Pernah penulis ketika berceramah di kuala lumpur, ada seorang hamba Allah bagi offer tanah beliau untuk diwakafkan untuk tujuan pendidikan. Katanya 10 ekar. Itu dah bagus!... Tapi bila ditanya lokasinya. Beliau menyebut di Perak. Penulis bertanya.. takde kat Terengganu ke?
Persoalan dan isu pendidikan ini sentiasa berkait anatara satu sama lain. Saling memerlukan. Jika tiada sebahagian, ianya akan gagal. Ianya tak semudah yang disangka. Begitu juga dalam mewujudkan institusi dalam pendidikan. Ketika di Universiti Malaya, seorang teman yang menjadi pensyarah disitu mencadangkan supaya penulis menyiapkan satu tesis yang berkaitan module dalam mewujudkan Institusi pengajian khususnya pondok. Kerana beliau mengathui bahawa penulis mengasaskan sebuah pendidikan tradisonal berorientasikan Pondok di kampong kelahiran penulis iaitu Pinang Merah, Paka. Dikenali dengan Pondok Pinang Merah. Ketiak beliau menyarankan tajuk, penulis mengatakan tak berminat.
Sebab mencatatkan teori tidak semudah melaksanakan cita-cita. Sebuah institusi pendidikan Islam memerlukan sokongan dan dokongan yang bukan sedikit. Munasabahlah Islam menjanjikan mereka yang terlibat dalam pendidikan ini ganjarannya berterusan sehingga kiamat samada melalui ilmu yang baik yang diwariskannya, maupun wakaf dan institusi yang mengalirkan pahala, apatah lagi anak-didik yang bertebaran yang mendoakannya.
Ketika penulis ingin mewujudkan sebuah pusat pengajian pondok Pinang Merah, merata dicari Tok Guru berkaliber untuk dibuat ‘Penunggul’. Ke Pattani sehingga ke Aceh dan Jakarta hatta sehingga ke bumi Mekah. Kalau ada Tok Guru, nak dicari tanah yang berkat. Sesuai dan berbetulan dengan lokasinya. Ingin pula diwujudkan pendokong dan penyokong serta hawariyuun bagi membantu kerja-kerja yang maha panjang ini. Pendidikan, sekali kaki mencecah, tak dapat menarikkan diri. Hanya maut sahaja yang memisahkannya. Kalau dok main glu-glek… baik tak payah. Sifat istiqamah. Perlu ada mereka yang sanggup berkorban khususnya wang ringgit dan harta benda. Nak bina Pusat Pendidikan ini bukannya dengan kun fayakun. Bermula dengan sifar tetapi memerlukan infra struktur yang lengkap. Kalau tidak.. jadilah institusi itu hidup segan, mati tak mahu. Tok Guru itulah yang mengajar, dialah juga yang mencari dana. Akhirnya jadi lintang pukang, guru ke mana, murid entah ke mana. Guru dan juga kakitangan nak makan juga. Bukan dok bertasbih, berdoa menunggu turunnya rezki dari langit. Guru dan ustaz bukannya makan kayu sugi. Bukan untuk sehari dua… tetapi nak duduk mengajar sehingga abis usia. Kalau tak sabar, rembah fail, terus cabut lari. Baik jadi penceramah bebas, ke hulu ke hilir tak kisah.
Institusi ini semua kena fikir. Kalau kerajaan tu.. bangunan JKR yang buat. Elektrik kontraktor dan TNB yang seliakan. Air serak ke JBA. Gaji dan elaun sudah sedia terbayar. Kementrian Pendidikan sediakan module dan buku teks. Semua kelengkapan dah siap. Basuh kaki sahaja. Tetapi bagi institusi pendidikan Islam khususnya milik rakyat. Milik gerakan Islam ataupun pembangkang. A hingga ke Z perlu difikirkan dan diuruskan sendiri.
