Politik UFO, amalan Najib

| |
Berapa kali kita rakyat Malaysia hendak diheret oleh PM ke lubang biawak. Kalau dah spesis UMNO tu memang satu acuan. Politik ugut, menabur janji, slogan dan terakhir merayu-rayu kepada rakyat untuk menyokong dan mengekalkan kuasa UMNO-BN. Najib terpaksa melakukan semua ini setelah dilihat beberapa tindakannya seperti isu APCO, Isu Judi bola, Politik rasis, Krisis Umno dan Komponen BN telah gagal memberi kepercayaan dan keyakinan kepada rakyat Malaysia akan kepimpinan beliau setelah mengambil alih dari Tun Abdullah Badawi.


Ini mendorong beliau meneruskan menabur gula-gula dan merayu-rayu agar rakyat memberi kepercayaan kepada beliau. Apatah lagi dilihat mood rakyat berterusan untuk menghantar PR ke Putrajaya.
Apakah rakyat akan terpedaya? Adakah benar 72% rakyat mula mempercayai dan yakin kepada Najib. Untuk mengumumkan pilihanraya, nampaknya beliau ingin menarik rakyat sebanyak mungkin bersama beliau.


Tajuk berita: PM bawa negara ke arah cemerlang

Kali ini Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama beliau untuk mencapai sesuatu yang luar biasa dalam menjadikan dan membawa negara ke arah yang lebih baik. Perdana Menteri berkata beliau mahukan semua rakyat Malaysia merasakan sebagai satu keluarga 1Malaysia dengan memberikan sokongan mereka untuk negara mencapai hasrat yang lebih tinggi.
"Saya memegang kepimpinan untuk menunjukkan bahawa saya serius, komited dan dedikasi. Saya boleh beri jaminan kepada anda, sebagai Perdana Menteri anda, saya akan lakukan yang terbaik untuk mengubah Malaysia. "Tentulah perjalanan ini, saya tidak boleh lakukan seorang diri, saya perlukan rakan saya dalam kerajaan, semua kita dalam sektor awam dan swasta. Saya perlukan setiap rakyat Malaysia, di mana anda berada bersama saya untuk mencapai sesuatu yang luar biasa. Ini semua mengenai hasil pencapaian," katanya
Beliau berkata, kerja keras adalah baik kerana beliau digalakkan untuk melakukan yang terbaik, sebagai sebuah kerajaan mestilah berbuat terbaik bagi rakyat.


Fuhh.. kalu kita dengar rayuan, harapan, janji-janji yang dihamburkan oleh PM kita, mesti tangkap leleh punya… jadi layu dan dengan senang hati kita beri sekali lagi kepada UMNO-BN dalam PRU-13 nanti. Itulah cara politik buaya tembaga. APCO pun tau dan buat kajian tentang budaya dan cara politik orang melayu. Semua janji hebat. Semuanya luar-biasa. Seolah-olah Najib sebagai Superman, Ultraman dan Batman. Inilah dikatakan politik UFO. Politik khayalan UMNO-BN yang tak terpijak dibumi nyata.


Sejak zaman Mahathir dengan wawasan Negara majunya pada tahun 2020 sedangkan tahun 2019 nak bangkrap!. Dasar pandang ke timur tetapi rasuah mengalahkan Zimbabwe. Slogan Bersih, Cekap, Amanah. Licin disapunya untuk kroni dan penjilat UMNO. Akhir rakyat yang menanggung semuanya. Yang billionaire anaknya dan taukey judi jugak.

Mari zaman Pak Lah. Ingatkan anak ulama banyak yang berubah. Tapi tak jugak berubah. Dengar cakap hebat. “Mari bekerja dengan saya. Bukan ku cari wang berjuta, nak cari al-Ghazali.” Akhir menantu jugak yang sapu. Islam hadhari pah kemana, Kamaluddin jugak yang kaya raya. Pak lah jugak berlenggang bersama Jeane. Entah kemana Malaysia yang cemerlang, gemilang & terbilang. Yang jelas semua itu… temberang aje.

Kini Najib menjanjikan Negara berpendapatan tinggi, Negara Malaysia yang luar biasa. Kini merayu-rayu supaya rakyat menyokong beliau sedangkan tahik terburai-burai dengan rasuah berjela-jela yang belum dibersihkan. Apakah rakyat akan tergoda?

Ingat ketika di Terengganu, Politik UFO, iaitu politik menunjukkan yang luarbiasa ini sudah dibawa oleh Idris Jusoh dengan pelbagai kata wangi, janji yang berbunga-bunga untuk rakyat di Terengganu. Slogan “memahat sejarah, membina tamaddun”. “Tiada halangan melainkan peluang”. “Pembangunan yang tak pernah dilihat mata”. “Melahirkan generasi ulul-albab” “Berpuluh ribu peluang pekerjaan” dan beribu macam slogan. Akhirnya hilang begitu sahaja. Macam UFO… hanya fatamorgana sahaja. Nampak kabus tetapi hilang begitu jua. Janji berkepul-kepul, masuk angin keluar asap. Yang lesap 7billion duit royalti naik piring terbang hilang di celah langit. Rakyat terpinga-pinga dan yang rakyat dapat ’Darul Runtuh’. Terlopong jua. Kini Mat Said sama juga dengan janji dan slogan “merakyatkan pembangunan”. Rakyat nak percaya lagi ke? Semua ini UMNO-BN. Satu spesis. Orang Terengganu cakap geng James-Bong. (Geng Lebong).


Permaslahannya orang melayu ini sebagaimana kata Mahathir … “Mudah Lupa”. Lepas enam bulan mereka akan cepat lupa dan setelah dipujuk rayu mereka akan memaafkan. Dah lebih separuh abad UMNO-BN memerintah. Mereka masih lagi member kepercayaan. Sekarang barulah ada kesedaran rakyat dan kini rakyat boleh membuat perbandingan anatara negeri pemerintahan PR berbanding negeri yang diperintah oleh UMNO-BN. Itu belum tahulah daya tahan rakyat dan pengundi negeri PR yang diserang bertalu-talu oleh media-massa. Sejauh mana pula gerak-kerja penerangan dan penjelasan turun sampai ke akar umbi untuk menyampaikan perubahan dan kelebihan PR memerintah dan dalam masa yang sama menangkis propaganda UMNO-BN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...