Satu agenda terancang agar pendidikan seks dipaksa untuk diajar disekolah-sekolah bahkan seawal 9 tahun. Ia bukan hanya desakan dinegara kita bahkan Negara-negara diseluruh dunia apatah lagi Negara-negara umat Islam yang dianggap masih lagi terkongkong dengan pengajaran agama dan budaya mereka. Yang terbaru desakan terhadap Negara di nusantara. Fillipina telah membuat keputusan untuk melaksanakannya berbanding Indonesia. Tapi apa tindakan Malaysia.
Filipina Uji Coba Pendidikan Seks di SekolahManila: Murid sekolah rendah dan menengah Filipina bakal diajarkan pendidikan seks mulai tahun ini. Demikian dikatakan Wakil Menteri Pendidikan Teresita Inciong di Manila. Beliau menjelaskan, pendidikan seks ini akan diintegrasikan dalam mata pelajaran sekolah dan projek ini di keluarkan dananya oleh pihak PBB.
"Pada tahap awal ini pendidikanseks akan diuji di 80 sekolah rendah dan 79 sekolah menengah yang dimulai dari pelajar kelas lima berusia 11 hingga 12 tahun," ujar Inciong.Sementara itu juru cakap Persatuan Gereja Katolik, Monsignor Pedor Qitorio menentang usaha tersebut kerana berpendapat pendidikan seks harus menjadi tanggung jawab utama orangtua. Pendidikan seks hanya akan menyebabkan perlakuan seks diluar nikah akan berleluasa semenjak usia muda lagi.
Mendiknas Tidak Setuju Pendidikan Seks di Sekolah
Jakarta. 9 Juni 2010 - Menteri Pendidikan Nasional Mohammad Nuh menyatakan, tidak setuju dengan keinginan sejumlah pihak agar diberikan pendidikan seks di sekolah kepada murid. "Saya mungkin sebagai orang yang kuno. Tapi saya melihat bahwa pendidikan seks di sekolah tidak perlu," kata Mendiknas M Nuh, kepada pers di Istana Wapres Jakarta, Rabu.
Dalam pandangannya, pendidikan seks tidak perlu menjadi salah satu kurikulum di sekolah karena seks adalah bisa tumbuh dan muncul secara alamiah tanpa harus diajarkan. Tindakan yang perlu adalah meningkatkan pengawasan Jabatan pendidikan dan kepala sekolah agar terhadap sesuatu hal yang berbau pornografi di sekolah-sekolah," kata Mendiknas.
Apa pula pandangan mereka di Malaysia?
Ajar pendidikan seks di sekolah - Shahrizat
KUALA LUMPUR 22 Mac 2010 - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja. Shahrizat paling kuat melobi, diberi nama Pendidikan Reproduktif dan Sosial agar taklah nampak sangat pendidikan seks dikalangan masyarakat. Semua ini merupakan perancangan mengaburi mata masyarakat bagi meniru apa yang dilakukan di England apabila Pendidikan Seks diajar di sekolah yang diberi nama Sex and Relationships Education. Ia diberi respon oleh Menteri Pelajaran Malaysia sendiri.
Muhyiddin: Pendidikan seks mungkin diperluaskanKerajaan masih mempertimbangkan bagi menggabungkan pendidikan seks ke dalam sistem kebangsaan sekolah, kata Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Ini satu daripada inisiatif (bagi menghalang gejala pembuangan bayi) bagi memberi pemahaman yang menyeluruh berhubung kesihatan reproduktif di peringkat sekolah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Kebangsaan di Putrajaya.
All Women's Action Society (AWAM) meyokong penuh cadangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah dan mendesak dilakukan sekarang dan tidak ditangguh-tangguh lagi.
Para pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan seks di sekolah seawal umur 9 tahun atau darjah 3 lagi, kata Ketua Sub-Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan.
"Saya telah mencadangkan kepada kementerian pelajaran supaya pendidikan seks diajar seawal sembilan tahun dengan memulakan pembelajaran mengenai bahagian-bahagian fizikal badan.Manakala pada umur 12 tahun, mereka boleh mula diajar mengenai persenyawaan. Saya harap, pelajaran ini akan mula diajar pada tahun 2011 atau 2012," kata Dr Hamizah.
Beliau berkata demikian ketika berucap di forum pendidikan seks anjuran sebuah NGO Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) di ibu negara malam tadi.
Turut sama memberikan dalam forum berkenaan ialah penggiat Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduksi Malaysia (FRHAM) Wong Li Lieng dan Pengasas Hak Reproduksi Perikatan Advokasi Malaysia (RRAAM) Rashidah Abdullah. Membentangkan padangannya dalam majlis yang hanya hanya dihadiri tidak sampai 30 orang pendengar, Dr Hamizah berkata, golongan muda perlu diberi tunjuk ajar lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan hubungan seks. Beliau juga mengkritik guru di sekolah yang tidak terlatih dan mengajar dengan cara yang tidak betul. "Ada sesetengah guru apabila mengajar, mereka menyebut 'anu' dan bukan nama alat sulit tersebut," kata Dr Hamizah.