Itupun bagaimana masyarakat masih member kepercayaan menyerahkan anak-anak mereka untuk memasuki pendidikan seliaan rakyat seperti ini. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Sudahlah tidak dibantu bahkan kerajaan pula mengadakan pelbagai tekanan, pun begitu rakyat masih lagi member kepercayaan sebagai alternative kepada pendidikan yang sedia ada. Kenapa?
Antaranya adalah produk Institusi islam seperti ini berjaya melahirkan insan yang seimbang didunia maupun diakhirat. Mereka bukan hanya cemerlang akademik tetapi ilmu-ilmu pengajian Islam mereka. Bahkan yang lebih penting adalah akhlak mereka. Suatu yang hari ini dipersoalkan oleh masyarakat kemampuan pendidikan konvensional hari ini dalam melahirkan generasi yang berakhlak. Apatah lagi dalam suasana gejala sosial yang semakin membarah.
Kerana itulah sokongan masyarakat terhadap institusi pendidikan Islam amatlah penting. Tanpa masyarakat, institusi seperti ini menjadi ‘kerbau putih’ yang diwakaf. Manfaatnya tak seberapa bahkan ia menjadi kerangka terbiar. Berapa banyak tanah, bangunan, institusi wakaf tetapi menjadi terbiar semata. Siapa yang nak disalahkan? Jika umat islam sendiri tidak memberi sokongan. Benarlah kata seorang guru penulis. Nak buka institusi Islam ini sabar kena tinggi. Sebab semua akan menjadi musuh. Iblis benci, Setan tak suka, orang kafir iri, kerajaan murka, orang munafik dengki, orang fasiq cerca, orang jahil buli kekadang orang Islam pun persenda!!!
Pun begitu, jika kita sabar dan tanpa mengira penat lelah, tanpa peduli caci dan maki, berkat keikhlasan dan doa yang bersungguh-sungguh serta sokongan semua pihak, insyaAllah ia akan dipermudahkan. Penulis juga rasa bertuah khususnya melihat perkembangan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah, Darul Bayan.
Alhamdulillah, berbanyak syukur kepadaNya jua. Setelah menjangkau usia 18 tahun kini, Darul Bayan masih diberi kepercayaan oleh masyarakat islam untuk terus berkembang. Bermula dengan Sebuah masjid kampong berusia melebihi 100 tahun lalu terbina Pondok Pinang Merah yang dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Awang selaku Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia dan Tuan Guru Haji Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Ia berkembang lagi dengan wujudnya institusi Ma’had Tahfiz Darul Bayan, dan 10 tahun yang lalu wujud pula Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang seusia denga SRAB (sekolah rendah agama bersepadu) di tereangganu oleh Kerajaan pimpinan Pas. Walaupun usia SRAB ditamatkan oleh kerajaan zalim UMNO-BN tetapi SRI Darul Bayan terus berkembang maju. Dan ditahun 2009, Sekolah Menengah Darul Bayan pula ditubuhkan.

bangunan pertama SRI darul bayan menumpang Markaz Ehsan 2001
bangunan sendiri Sri Darul Bayan 2003
bangunan tambahan 2009
bangunan sendiri Sri Darul Bayan 2003
bangunan tambahan 2009
Di sempena satu dekat SRI darul Bayan wujud dipersada masyarakat, penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang pernah menghulurkan sumbangan, sokongan, serta khidmat yang terus menerus sehingga kini disebalik suka dan duka dalam memartabatkan SRI ini. Semoga SRI Darul Bayan akan terus berkhidmat dalam melahirkan generasi al-Quran sebagai satu sumbangan dalam pendiidikan Islam demi kebangkitan Islam diakhir zaman ini. Tahniah buat warga SRI Darul Bayan!
1 comment:
membaca tulisan ustaz sudah dapat dibayangkan betapa peritnya usaha mebangan institusi ilmu ini apatah lagi badan yang menanggungnya.
ana doakan ustaz sentiasa diberi kekuatan untuk berbakti kepada ummah.
Post a Comment