Kerajaan dilanda krisis. Barisan sekutu keluar Parti

| |
Kemungkinan kerajaan tumbang dan pilihanraya umum terpaksa diadakan seberapa segera. Ini apabila salah-satu parti gabungan yang membentuk kerajaan keluar dari kerajaan dan bergabung dengan menyertai pakatan pembangkang.

Sebab itu apabila wujudnya pakatan, semua parti adalah penting. Dan jika salah-satu keluar dari ikatan, boleh runtuh pakatan tersebut dan boleh tumbang sebuah kerajaan.
Macamana BN kat Malaysia? Tak berjangkit ke? Atau dalam sidang DUN Terengganu? Atau mana-mana negeri yang diperintah oleh PR seperti Kedah. Kerajaan pimpinan Pas pernah berlaku pada tahun 1959 dan baru-baru ini kerajaan PR di negeri Perak.

Di Pakistan, Muttahida Qaumi maknanya Gabungan Kebangsaan. Kalau kat Malaysia tu Barisan Nasional le. Berjuang demi ketuanan bangsa.

Kerajaan Pakistan dilanda krisis, rakan pakatan keluar

KARACHI: 3hb. Jan 11. Parti kedua terbesar di dalam kerajaan pakatan Pakistan, keluar daripada kerajaan, Ahad (waktu tempatan) bagi menyertai pakatan pembangkang, menyebabkan sekutu Amerika Syarikat (AS) bagi peperangan menentang Al-Qaeda itu lumpuh dalam pentadbiran negara itu. Pergerakan Muttahida Qaumi, membuat pengumuman itu beberapa hari selepas menteri kabinetnya meletakkan jawatan, meninggalkan perbincangan dengan parti utama, Parti Rakyat Pakistan yang menghadapi kesukaran memastikan mereka kekal dalam pakatan. Pentadbiran yang mengambil alih kuasa kurang tiga tahun susulan pilihan raya, kini kehilangan majoriti di parlimen dan kemungkinan berdepan dengan pembubaran kerajaan sekiranya pembangkang bersatu dan membuat usul tidak percaya

MQM berkata langkah itu diputuskan berikutan dasar harga bahan api kerajaan yang dibantahnya. Tindakan MQM itu mungkin membawa kepada kejatuhan kerajaan Presiden Asif Ali Zardari yang kini tidak mempunyai majoriti di Parlimen.
“Ia sudah diputuskan. MQM akan duduk di kerusi pembangkang dalam dewan perhimpunan kebangsaan dan senat,” kata jurucakap MQM Wasay Jalil. MQM yang menguasai politik di Karachi, minggu lalu mengarah dua menteri dari parti itu meletak jawatan.

Perdana menteri Pakistan Yusuf Raza Gilani berkata kerajaannya tidak akan jatuh berikutan langkah MQM itu kerana ia mungkin menubuhkan kerajaan campuran baru

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...