.
Brandi Wulf yang kelaparan sehingga dia memakan tahi kucing. Dan ketika dibawa ke hospital, berat badan Brandi Wulf hanya 10,4 kilogram. Doktor menyatakan Brandi Wulf mengalami malnutrisi iaitu kekurangan gizi. Tulang-tulang rusuk Brandi Wulf terlihat menonjol kerana tersangat kurusnya tubuh Brandi Wulf.
Christie terus menelefon pihak hospital untuk segera datang ke rumahnya di markas Holloman Air Force di Las Cruces, New Mexico apabila mendapati Brandi Wulf lemas dan tidak sedarkan diri. Namun, doktor gagal menyelamatkannya kerana sudah terlewat.
Bagaimana kalau ia isteri anda? Mungkin anda bukan sekadar menceraikannya dengan talak tiga tetapi mungkin Talak 100. Tapi malang. Nasi sudah menjadi bubur. Isteri yang sibuk mengadap komputer sehingga mengabaikan tugas dan tanggung-jawab sebagai ibu amat menyedihkan. Amat jarang seorang ibu walau dalam keadaan macamana sekalipun, sudah menjadi fitrah si ibu akan mengutamakan anaknya bahkan daripada dirinya sendiri. Bahkan binatang sendiri pun mengutamakan anak-anak mereka dan sanggup mempertahankan keselamatan anak mereka meskipun bakal mencederakan diri mereka sendiri.
Mungkin tangisan kelaparan dan kesakitan sudah tidak didengar sang ibu lagi akibat kuatnya bunyi dan berhantunya suara game tersebut. Game-mania ini bukan hanya melanda si ibu seperti ini bahkan melanda amat parah terhadap anak-anak remaja. Kebanyakan cyber-café dihadiri dikalangan remaja bukannya untuk xtvt bermanfaat tetapi mereka menghabiskan masa dengan permainan game. Bahkan sehingga mereka ponteng sekolah. Kekadang terlibat sama dengan xtvt perjudian online. Bukan hanya membazir masa tetapi wang ringgit. Dari mana mereka mendapatkan wang? Inilah yang timbulnya pula jenayah juvana dikalangan remaja pula.
Penelitian yang dibuat apabila pihak kerajaan Terengganu mengagihkan e-book kepada para pelajar sekolah rendah di Terengganu. Sebenarnya banyak masa dihabiskan untuk permainan game daripada xtvt bermanfaat. Mereka lebih suka bersendirian bertemankan komputer berbanding bermain sukan dipadang-padang untuk kecergasan badan dan proses tumbesaran alami seorang remaja.
Diharap perkara seperti ini dapat dibendung agar tidak membawa akibat buruk yang sukar untuk diatasi lagi. Dan semoga generasi muslim kita mempunyai jati-diri dan tidak dipengaruhi dengan agenda songsang yang merosakkan masa depan generasi kita. Tetapi boleh harap ke Umno-BN untuk menanggapi amanah genrasi umat kita?
1 comment:
patut ralik sangat pun, main warcraft rupanya. Aku berharap aku tak mengarut main game macam dia ni la..huhu
Post a Comment