LADANG HUTAN BAKAL DIKOMERSIALKAN DI TERENGGANU
Posted by
Saiful at 6:44 PM
|
|
Oleh: Muhd Lukman
DUNGUN 22 November -Sektor perladangan hutan akan menjadi satu strategi jangka panjang bagi memberikan hasil untuk memenuhi keperluan industri berasaskan kayu di Malaysia pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, penanaman pokok di ladang ini juga bakal memberikan hasil kepada kerajaan negeri.
"Insya Allah, kita harap ladang komersial yang kita buat itu akan berjaya dan seterusnya memberi pulangan balik kepada kerajaan dan masyarakat.
"Makin lambat kita tanam, makin lambat hasil yang kita akan dapat,"katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn. Bhd( KPKKT).
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah KPKKT berkata demikian ketika merasmikan Program Konsultasi KPKKT bersama komuniti di Dewan Orang Ramai Kampung Tepus, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad(GPB), Dato' Nadza Abdul; Pengurus Besar Kanan KPKKT, Suhairi Sulong dan ketua - ketua jabatan yang lain.
Sementara itu, Suhari Sulong berkata ladang ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber kayu dari hutan asli.
"Dengan adanya ladang ini, kita akan memperolehi hasil kita sendiri di samping dapat memberikan peluang pekerjaan kepasa penduduk setempat khusunya sekitar Hutan Simpan Jerangau.
"Insya Allah dalam masa 10 tahun hingga ke 30 tahun ladang ini akan memberikan hasil kepada kita," tambahnya.
Menurutnya, Kumpulan GPB melalui Syarikat KPKKT telah memilih spesies pokok yang cepat membesar seperti Kelempayan dan Batai untuk ditanam.
Rujukan: https://www.teganukita.net/2018/11/ladang-hutan-bakal-dikomersialkan-di.html?m=1&fbclid=IwAR0MvEIZo8U35fqO8IpX49-Sqb3ifzGsmfLu0NKwg8yYe2NztIj3elh8E3k
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment