Ingat Melayu aje mudah lupa! Rupa-rupanya sepesis mamak sorang ini lagi teruk pelupanya. Tun Mahathir bin Mohamed Kutty kena tulis buku ‘Mamak Dilemma’ selepas tahun 1970 beliau menulis buku kontreversinya ‘ The Malay Dilemma’. Kerana di alaf millennium, penyakit pelupa ini singgah juga kepada mamak ni. Bukan lupa projek! Lupa jawatan MB! Lupa jugak asal-usulnya. Tetapi Zambry selaku MB Perak tetapi lupa fatwa negeri beliau sendiri. Mufti Harrusani yang dikucup tanggannya. Adakah semua ini sandiwara? Adakah ini cerita Hindustan??
Pertamanya ketika rakyat heboh tentang fatwa Tan Sri Harrusani yang telah memfatwakan konsert Sure Heboh itu haram. Bahkan dirujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh (sebelum ditukarnama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkanmaksiat di kalangan anak-anak muda. Dan sekian lama Konsert seperti itu tidak dibaw masuk ke Perak khusus dizaman pemerintahan PR yang DS Nizar sebagai MBnya tetapi setelah rampasan kuasa UMNO-BN di perak lalu Zmbry telah memberi kelulusan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh yang diadakan di pengkalan Tentera Laut Diraja. Lumut pada 25 dan 26 April 2009.
Selepas itu timbul pula isu apabila MB Zambry yang turut sama terlibat dalam meletakkan ancak ketika mendirikan rumah. Upacara masyarakat melayu lama yang khurafat dan boleh membawa kepada syirik itu cuba dihidupkan kembali dan nak dikomersialkan. Mungkin sebagai produk pelancongan kot. Tetapi sedia maklum perkara sedemikian dicegah syarak.
Tak cukup dengan isu itu yang masih lagi berpanjangan dan kini didedahkan dengan video pula setelah ianya dinafikan oleh MB Zambry. Mungkin kot dia berlakun je kot. Bersandiwara?Fatwa negeri Perak yang dipetik dari Laman Web Jabatan Mufti Perak
Haram merayakan perayaan orang-orang kafir
Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.
Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"
Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita - JMNPk
http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm

Malangnya MB Zambry telah meganjurkan sendiri perayaan tersebut dirumah MB sendiri di Ipoh. Bahkan takde pemimpin UMNO sendiri pun sebelum ini yang menganjurkannya dirumah rasmi mereka. Biasanya mereka hadir upacara yang dilakukan di rumah pemimpin parti kompenen mereka. Kalau Depavalli akan dianjurkan oleh pemimpin MIC atau kuil. Dan apabila Tahun Baru Cina mereka hadir dirumah pemimpin MCA.
Habis Zambry ni bangsa apa? Beliau menganjurkan sambutan Tahun baru Cina. Nak katakana beliau itu cina. Tak munabah dengan warna kulit beliau. Kalau YB Idham Lim yang anjurkan atau YB Anuar Tan menganjurkan di Kelantan munasabah juga sebab dia cina. Ini mamak. Adakah semua ini sandiwara untuk menarik undi cina?
Setahu kita pula MB Zambry beragama Islam. Habis macamana pula beliau menganjurkan perayaan Deepavalli dikediaman rasminya. biasa? Biasanya ia dianjurkan oleh penganut Hindu? Tidakkah ia bertentangan dengan fatwa negeri Perak sendiri.
Ahad Februari 14, 2010
Rumah Terbuka MB Perak Dapat Sambutan
IPOH: Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada hari ini mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum. Majlis itu yang julung kali diadakan oleh seorang Menteri Besar bagi meraikan perayaan kaum lain, berlangsung dari pukul 1 tengah hari hingga 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.
Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan salah satu perayaan utama dalam kalendar masyarakat Sikh iaitu perayaan Vaisakhi peringkat kebangsaan di tempat sama (kediaman rasmi MB) pada April ini jika mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.– BERNAMA

Dan yang terbaru pada 7 nov 2010. Ahad baru-baru ini Zambry mengadakan rumah terbuka perayaan depavalli. Di kediamannya di Ipoh.
Sepatutnya Mufti Perak memangil MB Zambry untuk diberi garis panduan yang melibatkan perkara yang menyentuh aqidah. Ia bukan sekadar untuk pemimpin UMNO-BN tetapi akan menjadi panduan juga kepada rakyat amnya. Manusia itu mengikut agama pemimpinnya.
Ketika Mufti Harrusani berceramah sebuah masjid di Terengganu, beliau cukup tegas menyuarakan tentangan beliau tentang Islam Liberal dan Pluralisme agama. Nampaknya apabila ianya dilakukan oleh pimpinan UMNO sendiri di negeri beliau sendiri, beliau diam membisu. Kenapa?
Adakah ianya haram jika PR yang lakukan. Heboh dan bising seperti nyalaan lilin sebagai protes kematian Teo Beng Hock dulu. Habis mufti, agamawan yang beri fatwa. Habis kalau kena dengan pimpinan UMNO-BN macam ni. Mana pergi ulardalam semak ni? takkan nak jadi setan bisu?? mana ulama muda UMNO yang nak nasihat UMNO tu?

2 comments:
Saudara ...atas tapak apa sebenarnya saudara menulis dlm blog ini. Adakah atas kerana UGAMA atau POLITIK?????Bila saya termasuk dan membaca tulisan saudara nampaknya semuanya bertopikkan menyalahkah perbuatan orang lain terutama Pemimpin2 UMNO...Saya nak tanya atas apa yg saudara nampak salah itu...apa yang telah saudara buat sebagai seorang saudara ISLAM???? Takkan setakat memberi Komen sahaja tapi tidak bersama2 berusaha membantu mengatasinya. Saudara dan Parti yg saudara hanya tahu membantah atau mengkritik apa yg orang lain buat tapi tak pernah membantu. Contohnya Banjir diKedah, takkan nak berserah atau menyalahkan Takdir yg musibah diturunkan diKedah. Turun bantu sama2 bantu mangsa dan bukan mengkritik apa yg orang lain buat.
Satu lagi jangan lah berasa megah dgn gambar2 slide didlm blog saudara, bersama si-anu disini dan sana...Tidak ada yg Istimewa mereka itu, melainkan ALLAH....sama2 lah saudara renungkan..
jd saudara yon76er sudah menasihati pemimpin umno yg munafik itu..bgus btul saudara yer..
Post a Comment