Selepas tiga hari berada di Dun Tenang dan selepas hari penamaan calon Pas, Cikgu Mala, penulis terus berangkat ke Ho Chi Minh. Tiket Airasia dah lama tempah. Tak tahu pulak Adun Tenang nak meninggal dunia. Apapun perjalanan bersama empat sahabat YB Pencen diteruskan. Maaf kerana pogram yang padat menyebabkan tiada kesempatan untuk up-date blog ini di Saigon dan alhamdulullah selepas pulang... tenang sikit. Baru ada ruang untuk up-date. Apatah lagi kepala tak berapa tenang mana... banyak menda ada dalam kepala yang nak difikirkan... apapun perjalanan mengikut jadual.
Penulis beberapa kali ke Phanom Penh, Chambodia dan khususnya ke Kampong Cham yang terlalu hampir dengan Vietnam.. terasa nak jejakkan juga kaki kat Vietnam ni. Alhamdulillah tercapai juga hasrat dihati. Sebelum itu seorang ustaz dari Madrasah an-Nur di Ho Chi Minh berkunjung ke madrasah penulis untuk berbincang serta melawat Madrasah Darul Bayan bagi tujuan menyambung pengajian para pelajar beliau. Beliau juga turut sama mengundang penulis untuk berziarah dan bersilaturrahmi dengan umat Islam di sana.
Setiba disana, amat terguris hati melihat umat Islam yang agak terasing dan terpinggir disebuah Negara yang dahulunya mereka adalah bangsa dan umat pemerintah di Vietnam. Dahulunya Kerajaan Islam Champa (bahasa Vietnam: Chiêm Thành) adalah kerajaan dan khalifah yang pernah menguasai daerah yang sekarang termasuk Vietnam tengah dan selatan, antara abad ke-17 sehingga tahun 1832.
Kini menurut statistik, di negara-negara lndochina seperti di Myanmar (Burma) umat Islam cuma lima peratus, empat peratus di Kemboja dan hanya satu peratus di Vietnam serta Laos. Jumlah umat Islam di Vietnam mencapai hanya 70,700 orang. Terdapat 100 masjid di seluruh bahagian negera dengan umat Islam tersebar pada daerah di antaranya: Binh Thuan, Ninh Thuan, An Giang, Tay Ninh, Dong Nai dan Ho Chi Minh City. Sekelompok kecil di ibu kota Hanoi. Itulah kadar umat Islam daripada jumlah penduduk Vietnam yang mencapai 85 Juta orang dengan ibu negaranya Hanoi tetapi hanya memiliki sebuah restoran yang di kira selesa makanan halalnya. Vietnam yang mempunyai 59 daerah dan 5 bandar besar. Bandar terbesarnya adalah Ho Chi Minh City atau Saigon yang berpenduduk 10juta orang. 5 juta adalah bermotorsikal
Merujuk kepada sejarah kehebatan Kerajaan Islam Champa yang dahulunya meliputi pegunungan di sebelah barat daerah pantai Indochina, meluas meliputi wilayah Laos sekarang. Champa melingkupi wilayah provinsi-provinsi modern Quảng Nam, Quảng Ngãi, Bình Định, Phú Yên, Khánh Hòa, Ninh Thuận, dan Bình Thuận di Vietnam.
Vietnam kemudian dijajah oleh Perancis selama lebih dari satu setengah abad, diganti Jepun pada tahun 1941. Vietnam merdeka pada tanggal 2 September 1945 setelah berjaya mengusir Jepun tetapi kemerdekaan tersebut tidak diakui oleh Perancis yang menyebabkan terjadinya perang dengan Perancis selama lapan tahun yang berakhir dengan kekalahan Perancis pada tahun 1854. Ia tidak menghentikan peperangan bahkan Vietnam terpecah menjadi dua negara. Pertama Vietnam Utara yang merdeka di bawah pimpinan Ho Chi Minh, kemudian berkembang menjadi negara komunis dan keduanya Vietnam Selatan yang cenderung kapitalis dan didukung oleh Amerika Syarikat. Perang saudara kedua negara berlaku pada tahun 1969. Perang yang memakan korban ramai ini baru berakhir pada tahun 1975 setelah kekalahan Amerika.
