Foto2 Kembara Tarbawi bersama Tuan Guru Presiden (Siri 1)

| |
Alhamdulillah, setelah tertangguh program tarbiyyah anjuran Lujnah Tarbiyyah PAS negeri Terengganu akhirnya diperkenankan Allah Swt. Buat pertama kali Program XPDC Tarbawi 4WD dari Rusila ke Blok 6 Cerul, Air Puteh – Kemaman berjalan lanjcar. Ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Tuan Guru Presiden yang sudi meluangkan masa bersama XPDC ini.

Program dibawah Unit Tarbiyyah Khas yang diketuai Ust Hazri dibawah Luj Tarbiyyah Negeri ini berperanan untuk membawa keluar agenda tarbiyyah kepada semua lapisan masyarakat. Selama kini ramai beranggapan bahawa PAS ini sekadar parti Tok Guru. Pas hanya layak diikuti oleh orang baik-baik. Hakikat sebenarnya PAS adalah untuk semua bahkan kehadiran Islam sebagai penyelamat adalah untuk kesejahteraan seluruh ummah manusia. Tetapi amat malang kekadang masih ramai yang tidak merasai nikmat dan keindahan Islam ini. Itulah sebabnya Pas berharap untuk mengadakan program-program seperti ini agar menyentuh semua pihak. Semua lapisan masyarakat.

Program yang melibatkan kenderaan 4X4 yang pelbagai latarbelakang peserta dari semua 8 daerah di seluruh negeri Terengganu. Walaupun permintaan yang amat menggalakkan tetapi memandangkan keadaan tempat Blok 6 di Sungai Cerul itu tidak mengizinkan kita membuka untuk semua bahkan untuk permulaan hanya terhad kepada 51 buah sahaja dengan penyertaan maksima 4 orang setiap buah kenderaan.

Kalau pemuda adanya ARC untuk motosikal, tetapi Lujnah Tarbiyyah merangka program kembara yang melibatkan semua tahap umur. Dengan matlamat untuk mengerakkan segenap ruang dakwah dan tarbiyyah kesemua sasaran. Kalau Pas disarankan untuk ditubuhkan di Bandar, pekan, desa, kampong dan taman-taman sekarang kita mula bergerak hatta ke jalan-jalan raya bahkan hutan belantara. Hasrat juga untuk mengukuhkan tali silaturrahim sesama penggiat harakah Islamiyyah dan dalam masa yang sama memanfaatkan xtvt kembara dan ziarah sambil melakukan khidmat sosial dan bersama masyarakat. Disamping tanpa melupakan ingatan firman Allah Swt dalam ayat-ayat memerintah berjalan dan bermusafir :-
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (kebangkitan semula). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Ankabuut: 20)
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Surah al-Naml: 69

Semua peserta dibekalkan panduan bermusafir serta adab-adabnya sebagai panduan kepada semua. Kita juga mengharapkan selepas ini akan diwujudkan setiap kawasan dan daerah dengan kelab 4WD masing-masing dan bergabung dibawah satu payung diperingkat negeri dengan penyeliaan Lujnah Tarbiyyah. Diharapkan ia akan berkembang dengan pelbagai xtvt melibatkan daerah, negeri ke negeri bahkan ke luar Negara InsyaAllah.

Program bermula dengan semua peserta berhimpun seawal jam 8.30pagi diMasjid Rusila dan mengikuti Kuliah Pagi Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden.

Para peserta yang tiba mula mendaftarkan kenderaan serta ahlinya
Sedang sibuk memasang bendera, sticker serta mempersiapkan kenderaan masing-masing
Tuan Guru Dato Seri Presiden mula menyampaikan kuliah rutin beliau setiap pagi jumaat di Masjid Rusila. Pengajian ini berterusan sejak zaman berzaman. Sumbangan seorang tokoh ulama besar terhadap rakyat Terengganu.
Persiapan dikalangan peserta.
Selesai kuliah Tuan Guru menaiki pentas untuk majlis perasmian dan pelancaran. Meskipun rengkas tetapi cukup untuk menjelaskan konsep, matlamat dan taujihat untuk peserta. Turut hadir Hj. Yahya Ali selaku setiusaha BPPN Terengganu serta AJK Tarbiyyah negeri.
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Lujnah Tarbiyyah Pas Negeri Terengganu (TPJ Trg)
Ucapan perasmian yang penuh bersemangat. Tuan Guru memakai vest siap bersama peluru didada. Menyuntik semangat jihad kepada peserta. Beliau menyebut ia sebagai 'simbol jihad'. Hanya peluru sebagai jawapan kepada Zionis Israel yang tidak tahu erti toleransi.
Majlis ditutup dengan doa selamat oleh para peserta yang dibacakan oleh Tuan Guru Presiden
Takbir!. Bergerak bersama slogan Pas
Setelah dilancarkan konvoi mula bergerak keluar dari perkarangan masjid Rusila jam 11.00 pagi menuju ke masjid Pasir Minal, Kemaman.

Konvoi dijalan raya ini mengambil masa lebih dua jam melintasi bandar Dungun, Paka dengan menggunakan laluan utama. Dengan kibaran bendera disetiap kenderaan pacuan 4 roda ini, kami mendapat sokongan orang-ramai yang memberi lambaian tanda sokongan kepada Pas. bahkan sepanjang perjalanan bunyian hon dan kerlipan lampu dikalangan pengguna jalan-raya berterusan sehingga bandar Kemaman. Semoga Pas sentiasa dihati orang ramai.

Maaf. nanti sambung download lagi gambo2 progrm di kemaman dan di cerul. Tunggu siri ke- 2

1 comment:

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

Letak gmbar byk skit ustz.Klu ada rakaman video lagi cantik

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...