12 A. Tahniah Adik Nur Najihah

| |
Hari ini keputusan UPSR. Paling tinggi pun 6 A. Itupun mata pelajaran sekular aje yang diambil kira. Mata pelajaran Pengajian Islam, sudahlah kontot tetapi tidak diambil kira dalam peperiksaan UPSR. Itulah juga yang dilalui oleh penulis melalui pendidikan kebangsaan ketika berusia 6 tahun lampau. Malang sungguh dinegara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai Negara rasmi tetapi Module Pengajian Islam masih lagi dikesampingkan. Nasib umat islam Negara ini yang ditarbiyyah oleh penjajah bagi mengekalkan sistem pendidikan sekular di Negara ini.

Apapun PAS bukan sekadar bercakap. Mengkritik. Tetapi sudah sekian lama menawarkan alternatif kepada umat Islam supaya kembali kepada sistem Pendidikan Islam dengan menggabung-jalinkan pendidikan Islam dan konvensional. Kalau rakyat Malaysia mengenali PASTI sebagai tunas Islam yang menjadikan Pendidikan Pra Sekolah sebagai alternative pilihan bagi anak-anak kecil mereka mendapat pendidikan yang Islamik. Maka sekolah-sekolah DAR adalah penerusan kesinambungan PASTI khususnya di negeri Terengganu ini.

Hasilnya terbukti ! Selepas lebih daripada 25 tahun bermula dengan dar Taqwa di batu Enam yang sekarang ini telah berkembang menjadi 7 buah sekolah. Di Bawah Payung Dewan Ulama Pas Terengganu dengan kerjasama Jabatan Tarbiyyah Pas Negeri yang menyediakan Module ini turut juga diguna-pakai oleh Sekolah Agama Rakyat diluar Terengganu. Dari keseluruhan 11 buah sekolah ini, mereka mengambil Peperiksaan yang dikenali sebagai UPSRI. Para pelajar mempelajari 12 mata pelajaran sebagai teras pengajian mereka.
Mata pelajaran itu ialah al-Quran termasuk hafazan, Hadis, Bahasa Arab, Tauhid, Feqah, Sirah, Akhlak, Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains.

Untuk tahun ini Dewan Ulama Pas Terengganu akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan di Dar Taqwa batu Enam pada pagi hari Sabtu ini. Pengiktirafan Dewan Ulama Terengganu terhadap pelajar cemerlang ini didahulukan ucapan terimakasih. Seramai 7 orang pelajar yang mendapat 12 A, 12 orang yang mendapat 11A serta 8 orang yang mendapat 10A. Disamping setiap mata-pelajaran akan diberikan anugerah pelajar terpilih, seorang pelajar setiap tahun akan dipilih sebagai pelajar cemerlang UPSRI tahun 2010. Adik Nur Najihah dari Sekolah Dar Taqwa telah terpilih sebagai pelajar terbaik sessi 2010 ini. Tahniah diucapkan.

Pengorbanan yang tak sia-sia. Bukannya mudah untuk terpilih sebagai pelajar cemerlang dikalangan ribuan pelajar yang mengambil peperiksaan UPSRI di negeri Terengganu. Meskipun tiada promosi serta liputan media akhbar maupun TV tetapi ia amat membanggakan buat ibu-bapa, para guru dan pengerak pendidikan Islam. Pihak Majlis Pengetua & Pengarah DAR Terengganu yang memayungi sekolah-sekolah ini mengucap tahniah atas usaha-usaha yang berterusan ini demi memartabatkan pendidikan Islam ini.

Sebahagian Pelajar ini ada juga yang mengambil peperiksaan UPSR yang akan diketahui keputusannya hari ini. Para pelajar ini boleh membuat pilihan untuk menyambung pengajian mereka diperingkat menengah di sekolah kementrian maupun meneruskan disekolah-sekolah jamaah atau Sekolah Agama Rakyat di Terengganu seperti Darul Quran di Rusila, Darul Bayan di Paka dan MTT di Batu Enam. Tahniah & Selamat Maju Jaya.

2 comments:

otaklunyai said...

ALLAH HU AKBAR!!!!

nadya solahuddin- "mengukir rasa hati disini" said...

bangga ana ust..menjadi warga tarbiyah .. dapat melalui zaman madarasah darul taqwa... maahad tahfiz wal tarbiah tok jiring. iallah.. nak bnetuk generasi sekrg supaya menjadi seperti dulu dan berfikiran maju selaras "intelektual sufi"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...