Telur Yang Dieram, Menetaskan Biawak

| |
5hb. April 2010.

Yang di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud berucap sempena Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN)) Yang Ke-12, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Di antara ucapan beliau:
“Terengganu suatu masa dahulu memang terkenal sebagai negeri yang mempunyai ramai para alim ulama. Penyebaran dakwah begitu berkesan sekali sehingga ramai anak-anak tempatan memiliki pendidikan agama yang baik. Usaha mengembalikan era zaman kegemilangan alim ulama ini perlu disanjungi.
Sehubungan ini, kita difahamkan Kerajaan Terengganu beriltizam untuk Membina Tamadun Terengganu Baru dengan menjadikan negeri ini sebagai pusat kajian dan penyelidikan al-Quran peringkat antarabangsa. “Maka akan lahirlah nanti para ilmuan, intelek dan pakar dalam pelbagai bidang yang bukan sahaja mampu menguasai bidang-bidang agama dan hafazan al-Quran tetapi juga turut mampu menerokai bidang Sains dan Teknologi.
Tengku Sri Panglima juga berharap: “ mudah-mudahan masyarakat Islam di negeri ini akan menjadi umat terbaik (khaira ummah) dan umat yang seimbang (ummatan wasata) dalam aspek fizikal, emosi, intelek dan rohani seterusnya dapat mengurangkan kepincangan sosial”.

Antara tindakan segera MB Terengganu bagi memenuhi harapan Tengku Sri panglima Raja dan hasrat rakyat seluruhnya, setelah arahan dikeluarkan untuk merampas kembali Masjid Pasir Mina dan arahan penutupan Pondok Mustaqim, Binjai, kemaman lalu beliau mengumumkan ….


7hb.April.2010.
46 lesen pusat karaoke dilulus. Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan sebanyak 46 lesen pusat karaoke . Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, tujuh lesen dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Kemaman (20), Majlis Daerah Dungun (enam) dan Majlis Daerah Besut. (7). Menurutnya, empat lesen lagi dikeluarkan Majlis Daerah Marang, dua di Majlis Daerah Setiu manakala Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak mengeluarkan sebarang lesen.


8hb.April 2010.
"Terengganu bakal dipenuhi oleh bintang-bintang Bollywood/ Hindustan. Ramailah bintang bollywood "makang keropok batang" . Inilah jawapan oleh menteri besar Dato' Ahmad Said terhadap soalan asal oleh ADUN Batu Buruk Dr. Syed Azman semasa sidang DUN bertanya kepada Ahmad Said negeri Terengganu bakal dipenuhi oleh pelakun-pelakun bollywood/hindustan, atau Terengganu di Bollywood. Hasrat MB agar negeri Terengganu menjadi seperti Melaka.

Mungkin penyokong dan pendokong UMNO-BN tersenyum bangga kerana mereka memberi undi kepada lambang dacing yang memartabatkan Mat Said sebagai MB Terengganu. Betapa hebat dan cerdiknya pemimpin mereka. Tindakan yang diambil memenuhi hasrat MPPR, bahkan rakyat jelata keseluruhannya. Tentu pak-pak Imam seluruh masjid Terengganu mengangkat jari telunjuk ke langit melambangkan 1 Malaysia kerana betapa bangganya penduduk Terengganu berkesempatan dan bebas berkaraoke dan akan bakal bertemu artis-artis seksi yang akan datang dari Bollywood. Disamping konsert semakin kencang di Terengganu kini. Akhirnya akan lahirlah masyarakat Terengganu sebagai umatan wasatan dan khairu ummah mengikut perancangan Mat Said dan UMNO-BN.

Inilah tanda-tanda kiamat sebagaimana sabda Rasulullah Saw apabila ditanya tentang bilakah akan berlakunya kiamat:-


فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
“Apabila diselewengkan amanah maka tunggulah kiamat. Lalu ditanya lagi? Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Baginda: Apabila diserahkan urusan pemerintahan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kiamat”.


Berlakulah kepunahan dan kebinasaan. Berlakulah tanda-tanda kiamat. Tidak lain dan tidak bukan apabila orang yang jahil dan bodoh dilantik dan dipilih untuk memimpin dan memerintah nescaya jadilah kerosakan demi kerosakan. Tetapi golongan seperti ini kalau ditegur dan dinasihati mereka akan berkata bahawa itulah kebaikan. Itulah yang difirmankan Tuhan dalam surah al-Baqarah: 11-12


وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ . أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."Ingatlah, Sesungguhnya mereka orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.


Amat malang hasrat rakyat Terengganu akan terus dikhianati. Harapkan musang menjaga ayam, yang tinggal adalah bulunya. Padi yang ditanam, yang tumbuh adalah lalang. Letih mengeramkan telur.. ku sangka ayam tetapi rupanya menetaskan biawak. Nasib sungguh rakyat Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...