Apa sebenarnya tujuan wartawan menyiarkan berita ini? Adakah wartawan nak mengungkit isu lama yang boleh menimbulkan kemarahan orang Umno sedunia? Atau wartwan dan editor akhbar tersebut ingin menunjukkan bahawa tindakan Umno dulu itu salah dan merupakan tindakan orang bodoh dan jahil.
Ingatkah kita apabila heboh media menjadikan isu mengenai Adun Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping dari DAP yang menyelitkan bacaan al-Quran di dalam ceramahnya. Dia mengatakan bahawa semua manusia bersaudara kemudian membacakan mengenai ayat kalimah " تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ " dari surah al-Imran : 110.
Betapa hangatnya isu tersebut dan menjadi polimik apabila ia dipolitikkan oleh pemimpin Umno dan beberapa Ngo yang turut sama membuat bantahan serta laporan polis. Tindakan itu dianggap biadap dan menyentuh kesucian Islam dan menghina umat Islam di Malaysia. Perbuatan itu dikatakan mencabar kesucian agama Islam dan sebagai bukan Islam tidak berhak menggunakan ayat suci al-Quran kerana ia adalah kalimah agung umat Islam. Mereka juga turut mendesak agar digubal akta agar dilarang orang bukan Islam membaca al-Quran demi menjaga kesuciannya.
Sudah sekian lama, isu itu senyap… dan tiba-tiba kelmaren akhbar tempatan menyiarkan berita…
Blair baca Al-Quran setiap hari
LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini. Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama “indah” dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa “kekuatan sangat bertamadun.” Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah “buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul.”
Adik ipar Blair, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu.
Apakah wartawan tak bimbang ke kalau-kalau adanya demontrasi menentang Blair. Nanti puak-puak Umno akan buat bising sehingga ke Kedutaan Britain. Menganggap Blair menghina al-Quran pulak. Takkan geng songkok tinggi biarkan sahaja Blair yang beragama khatolik mencemar kesucian kitab umat Islam? Atau ianya dilarang di Malaysia sahaja tidak didunia luar. Atau orang Umno baru sedar, ianya tak salah ataupun orang Umno sekarang tak perasaan kerana sibuk untuk menghalang supaya perhimpunan bersih dibatalkan. Mungkin puak Umno terlupa kot? Ye lah!! Melayu mudah lupa! Tapi kalau nak demo sempat lagi kot. Atau tumpang sekali 9 Julai ni sempena “Bersih 2.0”
Apapun semoga Tony Blair dibukakan hatinya agar mengikuti jejak langkah adik iparnya.

No comments:
Post a Comment