Sementara itu, Wong pula berkata, pendidikan seks di sekolah perlu diajar dalam konteks yang lebih mudah walaupun terdapat sesetengah pihak menganggapnya lebih mengalakkan remaja untuk melakukan seks.
Baru-baru ini Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Peng mendedahkan guru kurang mempunyai latihan dalam usaha untuk menerapkan pendidikan seks di sekolah-sekolah. Lantaran itu guru dikatakan enggan mengajar subjek tersebut meskipun pendidikan seks telah diterapkan dalam beberapa matapelajaran secara rentas kurikulum.
Pendedahan NUTP itu akhirnya mengundang kontroversi apabila Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani berpendapat bahawa pendidikan seks seharusnya tidak dijadikan sebagai satu subjek khusus kerana walaupun guru mahir mengajar mata pelajaran tersebut, secara jelasnya pelajar akan mendapat pengalaman terbaik apabila beliau berkahwin. Dan, kerana itulah pendidik seks tidak wajar dijadikan sebagai mata pelajarn khusus, ia tidak perlu mecontohi beberapa buah negara yang terlalu liberal dan bebas dengan pegangan moral.
Bantahan juga dikemukan oleh Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad berkaitan cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah.Bantahan yang sama turut diutarakan Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, yang menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi harus bermula di rumah.
Pendidikan seks di sekolah tidak perlu
Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.“Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya pada satu sidang akhbar.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda. Ia menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
Beliau menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul. Beliau juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ''zina'' dan bukan ''seks bebas'' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
Ramai yang membantah pendidikan seks di sekolah tetapi kenapa pihak menteri beriya sangat untuk melaksanakannya. Tidak lain dan tidak bukan kerana itulah desakan dan perancangan serta agenda Yahudi APCO agar melaksanakan agenda Freemason mereka yang dinamakan 'LIBARIM'. Antara perancangan mereka adalah :
1-Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.
2-Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker).
3-Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
4-Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'.
5-Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik. (AF, Malaysian Idol, OIM...)
6-Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya.
7-Mengorganisasikan kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkan perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.
Inilah yang terjadi di Barat apabila mula menjadikan Pendidikan Seks di sekolah pada tahun 1970-an. Akibatnya ia telah merosak dan menghancurkan nilai akhlak kemanusiaan dinegara mereka. Kenapa kita hendak memulakannya pula dinegara kita? Sedangkan semua kita tahu penyakit ini bermula di Barat dan apabila kita menelan ubat yang sama nescaya kita juga akan mewarisi kesan dan akibat serta penyakit yang sama.
Penyelesaian terbaik adalah menyelesaikan permasalahan remaja pada hari ini sangat jahil terhadap agama. Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram. Remaja menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting. Akibatnya mereka gagal mengawal diri mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah maksiat.
Pendidikan Islam sendiri sudah merangkumi pendidikan berkait dengan hubungan seks yang terdidik dengan mengcerakinkannya dengan hukum-hakam disebalik pengajian feqah. Kehendak Tuhan disebalik pengajaran Tafsir al-Quran dan adab serta akhlak pengajaran rasulullah Saw. Malangnya, sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang tidak menitikberatkan pendidikan Islam menjadi sebab remaja terus berada dalam kejahilan bahkan module pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan pelajar yang beramal. Ilmu agama hanya sekadar tempelan dan bukan menjadi ilmu teras.Jika penerapan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah sepatutnya mampu membendung gejala maksiat dan zina. Bahkan semua pihak perlu memainkan peranan termasuklah institusi guru, keluarga, masyarakat bahkan pihak kerajaan yang perlu menguat-kuasakan perundangan syariah secara menyeluruh.
Selagi sikap lepas tangan dan enggan kembali kepada penyelesaian secara Islam yang hakiki nescaya selama itulah kita akan menghadapi masalah yang sama dan sebenarnya kita akan berlegar dalam perangkap dan kerangka secular Yahudi Freemason ini.
Tetapi dengan nasihat APCO ini, sejauh mana kementrian mampu mendengar bantahan demi bantahan orang-ramai berkait dengan pendidikan seks ini. Kerana kuasa dan keputusan ditangan mereka, mereka hanya buat pekak badak aje. Mereka sanggup mengikut kehendak kelompok kecil ini yang akibatnya nanti terpaksa ditanggung oleh rakyat semua. Tetapi adakah mereka yang dua tiga kerat bertelinga badak ini mahu mendengar?
No comments:
Post a Comment