Setelah 9 tahun penjajahan Amerika dan sekutu barat keatas bumi Afghanistan bermula 7 Okt 2001 bagi menghapuskan al-Qaeda & Taliban, kononnya orang yang bertanggung-jawab peristiwa penyerangan 11 Sept di New York.
Hari ini meskipun 150,000 tentera Amerika bermukim di Afghanistan dengan bantuan boneka mereka Hamid Karzhai telah gagal membawa kedamaian apatah lagi membawa pembangunan dibumi umat Islam tersebut. Yang wujud adalah penderitaan, kematian bukan hanya dikalangan orang awam tetapi dikalangan tentera mereka sendiri.
Ngo terbesar AS bagi perdamaian, Peace Action, bersama dengan 10 organisasi AS lainnya bergabung mendesak masyarakat setempat dan aktivis untuk mengambil tindakan untuk mengakhiri bencana akibat perang."Dengan jumlah tertinggi kematian warga awam dan tentara tahun ini dan pilihanraya yang gagal baru-baru ini, jelas strategi ketenteraan pemerintahan Obama telah gagal," kata Paul Kawika Martin, Pengarah Inteligen & Politik.
Amerika akan mengulangi kegagalan British dan Russia yang menjajah Afghanistan. Russia dengan tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember 1979 dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan bermastautin di negara-negara lain.
Sebenarnya apa yang mereka cari dari bumi Afghanistan? Selain kerja musuh Islam ingin menghancurkan kekuatan Islam dari Asia tengah dalam masa yang sama usaha mereka dengan kebendaan yang ingin mereka kuasai. Konsep penjajahan berteraskan Gold, Gospel & Glory tak pernah hilang dari matlamat mereka. Dunia sekarang, siapa yang menguasai minyak adalah keperluan dan kekayaan. Kedua, siapa yang memiliki dan menguasai pengedaran dadah mereka memiliki kekayaan.
Merebut laluan minyak khususnya ke Laut Kaspean, kekayaan mineral dalam bumi Afghanistan yang belum diterokai antara matlamat penjajahan Afghanistan. Tetapi yang lebih penting adalah kargo-kargo dadah. Afghanistan dizaman pemerintahan Najibullah sebagai boneka Russia membekalkan 75% bekalan candu dunia. Khususnya untuk bekalan Amerika dan Eropah. Sebahagian lagi dikeluarkan oleh Golden Triangle Laos, Burma & Thailand serta Amerika Latin.
Semasa pemerintahan Taliban, mereka berjaya memusnahkan dengan mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun 2001 Ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah naungan UNDCP, Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Bukan hanya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja tetapi menimbulkan hiruk-pikuk di Amerika & Eropah apabila ketiadaan bekalan dadah yang telah mempunyai rangkaian dan cengkaman bukan hanya ekonomi, polis dan tentera serta kehakiman tetapi juga golongan politik yang dijana dan dibiayai oleh hasil dadah.
9 tahun selepas pendudukan semula Amerika di bumi Afghanistan, hari ini Afghanistan menjadi pengeluar 90% keperluan dadah dunia. Sebanyak 2,800 metrik tan dengan keluasan 58,400 hektar. Bumi Afghanistan sebagai bumi pegeluar dadah menghasilkan sumber kewangan melebihi USD80bilion setahun tetapi apabila sampai ke Amerika ataupun Eropah ia telah mencecah 160 kali ganda harga di Afghanistan. Siapa yang mewarisi kekayaan ini semua? Siapa sebenarnya tokey-tokey dibelakang sana. Selain tentera Amerika sendiri terlibat sama ia juga melibatkan tokey-tokey dadah dunia.
Membiarkan bumi Afghanistan bergolak dan terus dalam keadaan tidak aman adalah tempat yang sesuai untu dadah. Keamanan akan meyebabkan hilangnya sumber ekonomi Afghanistan dan rakyat menuntut pembangunan dan kemajuan sedangkan apa lagi sumber untuk bumi Afghanistan? Hari ini Golden Crescent melibatkan Afghanistan, Pakistan dan Iran menjadi pembekal dadah dunia.
Malaysia pun kini terkena tempiasnya apabila mutakhir ini bekalan dadah datangnya dari negara Iran. Baru-baru ini sahaja rampasan 57 kilo syabu dari Iran yang berjumlah RM34.4juta. habis macamana Malaysia sendiri nak sifar dadah 2015. Makin bertambah banyak adalah. Najis dadah ini melibatkan semua akar-umbi sekarang ini. Kegagalan pemerintah sendiri membendungnya meskipun hukuman melibatkan dadah amat keras. Bahkan kekadang melibatkan pihak berkuasa sendiri seperti polis yang mencuri barang kes di Johor Bahru. Kejayaan menumpaskan penyeludupan oleh Polis dalam satu kes dadah antarabangsa, nilainya jutaan ringgit yang didapati hilang apabila ditukar menjadi garam? Pernah perbicaraan satu kes pengedaran dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin kecoh berikutan kehilangan kira-kira 60,000 pil psikotropik yang menjadi bahan bukti kes itu.
Jangan jadi macam filem Hindustan dah le. Polis, Tok hakim dan Ahli politik kaya raya kerana terlibat dengan dadah. Dan semoga Islam kembali semula mengurus dunia ini dan insyaAllah membawa keselamatan dan kesejahteraan sebenarnya. Semoga Amerika akankeluar dari bumi Afghanistan seperti anjing kurap insyaAllah.

No comments:
Post a Comment