Pendidikan seks : Ibubapa jangan bimbang! Ada underware khas?

| |
Para ibu-bapa jangan bimbang kerana kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak akan terpengaruh dengan gerakan pendidikan seks yang didesak barat keatas negara-negara dunia kini. Hihihi boleh percaya ke? Kerajaan telah membuat persiapan… kalau beranak pun sudah ada sekolah peranakan di Melaka. Kalau kat sekolah diajar dengan pendidikan seks dan di PLKN pun diajar… insyaAllah bertambah alim le anak-anak kita.

Kalaulah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak mengikut syara'.. macamana nak kita yakini fitnah yang diperintahkan untuk dijauhi syara' pastikan merebak. Mereka bukan kira dosa-pahala. sama seperti slogan " jangan memandu ketika mabuk". Nak minum arak takpe cuma jangan memandu. Sama jugak dengan pendidikan seks. Nak ngeseks takpe cuma pastikan selamat. Tak kena penyakit dan tak mengandung. Pakai le condom. habis macamana ibu-bapa tak bimbang??? Macamana nak selesaikan permasalahan sosial yang membarah ini?

Rasanya, di zaman dunia moden dan alam siber ini, kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yasin akan berkerjasama dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim untuk mewujudkan kaedah khas bagi menyelamatkan remaja daripada seks bebas. Yelah... takkan gaji berpuluh ribu, mereka tak fikir apa yang membimbangkan masyarakat. Kalau dahulu bekas Naib Presiden UMNO, Isa Samad yang mencadangkan cawat besi dianggap tidak relevan… sekarang para ibu-bapa boleh menarik nafas lega kerana dengan mengikuti kelas pendidikan seks yang bermula tahun ini akan membekalkan kaedah moden untuk mengelak anak-anak anda khususnya perempuan daripada terjebak dengan seks luar nikah.

Anak-anak akan dibekalkan underware khas dengan password dan username. Para ibu-bapa dinasihatkan hafal betul-betul.. nantikan terlupa.. naye pulak!!!

Nak bincang… nak debat tak boleh. TPM dengan PM sekepala. Debat tak mendatangkan apa-apa hasil. Diaorang saja yang betul. Rakyat ikut saja. Jangan banyak cakap. Tugas rakyat. Tegakkan jari telunjuk. Keraskan betul-betul. Tunjukkan ke langit. Pekik kuat-kuat. 1 malaysia. Kita dah jadi Negara maju….

Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka semalam. MELAKA Modul pendidikan seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) memerlukan lebih masa sebelum dapat diterapkan ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, pihaknya perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung perkara itu walaupun pada dasarnya MLKN sudah memutuskan menerima cadangan berkenaan. Menurutnya, adalah perlu bagi masyarakat diberi kefahaman yang jelas tentang modul PKRS sebelum ia diperkenalkan di kem PLKN kelak. “Masih ada sebahagian masyarakat yang melihat pelaksanaan modul PKRS ini tidak sesuai dan oleh itu kita harus memberi pemahaman kepada umum bahawa modul ini tidak semata-mata mengenai seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan tubuh badan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh di sini semalam.

4 comments:

Unknown said...

umat Islam pasti akan mengikut jejak yahudi dan kristian sehingga ke lubang biawak sekali pun.. bermula baby hatch, pendidikan seks, sekolah harapan, semua jalan2 penyelesaian yahudi yang ditiru!

celakalah puak2 yg mengaku Islam tp menolak penyelesaian Islam!!

Saiful said...

nak mencukupkan tanda-tanda kiamat ditangan mereka. semoga masyarakat sedar & peka hal ini.

abu muaz said...

ambe ada doh password tu... dato zahid beri.

Saiful said...

itu password Menteri Informasi tu hak expired or geng amah. hak budak2 skoloh... mungkin rahim Tambi chik je ada :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...