Gempar! Pelajar UPSR melahirkan anak luar nikah! Ibu Termuda di Malaysia.

| |
Terengganu Pecah rekod lagi! Tahniah Datuk Mat Said kerana dapat ‘cucu baru’. Ini rekod Malaysia atau mungkin di dunia untuk tahun ini? Sejak UMNO-BN kembali berkuasa di Terengganu ini, macam-macam benda ajaib berlaku. Sejak slogan “ kemajuan yang tak pernah kelihatan” ini ditaja, pelbagailah yang tak pernah terjadi sebelum ini, terjadi di Terengganu.

Sebelum ini 4 remaja lahirkan anak dan 16 yang lain mengandung dalam 1 sekolah di Kuala Terangganu pada tahun ini.. Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Pelajar tingkatan 3 juga pernah memalukan daerah Dungun kerana membuang anak ke dalam tandas ketika baru dilahirkan. Bahkan sudah menular di kebanyakan sekolah-sekolah menengah. Di harapkan agar pihak JPN atau PPD menganjurkan pertandingan dan menyediakan anugerah Sekolah yang terbanyak melahirkan anak luar nikah!!

Kini bala itu menular lagi dan semakin membarah. Yang terkini dan paling mengejutkan bagaimana seorang pelajar di sebuah sekolah rendah di Daerah Dungun melahirkan anak luar nikah dengan pasangan dari kalangan keluarganya sendiri sedangkan beliau baru berusia 12 tahun! Pelajar sekolah rendah yang baru nak mengambil UPSR. Pelajar tersebut dikatakan mengambil peperiksaan UPSR baru-baru ini dihospital. Rasanya Datuk Mat Said boleh mohon Malaysia Book of Records bagi mnyenaraikan Malaysia Boleh. Terengganu Boleh. Kita memecah rekord ibu termuda di Malaysia!.

Itu belum ajar pendidikan reproduksi (seks) ke sekolah-sekolah tu!.. kalau start ajar nanti bertambah alim le... bertambah le praktikal. Makin ramai le anak 1 Malaysia!!!

Alahai! Apa nak jadi ni Datuk Mat Said??? Janganlah dok sibuk berebut jawatan pengerusi Perhubungan UMNO terlupa masalah rakyat? Rakyat dah bagi amanah tu.. janganlah para YB dok sibuk berbalah terlupa nak jaga amanah pulak!.

9 comments:

otaklunyai said...

MALAYSIA BOLEH!!! ISLAM HADHARI!!! GENERASI ULUL ALBAB!!! 1M*L*y*IA... INI LAH PRODUKNYA..

Namun untuk balik kepada Al-Quran dan Hadith dinafikan sama sekali... mereka nak tunjuk pandai dengan Allah S.W.T...

mosabit said...

terengganu boleh joint venture dengan melaker...

lakukan perkongsian pintar dlm mengembangkan maksiat..

hidup umno...hidup maksiat...!!

kah kah kah kah kah kah ..

yon76er said...

Bro...jangan dok mengutuk aje...kalau raayat buat salah UMNO disalahkan...Napa org Kelantan buat maksiat , buat salah tak salahkan K'jaan PAS Nik Aziz?? . Kedah banjir pon salahkan K'jaan Pusat???.Sapa turun kan banjir???? Lepas tuu apa yg kamu dok buat?????? pandai mengkritik aje, pandai membangkang aje, sama2 lah membantu.....nanti dah dah kena BATANG HIDUNG SENDIRI nanti pun nak salahkan orang lain.....apa punya olang ......

abgmat7902 said...

dah tu nak salahkan pada Pencipta ke....

yon76er said...

Oh...Tidak sama sekali saudara....kita sepatutnya bukan menyalahkan satu sama lain, tapi patut membantu antara kita dan menerimaapa saja yg diturunkan pd kita olih Allah. Sedar atau pon tidak saudara sendiri sedang menikmati bantuan drp. K'Jaan Pusat ....manakan tidak tanpa usaha mereka kita takkan bolih berinteraksi sekarang didalam Blog ini...Jadi apa2 pon yg kita nak kritik atau bangkang biarlah bertempat dan kena masa nya....

FaizalRSD said...

Pelajar perempuan 12 tahun maut jatuh dari bumbung sebuah apartment setelah diserbu penduduk kerana dipercayai melakukan maksiat dengan teman lelaki di Damansara Damai.Penduduk telah beberapa minggu memerhatikan tindak tanduk pasangan tersebut.
Dimana Damansara Damai?Di Selangor pimpinan kerajaan PKR.Amacam?Ok tak Kerajaan Pakatan Rakyat?

Maui said...

wat mende politikkan masaloh sosial ni...atas didikan mok ayoh blake...kat paka anok org pas ngan umno same naik je...same2 ade masaloh sosial...org parti ni kalo anok gu ye wat maksiat wat pejam je...pahtu mula lah tuding jari ke hok tu, hok ni...sbg ustaz, rasenya ustaz nampok masaloh yang tersurat ni...jgn salahkan parti pemrintah, salahkan mak bapak dulu hok dok kawal anak2 dgn baik!

din said...

Sekarang ni masalah negara. Kita lupa punca pengaruh kepada remaja. Di mana perkara tu bermula. Sekarang ni begitu banyak perkara tak molek dihidangkan kepada remaja. Di sinilah puncanya dan perlu diubati dan dibasmi. Kalau sesiapa pernah belajar psikilogi sosial mereka akan tahu siapa yg banyak mempenagruhi remaja.

Cinta Kasih said...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.
(HR al-Bukhari)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...