Gong sudah dipalu. Era kebangkitan 1999 bermula kembali. Sokongan rakyat merata-rata. Slogan PGU (PAS Ganti UMNO) meniti dibibir. Rakyat kembali ke perhimpunan kebangkitan anjuran Pas Terengganu dengan jumlah diluar jangkaan. Program siang dan malam yang buat pertama kali dilancarkan di daerah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu. PGU kali pertama ini diadakan di Geliga, Kemaman.
Semenjak awal pagi rakyat memenuhi dataran Tok Guru, pantai Teluk Mak Nik atau glamor dengan panggilan Monica Bay. Semua lapisan masyarakat hadir termasuklah masyarakat Tionghua. PGU ini menggamit kehadiran rakyat dari Besut, Setiu, Terengganu, Dungun maupun Kemaman. Kehadiran dan sambutan khususnya dikalangan anak-muda amat mengkagumkan. Tidak seperti perhimpunan UMNO yang dirasuah dengan duit rakyat. Sudahlah dibahagi t-shirt, topi kaledar bahkan diberi wang lagi. Konvoi mereka diiring dengan pihak keselamatan dan polis. Berbanding dengan PGU, mereka membayar rm10 seorang untuk t-shirt, duit minyak isi sendiri, tidur disurau atau masjid, bahkan pihak polis menganggu dengan beberapa tempat road-block tetapi tidak mematahkan semangat mereka bahkan kehadiran beribu-ribu buah motor.
Umno dah panik. Awal-awal lagi dah bagi komen negatif. Bendera di Bandar Kemaman diarahkan cabut. Tetapi rakyat keluar berduyun-duyun. Mungkin tak tidur dah Mat Said??? Apapun jenayah jahat meruntuhkan masjid bujal akan dilihat pembalasannya juga. Bukan sekadar diruntuhkan Allah Stadium Gong Badak. Runtuhnya masjid di Kemasik, runtuhnya stesyen bas di Kuala Brang, runtuhnya bangunan Kustem dan akhirnya jatuhnya Idris Jusoh dan kini bala itu menanti untuk menjatuhkan Mat said pula serentak dengan kejatuhan UMNO Terengganu. Sebagai Pengerusi Perhubungan beliau bertanggung-jawab sepenuhnya dengan kekalahan UMNO di Terengganu dalam PRU akan datang.
Apapun ini baru permulaan. PGU ini bagaikan air bah dan tsunami. Umno tak mampu menahan lagi. Momentum rakyat yang sudah menderita dengan bebanan ekonomi yang makin mendesak. Kegagalan Umno membela rakyatnya. Umno yang berterusan menzalimi pengundinya sendiri. Menganayai bangsanya sendiri. Memunahkan dan merosakkan agama dan akhlak umatnya sendiri. Khianat kepada tanah-airnya sendiri. Kini rakyat sudah bangkit menuntuk hak mereka. Putrajaya sudah terbuka untuk PR. Wisma Darul Iman mengucapkan selamat datang. Mood rakyat sudah bersama dengan agenda perubahan.
Gendang perang sudah dipalu oleh Tok Guru Mursyidul am ketika perasmian. Rakyat sudah tidak sabar menunggu tarikh keramat PRU. Momentum ini akan mara ke Selatan Kelantan.
Dari kemaman daerah MB Terengganu di Selatan. Kita akan ke Utara di daerah musuh ketat Mat Said. Kita gegarkan PGU di Besut, InsyaAllah. Wilayah Datuk Idris Jusoh, bekas MB Terengganu. Jom ke sanaaaaa.

No comments:
Post a Comment