Sekeras-keras gunung Merapi, akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Penciptanya. Merekah, membelah dan megeluarkan segala isinya. Sepejal-pejal bangunan dan setegap pepohon dan pokok kayu di Aceh dan Sumatera, akhirnya ranap dan layu disapu gelombang dan ombak Tsunami. Sekuat tanah di Pariaman memikul dan menggalas tumbuhan dan kehidupan, akhirnya melompang dan gelunsur menenggelamkan kampong dan bangunan serta kehidupan. Tetapi siapa yang mengambik iktibar??
Ini bukan perkara baru. Bahkan sudah lama tercatat dalam sejarah maupun dalam al-Quran yang setiap tahun dipertandingkan di Negara kita. Selepas tsunami di Aceh, Alhamdulillah betapa mereka mengorak langkah mula kembali kepada syariah Pencipta Ala mini. Bagaimana pemimpin Negara kita? Nak diluluskan lessen judi? Nak dibuatkan Hub Maksiat? Dianjurkan festival fesyen jahiliyyah? Entahlah! Jangankan nak laksanakan Islam. Apatah lagi nak tegakkan hudud. Nak nasihatkan isteri-isteri mereka tutup aurat pun sukar. Adakah hati mereka hati tembaga? Nak kata mereka ni kebal… kena chicken pox pun dah masuk hospital!!!
SLEMAN: Merapi mencatatkan letusan paling kuat dengan semburan gas panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu. Kejadian itu semalam mengakibatkan 78 maut, menjadikan jumlah kematian 122 orang.
Mangsa kematian terbaru itu dilaporkan di kawasan perkampungan Bronggang, 15 kilometer dari gunung berapi itu. 58 orang, termasuk tujuh kanak-kanak kecil, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati semalam akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan melecur.
Kebanyakan korban terbaru Gunung Merapi, maut dalam keadaan tragis, apabila mereka ditemui mati di atas katil atau semasa berbual di telefon akibat terkena lahar panas gunung berapi mencecah suhu 1,000 darjah Celcius yang terhambur dari kawah gunung itu khususnya di Argomulyo, 18 kilometer dari Merapi tetapi keadaan disana yang terlalu panas.
Selepas 10 hari meletus, Merapi sudah memaksa perpindahan lebih 75,000 penduduk yang tinggal di sekitar gunung berkenaan.
Selepas 10 hari meletus, Merapi sudah memaksa perpindahan lebih 75,000 penduduk yang tinggal di sekitar gunung berkenaan.
Sepanjang sejarah, banyak bandar-bandar musnah kerana bencana seperti ini. Contohnya, pada abad pertama, letupan gunung berapi telah melenyapkan bandar Pompeii, sebuah bandar Rom yang makmur, daripada muka bumi ini. Kejadian itu terlalu mengejutkan sehinggakan mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri. Lava sampai ke bandar Pompeii dan menimbus seluruh bandar, menyebabkan semua penduduknya mati. Bandar Pompeii yang begitu hebat ini musnah dan ditimbus oleh lava, debu dan habuk selama hampir 1700 tahun lamanya ekoran letusan daripada gunung berapi Vesuvius pada sekitar 24 Ogos tahun 79 M dan hanya dijumpai semula sekitar tahun 1748 M. Letusan yang membawa kemusnahan dahsyat ini hanya mengambil masa kira-kira 2 hari.
Merujuk kepada hasil karya Harun Yahya dalam buku bertajuk 'Perished Nation' beberapa fakta penting dapat dipelajari tentang kehidupan penduduk bandar Pompeii ini:
• Budaya 'Sadis' atau gemar pada kekejaman hobi mereka mempertaruhkan manusia di gelanggang seperti menyabung binatang. Para Gladiator akan berentap sehingga mati dan dipertontonkan rakyat sebagai hiburan. Kekadang manusia dipertarungkan dengan singa atau harimau. Pompeii memiliki colosseum (gelanggang lawan) yang kedua terbesar selepas bandar Rom itu sendiri.
