Selesai daripada kuliah, bersarapan pagi di rumah guru dan perkarangan pondok Pinang Merah.
Anggota rombongan beliau yang datang dari Kedah dan Negeri Sembilan
"Tambah... tambah.. "... nasi saje ke? Udang tarak tambah? bersama tuan rumah, Ust mazdi, antara guru madrasah.
Sebahagian tetamu... mintak maaf deh. Rumah guru sempit. Menjamu kat luar.
Para pelajar... bersarapan di perkarangan Pondok
Alhamdulillah. Ada baki lagi tak?
Sheikh Abdullah dari Buluh Gading, K. Terengganu sempat mengunjungi dan berbicara bersama Sheikh Nuruddin.
Sheikh Nuruddin berhasrat untuk meninjau dan menziarahi pondok. Maaflah. Suasana pondok seperti seadanya. Bukanlah seperti sekolah elit di Putrajaya. Bangunan dan infra 100% hasil infaq orang ramai.
Cikgu Mustafa selaku setiausaha memberi sedikit taklimat. Ditemani oleh Samad selaku AJK, Hj Ibrahim dan turut serta akhi Hud (menanti Tok Guru Nik Aziz).
Aik... sehingga atas Pondok pelajar. Memanglah sebagai Pak Kiyai yang memiliki Pasentren di Bogor dan yang pernah menimba ilmu di Mekah mahupun di pondok sehingga Pondok Derang Kedah... pastinya keinginan sentiasa mengalir untuk melihat onak-denai, menjiwai pahit-getir, menggamit nostalgia, merasai kepuasannya serta semoga menjadi penyuntik semangat kepada anak-anak santri supaya terus cekal berusaha menggali gunung ilmu, meneroka lautan bahar mencari nilai rahmat yang tiada tepinya. Tidaklah dikecapi melainkan mereka yang mengelumangi dalam kehidupannya semata.
hati2 syeikh. Pondok dah hampir 15 tahun. uzur tetapi tiada bantuan daripada Kerajaan Ehsan. Begitulah nasib SAR berbanding sekolah2 kebangsaan. Semoga dicelah-celah diskriminasi itu akan menyerlah permata ummah. Semoga tergilap bakal ulama menjadi pemimpin buat zaman mendatang, i'Allah.
Maaf deh.. Tak muat kamera untuk dipukul ramai-ramai. Kenangan sebelum berangkat pulang. jazakallah khairul jaza' buat semua yang menjayakan.
11 comments:
حفظكم الله يا شيخي!
syeikh abdullah buluh gading tu mengaku dia wakil tuhan sejak 1400h... Allah lantik dia masa dia zikir. check sini sufimas.blogspot.com
awak syeikh kata, bumi pinang merah akan bertambah berkat sbb wali Allah dan wakil tuhan zaman ini dtg pinang merah. ust saiful akn jd wakil rkyat semula dan mgkin jd mb nt, kata syeikh abdullah
nk tanya..apa pandangan syeikh nuruddi mengenai syeikh abdullah????
syeikh abdullah buluh gading tu mengaku dia wakil tuhan sejak 1400h... Allah lantik dia masa dia zikir. check sini sufimas.blogspot.com
(awak syeikh kata, bumi pinang merah akan bertambah berkat sbb wali Allah dan wakil tuhan zaman ini dtg pinang merah. ust saiful akn jd wakil rkyat semula dan mgkin jd mb nt, kata syeikh abdullah) jgn buat fitnah..
biar betol ada wakil tuhan yang mengaku secara umum??? wali mengaku wali ker??? setahu ana, dlm kitab SAQJ bkn beliau yang mengaku tetapu guru d ank muridnya yang akuinye... sila penjelasan yang lebih dr yang pakar...jgn senyap akan pengakuan tersenut krn ianya akan menjadi perpecahann
pegi la check sndri..bdepan dgn dia bru tw kbnaran..sape yg btul..
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.” (surah al-Hujurat, ayat 6)
mintak ustaz saiful jawab tenntang sheikh abdullah buluh gading
dalam kitab kata, hanya wali je yang kenal wali..
Umumnya..kita ini semua wakil tuhan :)
Assalamualaikum semua.
syeikh abdullah buluh gading tu mengaku dia wakil tuhan sejak 1400h... Allah lantik dia masa dia zikir. check sini sufimas.blogspot.com
awak syeikh kata, bumi pinang merah akan bertambah berkat sbb wali Allah dan wakil tuhan zaman ini dtg pinang merah. ust saiful akn jd wakil rkyat semula dan mgkin jd mb nt, kata syeikh abdullah.
SYEIKH ABDULLAH X PERNAH KATA BEGITU. FITNAH SEMATA-MATA.
Post a Comment