Ada ke Pendakwah Bebas?

| |
Setiap orang ada pegangannya sendiri. Ada kepercayaan serta agamanya. Ada mazhab dan ikutannya. Ada hujjah dan dalilnya. Mungkin dalam agama, golongan mulhid atau atheis yang mengaku tidak beragama dan mempercayai tuhan sebenarnya menganut fahaman satu agama dan bertuhankan kepada makluk yang bernama ‘Karl Marx’. Kerana menurut Islam, penyelewengan daripada ajaran yang dibawa oleh Allah Swt itu adalah symbol ketuhanan. Ini disabdakan oleh Rasulullah Saw ketika menegur Adi bin Hatim, seorang Kristian yang ingin memeluk Islam tentang salib yang dipakai didadanya dengan menyebut firman Allah:-

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah.



Berkata Adi bahawa orang Kristian tidak pernah menyembah Rahib dan Paderi mereka. Lalu Rasulullah Saw menunjukkan tentang salib yang dipakai yang bertentangan dengan arahan Allah Swt tetapi diikuti juga oleh penganut mereka
Ini bermaksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal menunjukkan sebagai mengambil mereka sebagai tuhan selain daripada Allah.

Orang yang mendakwa bahawa dia tidak mengikut mazhab, sebenarnya ia juga mengikut pandangan dengan dalil dan hujjah yang berbeza dengan orang yang tidak bermazhab. Sudah tentu berlawanan dengan pandangan dan dalil mereka yang bermazhab. Mungkin mereka beranggapan bahawa dalil dan hujah yang dipegang mereka lebih kemas.

Begitu juga seorang Islam perlu bukan hanya sekadar beriman didalam hatinya tetapi seorang muslim diajar supaya berani menzahirkan dibibir mulut serta mempraktikkan pada amalan. Itulah ciri-ciri seorang yang beriman. Ini bermakna Islam tidak pernah mengajar untuk tidak menjelaskan diri mereka dalam penentuan sikap. Orang islam jelas dengan keimanannya dan orang kafir juga jelas dengan kekafirannya. Orang yang berpura-pura Islam dan kufur pada hakikatnya adalah munafiq kerana ingin mencari keuntungan diantara kedua belah pihak.

Pada hakikatnya seseorang Islam hendaklah menentukan sikapnya yang sebenar. Tidak sepatutnya bersembunyi-sembunyi dalam menentukan kebenaran. Contohnya dalam perihal perkara haram seorang Islam diajar apabila melihat kemungkaran hendaklah mengeurnya dentan tangan, kalau tak berupaya dengan lidahnya dan selemah-lemah iman adalah dengan hatinya. Dan sudah tiada iman walaupun sebesar biji sawi jika sekiranya tidak ditegah dengan hatinya. Bahkan seafdhal jihad adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibn Umar berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia tergolong dari kalangan mereka”



Hadis ini mengajar umat Islam supaya menzahirkan sikap apatah lagi dengan Islam dan kufur maupun halal atau haram. Apatah lagi dengan Islam. Tidak wajar kita membiarkan orang yang ingin menegakkan Islam tanpa ditolong dan dibantu atau kita sendiri bersama-sama dengan kebatilan dan berhujah menolong kebatilan. Allah Taala sendiri mengajar kita



وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. Surah al-Maidah :2


Sebab itu adakah wajar mereka yang mendakwa saya adalah penceramah bebas? Saya adalah pendakwah bebas. Saya DAP (daku atas pagar). Saya tak menyokong mana-mana!

Sebenarnya adakah wajar ucapan dan kata-kata sedemikian. Apakah sebenarnya maksud bebas itu? Atau hanya sekadar untuk dilabelkan mana-mana pihak tetapi berpihak. Tetapi hanya sekadar strategi untuk berdakwah? Tetapi takkan sampai mati tidak menzahirkan untuk menyokong mana-mana. Apatah lagi seorang yang alim, menasabahkan diambil sikap sebegitu? Apatah lagi rasulullah Saw bersada:
Jika orang alim membisu, yang jahil tetap jahil, maka bilakah akan zahirnya kebenaran?”

Ini memberi makna bahawa orang yang berilmu perlu menzahirkan sokongan mana yang benar dan mencegah manusia daripada menyokong kebatilan.

Apatah lagi dalam soal berjamaah dan bekerja untuk Islam. Tidak sewajarnya seseorang itu mengasingkan diri dari jamaah Islam. Atau kita masih ingin mendakwa bahawa kita berada dimarhalah sirri seperti tiga tahun terawal perjuangan Rasulullah Saw sedangkan semua ayat yang diturunkan Allah dalam al-Quran sudah sempurna.



وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah kamu menjadi segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung. Surah al-Maidah: 104



وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemunkaran, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mereka mentaati Allah dan Rasulnya. Mereka itulah orang yang dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


عن حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا فَقَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ . حديث صحيح البخاري
Daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Orang ramai bertanyakan Rasulullah Saw tentang kebaikan tetapi aku bertanyakan baginda tentang kecelakaan. Takut kena kepadaku. Aku berkata: Ya Rasulullah: Sesungguhnya kami dizaman jahiliah dan keburukan lalu Allah telah mendatangkan kebaikan ini (Islam dan Rasulullah Saw) maka adakah selepas kebaikan ini ada keburukan? Jawab Baginda: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah selepas keburukan itu ada kebaikan pula? Baginda menjawab : Ya, dan didalamnya penuh kecelaruan. Aku bertanya: Apa itu? Baginda bersabda: Puak yang mengajak manusia bukan dengan petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu menentang mereka. Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu kebaikan? Jawab Baginda : Ya, adanya pendakwah mengajak ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mengikuti mereka akan masuk kedalamnya. Aku bertanya: Terangkan tentang mereka kepada kami. Baginda bersabda: warna kulit mereka sama dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita. Aku bertanya: Apa kami perlu buat jika kami sempat dizaman itu? Baginda bersabda: Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka. Aku bertanya: Jika tiada jamah Islam dan pemimpin? Sabda baginda: Beruzlahlah kamu daripada mereka meskipun terpaksa kamu memakan pohon-pohon kayu sehingga kamu mati dan kamu dalam keadaan sedemikian.

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ : أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الشَّيْطَانَ ذِئْبُ الْإِنْسَانِ كَذِئْبِ الْغَنَمِ يَأْخُذُ الشَّاةَ الْقَاصِيَةَ وَالنَّاحِيَةَ فَإِيَّاكُمْ
وَالشِّعَابَ وَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَالْعَامَّةِ وَالْمَسْجِدِ
مسند أحمد


Daripada Mu’az bin Jabal : Sesungguhnya Nabi Saw bersabda: Bahawa syaitan itu seperti serigala kepada manusia sepertimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang keseorangan dan terpencil. Maka jauhilah kamu berpecah-pecah dan wajiblah kamu bersama jamaah, orang ramai dan masjid.


Kalaulah orang seperti penyanyi rock seperti Amy search dan Renggo berani menyatakan sokongan. Entahlah iman pendakwah lebih lemah dari itu. Bimbang sangat ke rezki ditangan makhluk?. Inilah perlunya berjamaah. Jika adanya isu-isu tertentu, nescaya kita memerlukan sahabat atau teman serta jamaah untuk sesama memikul kerja dan bebanan dakwah yang berat ini agar ia dikongsi bersama. Janganlah waktu tersepit kita mengharapkan bantuan jamaah tetapi bila senang kita “Lone Ranger”.

1 comment:

manajanjimu said...

http://www.facebook.com/note.php?created&&note_id=203793779674033
RASULULLAH MENUNJUK JALAN HINGGA KEZAMAN FITNAH DIAKHIR ZAMAN..........

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...