• Sistem perhambaan dan penindasan yang teruk digambarkan pada lukisan2 dan manuskrip, malah pada barang2 kemas pada tinggalan rangka mayat dipercayai hamba sahaya yang tertulis kata2 seperti 'From Master to His Slave'. Nasib hamba abdi begitu buruk sekali dan nyawa mereka juga tidak bernilai di mata masyarakat
• Pelacuran, Homoseksual serta Pesta Seks keterlaluan yang mengundang kehancuran kepada moral, juga kemurkaan Allah Swt terhadap penduduk bandar ini. Bandar ini digambarkan seperti pusat istirehat di Zaman Rom dan terkenal dengan budaya tercela ini.
Pompeii yang terletak berdekatan dengan bandar Naples, Itali hari digambarkan memiliki kemewahan dan peradaban yang amat tinggi, kehebatan masyarakat Pompeii ini jauh menandingi masyarakat Eropah yang wujud hampir lebih 1500 tahun kemudiannya! Tetapi ketika turunnya bala ini, tiada satu nyawa pun selamat; penduduk Pompeii, yang dikenali dengan keingkaran mereka terhadapan suruhan Allah dan tidak berakhlak, telah mati serentak. Kematian ini seperti digambarkan di al-Quran seperti berikut:
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Surah Al-'Ankabut:40
'Yang demikian, ialah sebahagian daripada khabar berita penduduk negeri2 (yang telah kami binasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).
Surah Hud: 100.
Di dalam hadis baginda pula meriwayatkan bahawa : “ as-Sa’ah (Hari Akhirat) tidak akan terjadi hingga … gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Muslim)
Ada dua hadits menyebut sebelum hari hisab yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah r.a … dan kemudian tahun-tahun penuh gempa bumi (HR Bukhari).
Apa yang berlaku dinegara jiran kita sepatutnya menjadi peringatan berguna agar pemimpin, negara dan rakyat kembali kepada ajaran agama Islam yang diperturunkan Allah Swt. Bala dan hukuman Tuhan yang diturunkan untuk mengajak manusia supaya kembali kepada hukum-hakamNya jua. Tetapi sebagaimana umat-umat yang dahulu kala juga, mereka bongkak, sombong dan angkuh. Mereka menganggap itu semua sebagai bencana alam dan Negara mereka jauh dari kawasan bencana dan selamat. Selagi nyawa tidak sampai ke halqum, amat sukar manusia mengambil peringatan. Kalau golongan agamawan memberi nasihat pun akan dipersenda-sendakannya dengan pelbagai alasan logik dan rasional kononnya. Ingatlah firman Allah Swt:-
Apabila turunnya bala, nescaya tidak terkecuali lelaki maupun perempuan, kanak-kanak maupun orang tua dan dikalangan orang baik dan beriman maupun orang jahat dan fasiq. Sebelum berlakunya sedemikian, marilah kita pertingkatkan perjuangan. Gandakan amal ma’ruf dan nahi munkar. Di bimbangi jika maksiat dah maharajalela sekarang. Penyakit sosial sudah semakin parah, jenayah dah ditahap maksima bahkan pemimpin serta kerajaan UMNO-BN pulak membutakan mata sahaja dan memekakkan telinga bahkan kekadang merekalah penganjur dan punca kemaksiatan dan yang menghalalkan apa yang diharam Allah swt. Ayuh cegahlah munkar dengan menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO-BN sekarang. Jika tidak dibimbangi bala akan menimpa Negara yang kita cintai ini sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
• Budaya 'Sadis' atau gemar pada kekejaman hobi mereka mempertaruhkan manusia di gelanggang seperti menyabung binatang. Para Gladiator akan berentap sehingga mati dan dipertontonkan rakyat sebagai hiburan. Kekadang manusia dipertarungkan dengan singa atau harimau. Pompeii memiliki colosseum (gelanggang lawan) yang kedua terbesar selepas bandar Rom itu sendiri.
