Bekas mufti Selangor , Allahyarham Ishak Baharom dahulunya terpecat jawatan angkara larangan beliau terhadap pertandingan ratu cantik. Bukannya pesta ratu cantik itu dibubarkan. Alhamdulillah akhirnya kerajaan yang memecat bekas mufti tersebut dipecat rakyat.
Bagaimana dengan ratu cantik bapuk. Bapuk ini istilah bahasa Terengganu bagi lelaki yang menyerupai wanita atau istilah sekarang dengan erti pondan, maknyah atau gay.
Seorang guru sekolah kebangsaan antara 16 lelaki berpakaian wanita yang ditahan ketika menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah yang digelar ‘Miss Universe Asia 2008′ di sebuah resort di Jalan Tok Bali pada 26 Julai 2008. 50 mak nyah bersiap sedia untuk menyertai pertandingan. Bagaimanapun, selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, ramai antara mereka lari dengan kenderaan masing-masing namun pihak JAHEAIK berjaya menahan 16 mak nyah berusia 20 hingga 30-an yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu mak nyah. Semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu kesalahan membabitkan lelaki yang memakai pakaian wanita dan berlagak seperti wanita.”
Semua mak nyah terbabit sedang bersiap sedia memperagakan pakaian kebaya dan gaun malam yang seksi. Pakaian itu antara empat pakaian wajib bagi setiap peserta, manakala dua lagi pakaian yang perlu diperagakan adalah kasual dan pakaian mandi.
Ish 3X... macamana cikgu macam ni nak ajar mata pelajaran seks kat sekolah??? haru bin biru..
Yang terbaru berita di Aceh….
Singkil, Aceh. Berselindung disebalik pesta perkawinan, satu pertandingan ratu cantik lelaki di Singkil Aceh akhirnya dibubarkan. Acara tanpa izin ini menodai pelaksanaan Syariat Islam dan tidak layak dipertontonkan.
Pihak penguatkuasa Singkil membubarkan acara tersebut di sebuah rumah warga Pasar Singkil yang sebelumnya hanya memohon keizinan untuk resepsi pesta perkawinan. “Pembubaran kita lakukan setelah adanya laporan ketua desa,” kata Wakil Penguatkuasa.
Sementara itu, Ketua Majlis Pemesyuaratan Aceh (MPU) Aceh Singkil, Rasyiduddin, mengatakan: “Mereka mengecam kegiatan yang dilakukan salah satu warga. Sebab, selain dapat menodai pelaksanaan Syariat Islam pertandingan kecantikan lelaki itu juga tidak selayaknya dipertontonkan.
Apalagi acara itu akan member kesan terhadap sosial kemasyarakatan bagi masyarakat Aceh Singkil yang dikenali Daerah yang tertegaknya Syariat Islam. “Jadi ke depan diharapkan tidak ada lagi kegiatan-kegiatan semacam itu,” ujar Rasyiduddin.
Nampaknya golongan ini pun semakin memperkasakan perjuangan mereka apatah lagi sesetengah negara menghalalkannya bahkan perkahwinan mereka diperakui sah. Di Thailand, setiap tahun diadakan pertandingan Miss lady Boys yang menarik penyertaan seluruh dunia.
Bagaimana dengan Malaysia… dengar-dengar khabar di Kuala Lumpur pun ada beberapa pertandingan untuk memilih Queen of The year dan All Star. Pertandingan itu juga dikenali sebagai Extreme II Faces yang dimulakan pada jam 2.00 pagi. Diharapkan pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya agar perkara seperti ini tidak menjadi barah dalam masyarakat suatu hari nanti. Janganlah aduan tentang azan cepat-cepat diambil perjalan oleh JAWI tetapi hal seperti ini dibiarkan semata-mata demi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya yang wujud segala-gala… nati banyak pulak serigala-serigala.

No comments:
Post a Comment