Dan ketika nelayan pulang dari laut dan tiba di jeti dengan botnya, kelihatan beberapa orang berjalan mendekati botnya. Sambil menjenguk untuk melihat hasil yang diperolehi.. “banyak dapat ikan?”… “takde rezki.. sekor pun tak dapat”. Bagitau nelayan dengan wajah sugul, sedih, pilu, malu… dan pelbagai lagi. Terasa rugi tanpa pulangan hasilnya. Masa, minyak bot, dengan hujan dan berpanas… tetapi tiada pulangan sesuatu. Rugi rasanya.
Berbeza sebelum itu, beliau mendapat tangkapan yang lumayan. Wajah yang girang, tersenyum gembira, ceria, berbangga… seolah akulah nelayan terbaik… sedangkan beliau hanya mencampak kail, yang menentukan hasil tangkapannya adalah Allah swt. Beliau telah berusaha semampu mungkin tetapi tiada hasil yang dikehendakinya. Tentu ada hikmahnya disisi Allah Swt. Bagi nelayan, rezkinya adalah ikan dan hasil laut. Kalau tak dapat ikan… tiada rezki baginya. Lupakah beliau kalau ia turun kelaut tetapi tak pulang-pulang? Atau pulang tetapi hilang anggota badan kerana kemalangan? Alhamdulillah, meskipun tiada ikan tetapi pulang dengan selamat. Pulang masih lagi sebagai Islam. Masih lagi beriman. Adakah nelayan serik turun ke laut? Begitulah Pas dalam politik di Malaysia.
Natijah di Tenang sudah diketahui. Tembuni UMNO dibumi Johor masih segar. Pas baru dapat mencecah kaki di Dun Johor. Itupun hasil kesabaran Pas sekian lama menanti. Pas sudah berkecimpung dalam dakwah diarena pilihanraya ini sejak 1959 lagi. Kalah itu normal tetapi kemenangan itu pelik. Macam kata P.Ramlee, kawin sorang itu biasa, ramaii tetapi poligami itu.. jarangg-jaranggg, kadangg-kadangggg!!. Dalam pilihanraya ni, banyak kalah daripada menang. Apatah lagi Pilihanraya Kecil yang Pas menghadapai seluruh jentera BN dan kerajaan.
Apa yang penting, usaha dakwah kita berterusan. Kesempatan pilihanraya kecil adalah ruang bagi menyampaikan mesej parti dan perjuangan. Kemenangan akhirat sduah pasti.
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ . وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Surah as-Saff: 12-13Kemenangan dunia termasuk dalam janjiNya. Bila? Wallahua’lam. Tugas kita adalah meneruskan perjuangan dan mencukupkan syarat sebagai sebuah jamaah Islam dan syarat-syarat kemenangan dan Insya’Allah kemenangan pasti tiba. Kalau anda berada dizaman Nabi Nuh ‘alaihissalam, bersediakah anda berkerja bersamanya sedangkan perjuangan beliau melalui 950 tahun tanpa henti siang dan malam? Bersediakah anda kalau hidup dizaman nabi Ibrahim a.s yang berjuang selama 460 tahun, bertembung dengan kuasa Namrud? Meskipun tidak sempat kuasa pemerintahan? Yang dikira disisi Allah adalah amal dan perjuangan…
Jangan lupa kita mengail lagi di Merlimau. Meskipun laut nampak bergelora, awan terus mendung, perjuangan perlu diteruskan… masa makin singkat, hidup makin mencengkam... yang pasti laut tak mesti tenang... walau harga minyak naik lagi, tapi nelayan wajib turun ke laut jua !!!
No comments:
Post a Comment