Kerna Chua, Malaysia jadi sibuk

| |
1. Baru agak reda isu Datuk Chua Soi Lek, timbul isu pelantikan Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rombakan Kabinet terbaru baru-baru ini menimbulkan kontreversi memandangkan ramai lagi pimpinan MCA maupun UMNO yang lebih senior tidak dilantik. Chua, 33, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dinamakan dalam rombakan kecil Kabinet Najib Tun Razak.

Ketika ditanya kepada PM beliau berkata perlantikan Chua Tee Yong adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakannya. Beliau seorang akauntan bertauliah, bukan merupakan satu isu kerana kabinet telah meneliti senarai calon-calon dan yakin yang beliau mampu menjalankan tugas sebagai anggota pentabdiran. “Kami telah meneliti senarai itu. Saya sendiri turut meneliti senarai itu. Tidak ada kena-mengena sama ada bapanya ialah presiden (MCA) asalkan beliau mampu menjalankan tugas sebagai anggota pentadbiran,” katanya.


Kesian Khairy Jamaluddin. Nasiblah engkau tak layak. Meskipun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, menjadi menantu bekas PM Abdullah Badawi dan berkuasa di Tingkat 4 masih belum dilihat berkebolehan dan berkelayakan. Ingatkan semua yang lulus Oxford cerdik dan berkebolehan, rupanya nak diberi tugas timbalan menteri pun rasanya tak layak lagi. Nasib engko lah labuuuu…


2. kini timbul pula isu Datuk Chua Jui Meng di tarik gelaran Datuk oleh Sultan Johor. Ia dikaitkan dengan campurtangan UMNO-BN dalam isu ini.
Merujuk anugerah ‘Datuk’ antara kriteria pemilihan Dato' yang digunakan oleh almarhum Sultan Abu Bakar iaitu taat setia, perkhidmatan cemerlang, kepimpinan dan keikhlasan terus diamal dan dipraktikan oleh Sultan-Sultan Johor selepas baginda. Abu Bakar memaktubkannya ke dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 bagi mempertinggikan martabat Darjah itu, dan memberi kuasa mutlak kepada Raja terhadap pengurniaannya.

Mulai 1886 juga seorang Dato' diberi gelaran "Yang Berhormat" membawa makna ia hendaklah mempunyai dan mengamalkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, perwatakan berhemah tinggi, jujur dan ikhlas, menghormatkan orang lain, bermoral, bertingkah laku yang sopan santun, dan kepimpinan yang boleh dijadikan teladan.
Al-marhum Sultan Ibrahim dalam tahun 1925 mencipta Undang-Undang dan Peraturan bagi Darjah memperkuatkan kuasa Raja dalam hal-hal Darjah. Pada masa sekarang jika terdapat kesangsian nama calon dirujuk kepada pihak berkuasa seperti polis, mahkamah dan agensi pencegah rasuah untuk siasatan dan pengesahan.

Penerima SPMJ pertama bergelar Dato' bagi ketua masyarakat Cina ialah Tan Hiok Nee seorang ahli Dewan Negeri dan ketua persatuan Ngee Heng Kongsi.

Setelah Datuk Chua Jui Meng mendapat pingat dan ditarik balik, mungkin salah satu ciri dan sifat-sifat diatas telah dilanggari. Ketika beliau mendapat pingat dahulunya semua sifat tersebut cukup tetapi semenjak keluar dari MCA-BN beliau sudah tidak cukup syarat. Bagaimana pula Datuk Chua Soi Lek, masih cukupkah syarat itu? Masih bermoral? Sopan santun dan kepimpinan yang boleh dijadikan teladan? Entahlah.

Apahal pun mungkin pengaruh UMNO-BN makin merosot di negeri tempat tembuni UMNO ditanam. Gelabah tak tentu pasal, tersalah langkah nak padamkan api tercurah minyak. Kot-kot makin marak kebangkitan PR di Johor, I’Allah.

3. Terbaru isu Tian Chua yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah sebanyak Rm 2,000 kerana menggigit seorang anggota polis. Isunya adakah Parlimen Batu perlu bubar? Tapi nampaknya parlimen ini cukup keras… macam SPR taknak bubar pulak. Isu Tian Chua pun Nampak macam celaru SPR dibuatnya. Apatah lagi apabila Karpal menyebut Parlimen Batu bubar. SPR menyebut itu kuasa speaker. SPR menguruskan pilihanraya sahaja. Tetapi ketika di Perak dan sekarang DUN Seputeh, Kedah, meskipun Speaker mengistiharkan DUN itu kosong, SPR buat pekak badak aje.

Kalau di rujuk kepada kes yang menimpa Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 yang dijatuhi denda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan menyebabkan Fan Yew hilang kelayakan sebagai ahli parlimen. Habis macamana parlimen Batu?

Hakim pulak satu hal. Dah tau BN takut pilihanraya dendalah RM1999.00. Taklah pening PM. Nak umumkan pilihanraya takut jadi teruk pada SIBU. Itu kawasan Bandar dan majority pun lebih 11 ribu. Bukannya orang felda atau kawasan hulu yang tak bermaklumat. Boleh le tipu dan rasuah. Tapi kalau ikutkan kajian Merdeka Centre dah orang ramai sokong PM, Najib melebihi 72%... tunggu apa lagi. Harap-harap pilihanraya le rakyat nak merasa. Seronok juga dapat lihat menteri turun padang. Takkan nak dok parlimen dan hotel 5 bintang aje. Rakyat nak tengok juga pengerusi kelab BN dari Kinabatangan turun kempen, mungkin turun bersama isteri barunya.

Apapun semua ditangan Najib sekarang? Apakah selepas ini timbul lagi si Chua yang menambahkan pening PM kita? Betapa banyak chua daaaa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...