UMNO sudah kafir & Murtad : Dr Chandra

| |
Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) adalah salah satu kejayaan Pas di alaf baru perjuangan sebagai sebuah parti politik di Malaysia. Walaupun ini bukan kali pertama usaha untuk memecahkan tembok perkauman dan agama oleh Pas semenjak awal penubuhan Pas termasuklah pemnubuhan CCC. Tetapi kini berkat kesabaran Pas mengembangkan mesej parti berasaskan keadilan Islam telah membuahkan hasil.

Pakatan Rakyat sendiri telah membuka ruang seluas-luasnya buat Pas untuk menyampaikan mesej dakwah. Apatah lagi Pas bukan sebuah parti perkauman dilihat lebih mesra kepada non muslim kini berbading UMNO yang kini mengambil sifat yang dilemparkan kepada Pas sepuluh atau dua puluh tahun dulu iaitu ektrimis & Rasis.

Gabungan diatas pentas idea dan pemikiran segar antara Penceramah pas, DAP & PKR seolah telah menggamit rakyat Malaysia dan generasi baru untuk melihat perkembangan politik Malaysia dialaf baru lebih dinamik dan berjejak dibumi nyata. Tidak hairanlah apabila gabungan 3 pimpinan ataupun penceramah parti-parti ini menarik puluh ribuan rakyat. Ceramah di Kuala ibai atau di tapak Ijtima sendiri bersama Lim Guang Eng, Lim Kit Siang dan Ketua Pemuda Antony Loke nampaknya diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.


Sebahagian penyokong bukan Islam yang hadir dalam Ijtima'

Kehadiran penyokong non muslim ke program Pas dan sanggup memberi ucapan mewakili mereka dilihat sebagai keterbukaan Pas sendiri yang dituduh dengan pelbagai tuduhan. Secara langsung suasana ini menafikan tuduhan2 UMNO-BN. Strategi UMNO untuk melagakan parti2 PR maupun melagakan antara kaum di Malaysia ini nampaknya memakan diri mereka sendiri. Sikap talam dua muka UMNO yang apabila menemui orang melayu memfitnah Pas diperkudakan oleh DAP dan apabila menemui Cina bahawa DAP diperkudakan oleh PAS telah gagal.

Politik Machievelli yang diamalkan oleh UMNO sudah tidak berkesan masa kini. Bahkan non muslim semakin berani menyuarakan sokongan terbuka terhadap PAS. Di setengah negeri di pantai Barat mungkin perkara ini sudah biasa bahkan Kumutha seorang hindu berbagsa India telah mengguna pakai lambing Pas bertanding di Johor. Tetapi di Terengganu ianya masih baru dan masih lagi dipropaganda oleh politik kotor UMNO-BN.
Ucapan Dr Chandra dalam Ijtima' pas kalai ke 14 di Batu Rakit, Sabtu baru-baru ni yang menyokong dasar Islam yang dibawa oleh Pas kerana kesamaan konsep keadilan fitrah manusia itu boleh diterima dengan selesa. Beliau sendiri berhujah dengan surah al-Maidah yang menyebut tentang keadilan islam yang bersifat sejagat. Tiadanya penganayaan, kezaliman dan penindasan dalam sumber Islam iaitu al-Quran. Beliau sendiri banyak meneliti Islam apabila perkembangan politik kini yang mendorong lebih ramai masyarakat mempelajari tentang Pas dan Islam.

Pas-phobia nampaknya akan mula hilang sebagaimana kempen Islam-phobia oleh musuh-musuh Islam. Dr Chandra menyatakan bahawa beliau belajar dari sumber Islam iaitu al-quran dan bukannya orang Islam apatah lagi UMNO yang dilihat sebagai merosakkan Islam. Melakukan perbuatan dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau juga mengungkapkan bagaimana beliau menyokong perlaksanaan islam dan hokum hudud. Beliau tidak gerun kerana beliau tidak melakukan jenayah-jenayah tersebut. Yang memalukan apabila UMNO sendiri menentang hukum hudud. Mengikut fahaman beliau UMNO sudah kafir dan murtad.

