Pemilik hotel enggan izin maksiat di denda

| |
Dunia sudah nak terbalik. Menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan adalah salah manakala menyuruh kejahatan dan meninggalkan kebaikan adalah dikira baik. Inilah bahana sekularisme dan inilah harganya apabila mereka menolak agama dari kehidupan. Manusia sudah tiada panduan kehidupan. Yang menjadi petunjuk kepada baik atau buruk hanyalah nafsu dan akal semata. Akibatnya syaitan dan iblislah yang bertakhta.

Tak mustahil Malaysia pun ke arah yang sama. Sebab kitab Malaysia dan England adalah kitab yang sama. Undang-undang Komanweal adalah rujukan tertinggi. Membelakangkan peraturan Ilahi. Pandai-pandailah penyokong dan pendokong undang-undang thaghut ini menjawab diakhirat nanti…

LONDON: 19hb.Jan 2011. Sepasang suami isteri pemilik hotel dikenakan denda kerana mengamalkan dasar melarang pelanggan belum berkahwin menempah bilik penginapan di situ.

Hakim, Andrew Rutherford, berkata Peter dan Hazelmary Bull melanggar undang-undang apabila menolak tempahan pasangan ‘gay’ Martyn Hall dan Steven Preddy lewat 2008.


Meskipun mereka menolak tempahan semua pasangan belum berkahwin, Rutherford memberi pampasan £1,800 (RM9,000) kepada Hall dan Preddy.

Protes didepan mahkamah bersama dengan pasukan coir kristian.

Sebelum ini, seorang wanita didenda kerana meminta izin untuk memasuki rumahnya apabila telah memberhentikan sepasang kekasih yang sedang berkucup. Beliau didenda kerana menganggu hak asasi beliau untuk berkucup. Pelik.. yang pi beromen depan rumah orang tak ganggu. Sama juga di Swiszerland, seorang suami didenda apabila menghalang isterinya daripada keluar dating dengan lelaki lain. Ia bersalah kerana menghalang hak asasi isterinya. Apa nak jadi dunia ni???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...