1 Malaysia = 1 Kilo Gula

| |
Baru-baru ini ada seorang customer yang mengunjungi sebuah kedai runcit cina untuk membeli gula. Apabila dilihat gula lalu ia bersegera mengambil beberapa pek. Lalu taukey cina itu segera menghalang dan menyebut “Hanya 1 kilo satu orang.. tak boleh lebih”. Apapasal ? Tanya pembeli tersebut. “Apek jawab: 1 Malaysia 1 kilo woo”. Lelaki itu keluar dengan wajah cemerut. Mungkin kuat UMNO-APCO kot.

Krisis gula di Negara kita ini bukan sekali dua. Dah acap kali berlaku. Bukan seorang menteri bertukar tangan tetapi krisis gula ini datang juga. Bagi yang berniaga atau nak mengadakan kenduri kahwin menyesakkan nafas masing-masing. Setiap kali krisis gula berlaku, akan timbullah lawak bodoh supaya kurangkan penggunaan gula untuk mengelakkan kencing manis. Hatta khutbah jumaat pun di masjid kerajaan bercakap member peringatan tentang penyakit kencing manis.

Kenapa semua ini berlaku? Setiap kali gula tiada dipasaran, yang menghairankan Raja gula, Robert Quak tetap sebagai billionair yang semakin kaya dan kini kuasa itu dipegang oleh Syed Bukhary pula. Akan bertambah-tambahlah lagi kekayaan golongan kasta 1st class ini. Mereka inilah nanti apabila nak menghadapi pilihanraya akan menyalurkan sumber kewangan buat UMNO-BN. Dan jasa mereka itu dibalas dengan lesen pengimport gula kepada mereka sahaja. Kenapa Malaysia mengamalkan system macam ini? Tidak lain dan tidak bukan kerana kepentingan-kepentingan tertentu kepada pihak pemerintah untuk mengkayakan kroni-kroni mereka semata-mata.

Penulis ketika tinggal di cape town, SA sempat berkawan rapat dengan taukey supermarket di wilayah Western Cape itu. Beliau seorang muslim, masih lagi muda dan mewarisi perniagaan ayah dan keluarganya. Seorang pendokong gerak-kerja dakwah dan Islam yang kuat termasuk penyumbang aktiviti-aktiviti pelajar muslim di Universiti. Saya pernah bertanya dengan beliau tentang kaedah import & eksport barang-barang pengguna di Cape Town. Kebetulan pula kerana penulis membawa masuk barang perniagaan ke situ. Mana tahu kot-kot ada ruang perniagaan lain.
Beliau menyebut tiada kawalan dan tiada lesen import diperlukan bagi barang-barang keperluan harian. Siapa-siapa boleh mengimport barangan yang diperlukan. Bukannya memerlukan satu barang satu lesen. Kerana itulah barang-barang tidak naik harganya. Jika didapati barangan kurang dan harga meningkat tinggi, masing-masing boleh mengimport sendiri barangan tanpa had dan persaingan antara perniaga menjadikan harga barangan sentiasa dalam kawalan. Beliau sendiri mengimport terus gula dari Brazil secara kontena dengan harga yang murah.
Malang, perkara ini tidak berlaku dinegara kita. Sebab itu ramai jutawan atas angin dinegara kita yang sekadar goyang kaki menjual lesen atau permit. Mereka ada kenalan dengan menteri tertentu, dapat lesen dan permit lalu jualkan kepada taukey-taukey. Akhirnya customer akan menanggung segala kosnya.

Nampak gayanya Datuk Idris Jala lebih dipercayai bahawa 2019 negara Malaysia bakal bangkrap berbanding dengan cakap Dr Mahathir bahawa 2020 Malaysia sebagai Negara maju. Masalah gula pun tak selesai.. nak jadi Negara maju macam mana? Singapura, Jepun yang tidak memiliki sumber asli boleh berkembang maju berbanding dengan Malaysia yang Petroleum & Gas menyumbag 43% hasil pendapatan Negara. Itu belum kira kelapa sawit, getah, bijih, balak dan lain-lain? Kemana semua ini? Tirissssssssssss le.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...