Di awal berdirinya, Vietnam mengalami kesulitan ekonomi hebat hingga tahun 1990. Tetapi sejak minyak ditemui, Vietnam menunjukkan perkembangan ekonomi secara mengejutkan. Laporan Bank Dunia mencatat, bahwa Vietnam merupakan negara yang memiliki perkembangan ekonomi tercepat kedua di dunia, dengan angka pertumbuhan GDP (Gross Domestic Product) pertahun antara 2000-2004 sebesar 7%. Pada tahun 2007 Bank Dunia mencatat bahwa pendapatan per kapita rakyat Vietnam mencapai US$ 3.025.
Nampaknya umat Islam perlu lebih bergerak aktif bagi mengembalikan kegemilangannya. Dalam masa yang sama propaganda serta usaha berterusan musuh-musuhnya untuk mengasak Islam dan umatnya agar dibenci dunia. Meskipun ruang masih terbuka luas untuk penyebaran Islam tetapi usaha untuk lebih agresif memerlukan bantuan umat Islam seluruh dunia serta kewangan yang bukan sedikit. Semoga cahaya Islam akan terus berkembang di Indochina ini, insyaAllah.
Setiba disana, amat terguris hati melihat umat Islam yang agak terasing dan terpinggir disebuah Negara yang dahulunya mereka adalah bangsa dan umat pemerintah di Vietnam. Dahulunya Kerajaan Islam Champa (bahasa Vietnam: Chiêm Thành) adalah kerajaan dan khalifah yang pernah menguasai daerah yang sekarang termasuk Vietnam tengah dan selatan, antara abad ke-17 sehingga tahun 1832.
Kini menurut statistik, di negara-negara lndochina seperti di Myanmar (Burma) umat Islam cuma lima peratus, empat peratus di Kemboja dan hanya satu peratus di Vietnam serta Laos. Jumlah umat Islam di Vietnam mencapai hanya 70,700 orang. Terdapat 100 masjid di seluruh bahagian negera dengan umat Islam tersebar pada daerah di antaranya: Binh Thuan, Ninh Thuan, An Giang, Tay Ninh, Dong Nai dan Ho Chi Minh City. Sekelompok kecil di ibu kota Hanoi. Itulah kadar umat Islam daripada jumlah penduduk Vietnam yang mencapai 85 Juta orang dengan ibu negaranya Hanoi tetapi hanya memiliki sebuah restoran yang di kira selesa makanan halalnya. Vietnam yang mempunyai 59 daerah dan 5 bandar besar. Bandar terbesarnya adalah Ho Chi Minh City atau Saigon yang berpenduduk 10juta orang. 5 juta adalah bermotorsikal
salah satu kedai makan milik melayu Champa yang kecil dan tersorok
merasai keenakan Po Bho "Mee Sop Vietnam"

Di Ho Chi Minh hanya ada 14 buah masjid dan surau. Antaranya adalah Masjid Jamia Al Muslimin yang terletak di 66, Dong Du Street, District 1 Ho Chi Minh City, di pusat Bandar dan di sebelah hotel terbesar, Sheraton Hotel. Penulis turut menziarahi masjid ini yang ada bangunan sekolahnya sendiri. Tetapi malangnya ia sudah ditutup akibat dari generasi kemudian dari pendatang muslim India yang sudah kurang kecaknaan terhadap perkembangan masjid dan pendidikan Islam di situ.
