Bantulah Mat Said, MB Terengganu

| |
Bala bencana yang menimpa manusia tidak boleh lari daripada akibat kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh manusia itu sendiri. Ianya bukan bencana alam tetapi akibat daripada ke engkaran manusia terhadap Tuhan. Firman Allah secara jelas di sebut dalam Surah al-A’raf, ayat 96:-

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka (mendustakan ayat-ayat Kami), maka Kami akan seksa mereka sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan.”

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” (Surah Ar-Rum: 41)


Cuma bencana itu menimpa melalui sebab musabbab sebagai peraturan yang ditentukan Allah sendiri diatas mukabumi ini. Tapi hakikatnya ayat diatas itulah jawapan sebenarnya.

Apa yang penting adalah ruang dan peluang buat manusia untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Kembali kepada peraturan Islam yang telah diturunkan atau mereka ingin terus menunjukkan keangkuhan dan kesombongan mereka. Cukuplah mereka-mereka yang sombong dan angkuh serta meneruskan kezaliman dihina dan dibinasakan Allah. Mereka ditimpakan pelbagai azab didunia sebelum diazab di akhirat kelak. Yang tinggal hanya puing-puing kehebatan istana dan empayar pemerintahan mereka tetapi mereka sudah hilang dari mukabumi ini dan bahkan kaum serta bangsa mereka pupus dari atas muka bumi ini. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa “ takkan melayu hilang didunia” ? Hang Tuah kah? Hang Tuah sendiri pupus entah dimana?

Lihatlah peringatan Allah dalam ayat-ayat berikut sebagai iktibar bagi kaum yang telah ditimpakan bala buat mereka:-

Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir besar kerana membohongi nabi mereka dan ayat-ayat Allah serta bertindak zalim:-

وَنَصَرْنَاهُ مِنَ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ
Dan Kami telah menolongnya dari kaum yang telah mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat, maka Kami tenggelamkan mereka semuanya. Surah al-anbiya’ : 77

وَقَوْمَ نُوحٍ لَمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آَيَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا
“Dan (telah Kami binasakan) KaumNuh tatkala mereka mendustakan rasul-rasul. Kami tenggelamkan mereka dan Kami jadikan (cerita) mereka itu pelajaran bagi manusia. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang zalim azab yang pedih”. Surah al-Furqan: 37.

Firaun ditengelamkan dalam laut qalzum kerana menolak utusan Musa a.s serta melakukan dosa dan kezaliman serta lalai daripada peringatan Taurat:-

كَدَأْبِ آَلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَذَّبُوا بِآَيَاتِ رَبِّهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا آَلَ فِرْعَوْنَ وَكُلٌّ كَانُوا ظَالِمِينَ
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim." Surah al-Anfaal:54.

فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ
Kemudian kami menghukum mereka, Maka kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami itu. Surah al-`Araf : 136

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah al-Ankabut: 40


Pelakuan dosa dan maksiat menjadi prasyarat turunnya bala Allah Swt sebagaimana firmanNya:-

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
”Jika kamu hendak membinasakan suatu negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mereka mentaati Allah untuk hidup adil dalam kesederhanaan), tetapi mereka durhaka; maka sudah sepantasnyalah berlaku bagi terhadapnya ketentuan kami kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” Surah al-Isra:16


Cukuplah ayat-ayat Allah itu sepatutnya menjadi peringatan kepada umat yang kemudian agar tidak mengulangi kesilapan mereka yang terdahulu. Tetapi apakah kerajaan BN mengambil ingatan ini? Tidak sekali-kali. Meskipun Rasulullah Saw telah tiada tetapi para ulama didalam PAS tidak pernah sunyi memberi peingatan demi peringatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah Saw samada dalam siding dewan, di pentas-pentas ceramah dan dimana sahaja. Tetapi pemimpin UMNO-BN terus sombong dan angkuh dengan kekuasaan yang mereka miliki.

Pemimpin ini terus menerus melakukan kezaliman, bergelumang dengan noda dan maksiat, menidakkan hukum hakam dan syariat. Seolah-olah tiada undang-undang dan tiada batasan. Membujur lalu melintang patah.

