Orang melayu ni kalau bab pangkat dan gelaran berjela-jela. Kalau nak disangkut kat baju tak muat dan habis tempat. Habis dah gelaran dan pangkat melayu kini disangkut pulak dengan gelaran dan pangkat yang bunyinya arab. Kini Dato’ Seri najib mendapat 3 gelaran yang paling tinggi. Imam, Khalifah, Agung.
Najib Imam Khalifah Agung PSSGM (Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia)
KUALA LUMPUR: 3 Okt. 2010. Datuk Seri Najib Razak semalam menerima penganugerahan Sandang Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan.
"Ingatlah bahawa senjata paling tajam bukan keris tetapi kuasa politik yang ada di tangan kita. Selagi ada kuasa, Insya-Allah, ada esok lagi untuk kita semua(meneruskan perjuangan).
“Sebab itu, rapatlah barisan kita, masuklah dalam barisan, dan teruskan perjuangan kerana kitalah satu-satunya parti yang berjuang benar-benar atas landasan bangsa, agama dan tanah air kita,” katanya berucap merasmikan Majlis Perdana Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dan Sambutan Hari Raya bersama Perdana Menteri di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini.
Layakkah Najib digelar Imam, Khalifah, Agung?
Kalau bab Imam. Entah le sekali pun tak tengok lagi jadi imam. Kalau jadi makmum tu biasa ah. Tapi kalau Imam joget tu ada bukti. Ish! geli gelemang nak buat tok Imam. Kalau Imam dalam ta’rif kepimpinan Islam… rasanya jauh langit dari bumi. Yang terakhir Imam adalah Imam Mahdi. Tak tahulah kalau Imam Syiah yang turun kembali menjelma. Zam-zam alla kazam. Jadi Imam al-Najib. Jadi tak pelulah sibuk dengki dengan Abuya asyari darul arqam. Sehingga beliau mati dihambatnya beliau dan pengikutnya hingga ke lubang cacing.
Apa itu khalifah? Khalifah ( خليفة)(Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah).
Seseorang Khalifah hendaklah memenuhi syarat berikut:
1. Memenuhi syarat untuk diaqad seorang Khilafah. ( Muslim, Lelaki, Baligh, Berakal, Adil, Merdeka, berkemampuan memimpin.
2. Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
3. Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
4. Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.
Tanggungjawab Khalifah terhadap Umat
Pertama : Memelihara Keturunan.
Menegakkan hudud terhadap penzina dan ta’zir kepada muqaddimahnya.Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.
Kedua : Memelihara Akal.
Tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah. Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Hukuman sebat kepada peminum arak hendaklah dikuat-kuasakan.
Ketiga : Memelihara Kehormatan.
Menjaga institusi keluarga dan menagkkan hokum qazaf.
Keempat : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Menetapkan hukum qisas dan diyat.
Kelima : Memelihara Harta.
Melindungi harta peribadi dan setiap keperluan asas individu juga terjamin. Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.
Keenam : Memelihara Agama.
Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama.
Ketujuh : Memelihara Keamanan & Negara.
Sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan.
Hah! Cukup tak syarat khalifah Najib ni? Kalau berpegang dengan dasar assobiyyah yang diharamkan Rasulullah dan hanya berpegang bahawa Umnolah satu-satunya parti yang betul dan benar memperjuangkan bagsa, agama dan tanah-air macamana? Berpegang dengan khurafat tegar lagi.
Kalau Khalifah bersilat... Pandai bersilat ke dia ni? Tak pernah tengok ni. Kalau tau silat pulut pun ok jugak. Kalau macam tu bila Persatuan Silat lain pulak nak anugerahkan buat Datuk Seri Hisyamuddin auww khalifah? atau beliau dah dapat pangkat Tae Kwan Do.
Bab Agung ni no komen. Selain makna gelaran buat raja mahupun satu sifat buat Allah Swt yang rasanya tidak layak dipakaikan buat Najib. Ia juga membawa nama “gong”. Alat bunyian yang dipukul dan mengeluar bunyi yang kuat dan berdenggung tetapi tak member apa-apa kehebatan. Orang Terengganu cakap macam ‘cetong’ jugoklah.
Habis! kalau jadi Tok Imam tak pernah, nak memerintah cara Khalifah Islam pun tidak, agung tak beraja dan berdarah kuning. kalau setakat dakwaan tiba-tiba mendapat gelaran... ini dah turun dari langit ni.. jadi sespesis Ayah Pin ke????

1 comment:
Assalamu'alaikum.Penjelasan ringkas Imam Khalifah Agung (PSSGM).
Persoalan : Layakkah DSNR digelar "Imam Khalifah Agung" ? (telah terbentuk dalam satu ayat) tetapi diminta penjelasan 3 perkataan iaitu Imam, Khalifah, Agung.
Menyentuh tentang penggunaan dalam seni bela diri PSSGM. Kecenderungan penggunaan ketiganya turut difahami dari sudut agama dengan alasan ditakrifkan asal -usulnya bahasa arab (Khilaf @ khalifah )
Sebelum terjawab persoalan
tersebut.Jika dirujuk maksud ketiganya dalam bahasa Melayu
Nusantara. Penggunaannya dalam situasi yang berbeza.
Tidak perlulah dipertikaikan layak atau tidak kepada individu yang diperkatakan itu. Pengalaman pendidikan akademik seseorang berbeza. Sebab itu wujudnya Institusi Pendidikan Bahasa Antarabangsa. Bidang dan aliran yang diceburi tetap menuju kearah kebaikan.
Asalkan tidak lari daripada pegangan dan akidah agama Islam sebagai seorang Islam.
Membandingkan seseorang dengan orang lain yang boleh menjatuhkan maruah sepatutnya dielakkan demi menjaga adab, tatasusila dan norma-norma perwatakan insan yang boleh berubah-ubah menuju kebaikan disertai doa serta mendapat rahmat dari Allah.
Berhubung dengan maksud ketiganya dalam Bahasa Melayu Nusantara TETAP terkandung unsur-unsur kebaikan. Misalnya :
* IMAM - makna lain adalah gelaran bagi seseorang yang memegang kepimpinan, pemerintahan atau kekuasaan.
* Khalifah - yang dimaksudkan penguasa yang memiliki kekuasaan politik untuk mengatur masyarakat.
* Agung - bererti besar, terutama, yang tertinggi, teristimewa, terkemuka, mulia (apabila digunakan dalam konteks mesyuarat)
Jelaslah di sini bahawa penghormatan yang diberikan kepada pemimpin politik negara di bumi Nusantara Melayu dengan gelaran "Imam Khalifah Agung" diharapkan dapat diterima oleh seluruh masyarakat dengan pandangan yang baik kearah pembentukan rohani dan jasmani yang lebih dihormati dan bersemangat kepada pemimpin dan seluruh masyarakat umum.
Amalkan berfikir yang baik-baik INSYAALLAH akan dapat kelebihan yang lebih baik.
Semoga dengan penjelasan ini lahir sifat bekerjasama dalam memikul tanggungjawab silaturahim yang erat sesama kita.
Tidak ada persoalan tidak ada jawapan.
Begitu mulianya manusia apabila bermuzakarah.
Mohon maaf jika terkasar bahasa atau tersilap faham dari segi "pengertian" ATAU "maksud" pada sinonimnya.
Terima kasih semua muslimin dan muslimat dan pembaca artikel yang berkaitan.
Dari-Cikgu Sharwad (PSSGM) Taiping.
Post a Comment