Kalau orang melayu mendengar ucapan sebegini mesti merasa malu dan terpukul. Seolah si Hindu ini lebih memaahami islam. Apatah lagi kalau orang UMNO mendengar ucapan ini bagaimana si India ini lebih kemas hujah dan logic yang diguna pakai untuk menyokong perjuangan Islam berbanding UMNO dengan dasar assobiyyahnya. Tetapi bagi hardcore UMNO mungkin marah ucapan sedemikian. Mungkin mengatakan “sesiapa yang mengkafirkan seseorang sedang ia tidak kafir maka kembali kafir itu kepada orang yang menuduh”

Ini dah kes takfir. Kes kafir mengkafir ni!... Habis kalau UMNO tidak kafir sebagaimana tuduhan Dr Chandra, maka kembalilah kekafiran itu kepada Dr Chandra. ?????? Sememangnya Dr Chandra non muslim! Mungkin kalau ramai non muslim seperti ini berceramah diatas pentas menyokong Islam… mungkin naik gila pemimpin UMNO. Umno sendiri taknak islam, orang bukan islam pulak menyokong Islam. Apa agaknya Ulama Muda UMNO nak kata???

2 comments:

THE PUREHADHARIST said...

Ust Saiful Bahri,

Apakah Islam atau tidaknya kita adalah bergantung kepada menyokong PAS atau tidak? Bila Pas disokong maka dikira "menerima" Islam walaupun belum mengucap dua kalimah syahadah dan bila Pas ditentang maka kafirlah kita walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah?

Sedangkan banyak ayat Al-Qur'an yang menyebut hatta orang yang dah mengaku menerima Islampun belum dikatakan beriman inika pula yang hindu yag menyembah berhala!!

Ustaz jangan taksub sangat silap-silap ustaz yang mengamalkan asobiyah iaitu asobiyah berdasarkan PAS sebab Pas bukan beerti Islam dan Islam bukan hanya PAS!!

Masalah hudud ni pun Umno tidak menolak hudud cuma Umno merasakan Pas tak layak nak laksanakan hudud kerana tiada mujtahid dan hakim yang adil dan rakyat masih belum faham dan bersedia MENERIMA hudud.

Kalau setakat Dr Chandralah yang mungkin "auta" lebih Pas takpayahlah berhujjah bahawa non muslim tak nboleh menerima hudud. Suruhlah Karpal Singh dan Kit Siang isytihar dulu menerima hudud. Itupun kalau Pas berani!!

Jom kita diskusi dan sudilah baca tulisan2 saya diblog http:pure-hadharist.blogspot.com

demi mencari kebenaran!!!

Wan Solehah al-Halbani said...

SALAM ,

UMNO DAN PAS ADALAH SYIRIK DAN KUFUR KERANA MEREKA MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI


A. Allah adalah Tuhan bagi manusia :

1. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;

2. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peratruran dan undang-undang untuk manusia;

3. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang-Nya ke atas manusia yang mewujudkan system pengabdian manusia kepada Allah;

4. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah Tuhan yang disembah oleh manusia kerana manusia mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Allah.


B. Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah KERAJAAN yang syirik dan kufur kerana :

1. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;

2. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang manusia;

3. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, iaitu system pengabdian manusia kepada manusia kerana menusia berada di bawah kuat kuasaan segala peraturan dan undang-undang manusia;

4. Demokrasi melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang demokrasi ditaati dan dipatuhi oleh manusia;

5. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para hamba yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia kerana manusia berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia;

6. Demokrasi menjadikan manusia sebagai para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia.


C. UMNO dan PAS yang mengamalkan agama demokrasi adalah kafir, zalim dan fasik kerana :

1. Para pemimpin UMNO dan PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA atau TAGHUT yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk memerintah ke atas manusia;

b) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang;

c) Mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat yang berhak untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, yang bererti mereka telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka;

d) Mereka adalah orang-orang yang disembah sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia.


2. Para pengikut UMNO dan PAS yang MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI, yang mentaati segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang menyetujui dan meredhainya, adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :

a) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia;

b) Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyerahkan kuasa dan hak kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun ini untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia;

c) Mereka menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia kerana mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

d) Mereka menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia;

e) Mereka beriman dengan agama demokrasi dan Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi.


Sekian, Terima Kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...