Allah melarang melakukan kezaliman. Tetapi ahli PAS dizalimi oleh UMNO zaman berzaman. Dinafikan hak mereka, kalau pegawai ditukar, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Tanah mereka dirampas, dinafikan bantuan bahkan yang paling hina apabila mereka merobohkan masjid yang merupakan rumah Allah. Kalaulah biara dan gereja dilarang dalam Islam meruntuhkannya, bagaimana UMNO Terengganu tega meruntuhkan masjid. Dengan duit haram Royalti mereka melakukan penyelewengan mengikut hawa nafsu mereka. Hari ini Allah menunjukkan dengan pelbagai keruntuhan. Samada stadium di Gong Badak, stesyen bas di Kuala Berang, dewan sekolah di Wakaf Tapai, anjung masjid di Batu puteh, Jambatan di felda Kerteh 4, pencawang komunikasi tumbang di hulu Besut, Pusat latihan ITC, Kemaman dan terakhir UMT di Gong Badak. Semua ini supaya mereka sedar dan insaf bahawa keberkatan telah ditarik oleh Allah SWT. Ianya merupakan bala Tuhan untuk diambil iktibar oleh manusia dan khususnya penduduk Terengganu.

Sebagai jalan penyelesaian, penduduk Terengganu perlu menghentikan sokongan kepada UMNO-BN dalam PRU 13 akan datang. Itulah cara menghalang kezaliman yang dilakukan oleh mereka daripada berterusan. Kalau dibiarkan entah bala apa lagi akan datang menimpa.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ
قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
Daripada Anas r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda: Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi. Bertanya seorang lelaki: Ya Rasulullah! Aku menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana aku menolongnya jika ia seorang yang zalim. “Halangnya atau kamu menegahnya daripada melakukan kezaliman, sesungguhnya yang demikian itu adalah menolongnya” riwayat Bukhari.

Pengundi Terengganu jangan mengundi UMNO-BN dalam pilihanraya nescaya, tanpa kuasa mereka tidak mampu lagi melakukan kezaliman. Dan inilah jalan terbaik menolong pemimpin UMNO ini. Jika tidak mereka terus sombong melakukan kezaliman demi kezaliman, nescaya ia menghalalkan bala Allah terus menimpa negeri Terengganu yang kita cintai ini.

Kalau ditanya kepada pemimpin UMNO… nescaya banyaklah alasannya. Seolah-olah nak menyalahkan qada’ dan qadar. Lupa kepada kezaliman yang dilakukan oleh tangan mereka sendiri. MB Terengganu pernah mengeluh depan wartawan dengan mengatakan:

“Saya tidak bernasib baiklah hendak buat macam mana. Apabila berlaku (runtuh) ini, berlaku di zaman saya jadi Menteri Besar,”.
Cakap-cakap meminta simpati rakyat. Air mata buaya boleh mengalir bila-bila masa. Adakah rakyat Terengganu tertipu lagi? Lalu membiarkan mereka melakukan pengkhianatan sepenggal lagi?

Bantulah Mat Said dengan tidak memberi undi kepada UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang. Janganlah masuk ke dalam lubang biawak kali ke-13 dalam PRU nanti.

1 comment:

Pak Mat said...

;Janganlah masuk ke dalam lubang biawak kali ke-2 dalam PRU nanti.;
Puak2 umngok pun kata gitu gak ke pas.
Kajilah balik kenapa rakyat bawahan tak terima pas dulu padahal kuasa pemerintahan sudah ada ditangan. Rakyat mahu tengok pemimpin atau wakrak mereka berperangai macam Mahatma Ghandi baru TERSENTUH HATI mereka. Biarlah tak boleh buat pun berlakon pon jadilah. Kalau tak bleh zuhud sebenar berlakon zuhud pun jadilah. Kalau nak bermewah2 tunggu bersaralah. Saya yakin kalau pemimpin2 Pas hari tu bersifat begitu pemerintahan masih lagi ditangan Pas. Pas sebenarnya perlukan UNDI SIMPATI ketika ini bukannya menonjolkan kekuatan parti. Sistem pilihanraya memerlukan undi grassroot melebehi undi dari golongan pertengahan. Percaya lah....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...