Bagilah peluang kepada PR memerintah. Bukankah UMNO dah memerintah lebih 50 tahun di Selangor. Dah habis segala kepakaran dah ditunjukkan. Dah habis khidmat dah UMNO pamerkan. Dah banyak hasil mahsul negeri dah UMNO kebaskan. Sekarang giliran PR memerintah. Berilah kesempatan kepada kerajaan pilihan rakyat untuk mentadbir dan mengurus mengikut kemampuan mereka. Dididklah hati supaya bersabar melihat PR memerintah. Jangan jadi ayam gila mengeram!!!
Janganlah ada yang menjadi hantu raya.. menganggu dan cuba menghisap darah kerajaan yang memerintah. Tidak bolehkah UMNO-BN menjadi baik sepenggal? Agar rakyat diberi peluang untuk menilai sejauh-mana keupayaan masing-masing memerntah Sudahlah kerajaan Perak dah jadi bubur asyura, kini Selangor nak dijadikan kkoleh kacang???.
Pihak Pas dan PR boleh menunggu sehingga PRU 13. Mana-mana negeri yang diperintah oleh BN, mereka boleh mentadbir tanpa gangguan. Kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, memerintah bak periuk diatas api.. selalu aje diapi-apikan kayu dibawahnya. Ada sahaja gangguan dan halangan. Supaya panas dan menggelegak. Ini semua macam kerja syaitan… istiqamah nak merosakkan anak adam sehingga ke hari kiamat.
Diharapkan rakyat sekarang menjadi lebih cerdik. Dapat menilai kerja siapa disebalik ini semua. Dan janganlah pihak-pihak istana pula diperalatkan oleh manusia seperti UMNO ini. Kepercayaan rakyat yang ramai ini seolah-olah dipersendakan. Akan hilang hormat rakyat terhadap institusi yang berdaulat yang dianggap sebagai payung rakyat.
Kita lihat sejak tahun 1959 lagi apabila Pas pertama kali memerintah Terengganu. Toksah cerita perangai UMNO ni sehingga jatuh kerajaan Pas di Terengganu yang baru berusia 2 tahun lebih. Kita lihat bagaimana Pas di Magerankan di Kelantan. Dan bagaimana mereka memperalatkan apasaja dan siapa saja demi kuasa mereka. Kalau nak disenaraikan dosa UMNO ini tak muat kalau kita nak sumbatkan pemimpin mereka dalam penjara di Malaysia ini.
Ubat kepada UMNO ini satu sahaja. Jangan berikan mereka kuasa. Baru mereka insaf dan bertaubat. Kalau diberi lagi kuasa memerintah.. samalah beri telor kepada hantu-raya… mengamuk sakan le. Pastikan PRU-13 nanti… masukkan mereka kedalam botol… hanyutkan ke laut china Selatan. Aman tenteramlah Malaysia tanah-air tercinta.
No comments:
Post a Comment