• Sistem perhambaan dan penindasan yang teruk digambarkan pada lukisan2 dan manuskrip, malah pada barang2 kemas pada tinggalan rangka mayat dipercayai hamba sahaya yang tertulis kata2 seperti 'From Master to His Slave'. Nasib hamba abdi begitu buruk sekali dan nyawa mereka juga tidak bernilai di mata masyarakat
• Pelacuran, Homoseksual serta Pesta Seks keterlaluan yang mengundang kehancuran kepada moral, juga kemurkaan Allah Swt terhadap penduduk bandar ini. Bandar ini digambarkan seperti pusat istirehat di Zaman Rom dan terkenal dengan budaya tercela ini.
Pompeii yang terletak berdekatan dengan bandar Naples, Itali hari digambarkan memiliki kemewahan dan peradaban yang amat tinggi, kehebatan masyarakat Pompeii ini jauh menandingi masyarakat Eropah yang wujud hampir lebih 1500 tahun kemudiannya! Tetapi ketika turunnya bala ini, tiada satu nyawa pun selamat; penduduk Pompeii, yang dikenali dengan keingkaran mereka terhadapan suruhan Allah dan tidak berakhlak, telah mati serentak. Kematian ini seperti digambarkan di al-Quran seperti berikut:
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Surah Al-'Ankabut:40
'Yang demikian, ialah sebahagian daripada khabar berita penduduk negeri2 (yang telah kami binasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya (sisanya yang dapat disaksikan) dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).
Surah Hud: 100.
Di dalam hadis baginda pula meriwayatkan bahawa : “ as-Sa’ah (Hari Akhirat) tidak akan terjadi hingga … gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Muslim)
Ada dua hadits menyebut sebelum hari hisab yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah r.a … dan kemudian tahun-tahun penuh gempa bumi (HR Bukhari).
Apa yang berlaku dinegara jiran kita sepatutnya menjadi peringatan berguna agar pemimpin, negara dan rakyat kembali kepada ajaran agama Islam yang diperturunkan Allah Swt. Bala dan hukuman Tuhan yang diturunkan untuk mengajak manusia supaya kembali kepada hukum-hakamNya jua. Tetapi sebagaimana umat-umat yang dahulu kala juga, mereka bongkak, sombong dan angkuh. Mereka menganggap itu semua sebagai bencana alam dan Negara mereka jauh dari kawasan bencana dan selamat. Selagi nyawa tidak sampai ke halqum, amat sukar manusia mengambil peringatan. Kalau golongan agamawan memberi nasihat pun akan dipersenda-sendakannya dengan pelbagai alasan logik dan rasional kononnya. Ingatlah firman Allah Swt:-
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan kami), Kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Surah al-Isra: 16Apabila turunnya bala, nescaya tidak terkecuali lelaki maupun perempuan, kanak-kanak maupun orang tua dan dikalangan orang baik dan beriman maupun orang jahat dan fasiq. Sebelum berlakunya sedemikian, marilah kita pertingkatkan perjuangan. Gandakan amal ma’ruf dan nahi munkar. Di bimbangi jika maksiat dah maharajalela sekarang. Penyakit sosial sudah semakin parah, jenayah dah ditahap maksima bahkan pemimpin serta kerajaan UMNO-BN pulak membutakan mata sahaja dan memekakkan telinga bahkan kekadang merekalah penganjur dan punca kemaksiatan dan yang menghalalkan apa yang diharam Allah swt. Ayuh cegahlah munkar dengan menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO-BN sekarang. Jika tidak dibimbangi bala akan menimpa Negara yang kita cintai ini sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ
“Demi jiwa ku yang berada ditanganNya.. hendaklah kamu menyuruh kepada ma’ruf dan kamu mencegah kemungkaran atau dibimbangi Allah Swt menurunkan hukuman siksaNya dan kemudiannya kamu berdoa kepadaNya dan doa kamu tidak diperkenankan” (HR Tirmizi)
1 comment:
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
Post a Comment