Masjid imigran India Muslim. Kini berada dibawah milik India Embassy. Sebelahnya adalah bangunan Sheraton Hotel
Penulis juga sempat melawat Madrasah an-Nur dan diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah kepada penduduk dan para pelajar yang belajar di Madrasah tersebut.Merujuk kepada sejarah kehebatan Kerajaan Islam Champa yang dahulunya meliputi pegunungan di sebelah barat daerah pantai Indochina, meluas meliputi wilayah Laos sekarang. Champa melingkupi wilayah provinsi-provinsi modern Quảng Nam, Quảng Ngãi, Bình Định, Phú Yên, Khánh Hòa, Ninh Thuận, dan Bình Thuận di Vietnam.
mendapat taklimat dari Mr Terk tentang gaharu Vietnam
Selepas berkurun pemerintahan raja Champa, perlahan-lahan kawasan empayar raja champa mengecil akibat ditawan satu persatu sehinggalah akhirnya pada akhir kurun ke-18, seluruh empayar champa telah ditakluki raja Vietnam dan budaya hidup Vietnam kembali bertapak. Sewaktu penaklukan oleh raja Vietnam iaitu Minh Moung, ramai masyarakat Islam champa telah ditindas dengan zalim kerana berlainan anutan. Untuk memastikan kelangsungan kehidupan Islam masyarakat Champa, Raja Muslim terakhir Champa iaitu Pô Chin, mengambil keputusan mengumpulkan seluruh masyarakat islam champa termasuk di kepulauan dan tanah besar untuk berhijrah ke selatan kemboja (Cambodia). Kawasan yang didiami mereka sehingga kini masih wujud dan dikenali sebagai Kampung Cham.Islam mulai memasuki Champa setelah abad ke-10, pengaruh agama ini menjadi semakin cepat pada abad ke-17 apabila keluarga bangsawan para tuanku Champa juga mulai memeluk agama Islam dan menjadi ikutan keagamaan rakyat dan orang-orang Cham. Pada saat penguasaan mereka majority orang Cham telah memeluk agama Islam.
Vietnam kemudian dijajah oleh Perancis selama lebih dari satu setengah abad, diganti Jepun pada tahun 1941. Vietnam merdeka pada tanggal 2 September 1945 setelah berjaya mengusir Jepun tetapi kemerdekaan tersebut tidak diakui oleh Perancis yang menyebabkan terjadinya perang dengan Perancis selama lapan tahun yang berakhir dengan kekalahan Perancis pada tahun 1854. Ia tidak menghentikan peperangan bahkan Vietnam terpecah menjadi dua negara. Pertama Vietnam Utara yang merdeka di bawah pimpinan Ho Chi Minh, kemudian berkembang menjadi negara komunis dan keduanya Vietnam Selatan yang cenderung kapitalis dan didukung oleh Amerika Syarikat. Perang saudara kedua negara berlaku pada tahun 1969. Perang yang memakan korban ramai ini baru berakhir pada tahun 1975 setelah kekalahan Amerika.
Di awal berdirinya, Vietnam mengalami kesulitan ekonomi hebat hingga tahun 1990. Tetapi sejak minyak ditemui, Vietnam menunjukkan perkembangan ekonomi secara mengejutkan. Laporan Bank Dunia mencatat, bahwa Vietnam merupakan negara yang memiliki perkembangan ekonomi tercepat kedua di dunia, dengan angka pertumbuhan GDP (Gross Domestic Product) pertahun antara 2000-2004 sebesar 7%. Pada tahun 2007 Bank Dunia mencatat bahwa pendapatan per kapita rakyat Vietnam mencapai US$ 3.025.
Nampaknya umat Islam perlu lebih bergerak aktif bagi mengembalikan kegemilangannya. Dalam masa yang sama propaganda serta usaha berterusan musuh-musuhnya untuk mengasak Islam dan umatnya agar dibenci dunia. Meskipun ruang masih terbuka luas untuk penyebaran Islam tetapi usaha untuk lebih agresif memerlukan bantuan umat Islam seluruh dunia serta kewangan yang bukan sedikit. Semoga cahaya Islam akan terus berkembang di Indochina ini, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment