IPOH: Seorang remaja lelaki beragama Sikh enggan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas mendakwa beliau mengalami trauma apabila rambutnya dipotong semasa sedang tidur Ahad lepas. Basant Singh, 18, berkata, kejadian itu sangat mengejutkan beliau kerana rambutnya tidak pernah digunting sejak lahir sebagai mematuhi ajaran agama.
"Saya tidak berpuas hati dan tidak mahu meneruskan lagi latihan...saya mahu pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya yang di kawasan Rumah Ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib di sini.
Basant telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada petang Ahad berhubung insiden itu yang dipercayai berlaku antara 3 pagi hingga 6.30 pagi Ahad. Beliau mendakwa, insiden itu berlaku semasa beliau sedang tidur di asrama lelaki Kem PLKN Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi Ahad lepas.
Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechik berkata, pihaknya sedang menyiasat aduan itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Bagaimanapun, katanya kesemua 27 pelatih di bilik yang sama telah disoal siasat dan pihaknya tidak menemui objek tajam atau rambut yang dikatakan dipotong.
"Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah mengarahkan agar kajian terperinci dibuat dan saya telah mengarahkan Pengarah Operasi JLK NKol Sanusi Hashim untuk mengetuai siasatan tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Habis sampai ke Menteri apabila ia menjadi isu agama. Betapa nak digambarkan isu agama adalah isu sensitif. Sebelum ini bagaimana peguam MCA terpaksa memohon maaf secara terbuka dalam majlis anjuran UMNO akibat menghantar surat agar memperlahankan azan disebuah masjid di Kuala lumpur.
Malaysia yang meletakkan agama islam sebagai agama rasmi, kenapa umat Islam tidak sensitif apabila perkara yang diperintahkan agama tetapi dinafikan haknya untuk dilaksanakan dan perkara yang haram disahkan oleh pemerintah tanpa ada bantahan dan perasaan sensitif pun. Adakah kerana ia dilakukan oleh pemimpin melayu dan Islam???
Apabila guru mengarahkan para pelajar menutup aurat, guru tersebut ditukarkan. Apabila guru menyuruh supaya pelajarnya jangan memakan makanan ada unsur babi, guru dipersalahkan. Apabila pihak kerajaan Pas nak menegakkan hukum syariah yang diperintahkan Allah Swt, kerajaan hendak diambil tindakan bahkan kekadang umat Islam sendiri menentang? Siapa yang menentang pelaksanaan Hudud & Qisas? Bukan Sikh tetapi melayu dan Islam. Pelik!!!
Ketika pihak bank mengamalkan riba, apabila kerajaan memberi lesen judi dan sebagainya yang jelas diharamkan Allah Swt, ada umat Islam sibuk bantah? Bahkan ada yang sibuk menyokong pulak??? Sebab itulah PAS dengan dasar perjuangan Islamnya itu telah menjangkau lebih 50 tahun, memberi penjelasan secara baik dan berhikmah tetapi kepala yang menentang adalah orang yang mengaku Islam sendiri.
Inilah yang membezakan siapakah yang benar-benar beriman dan siapakah yang palsu. Di akhirat jua ianya akan dibicarakan dan zahirlah siapa yang benar dan siapa yang batil.

No comments:
Post a Comment