PETALING JAYA: Polis Indonesia dan Malaysia sedang memburu kumpulan-kumpulan militan dan akan menangkap paderi Muslim Indonesia, Abu Bakar Bashir tidak lama lagi. Sumber kanan anti-keganasan memberitahu The Star, mereka mempunyai bukti tentang Abu Bakar yang kini mengetuai Jamaah Anshorut Tawhid membiayai kumpulan militan itu.
Katanya, polis akan menangkap ketua militan itu. Nampaknya, ahli-ahli militan yang mempunyai perkaitan dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) masih aktif memperjuangkan objektif mencetuskan keganasan di kedua-dua negara tersebut. Mereka turut merekrut ahli baru terutama pelajar universiti.
Katanya, polis akan menangkap ketua militan itu. Nampaknya, ahli-ahli militan yang mempunyai perkaitan dengan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) masih aktif memperjuangkan objektif mencetuskan keganasan di kedua-dua negara tersebut. Mereka turut merekrut ahli baru terutama pelajar universiti.
Ekoran penangkapan seorang rakyat negara ini serta sembilan wartawan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan JI baru-baru ini, sumber risikan berkata, pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan tokong Kuan Yin di Air Hitam, Penang.
Satu jawapan yang paling mudah bagi melabelkan Islam adalah pengganas dan dicopkan sebagai al-Qaeda. Ia akan menghalalkan segala tindakan meskipun tanpa undang-undang. Berapa ramai sebenarnya mereka yang dibunuh oleh al-Qaeda ini (itupun jika sebenar) berbanding pembunuhan umat Islam di bumi Iraq, Afghanistan, Cheeshnya, Palestine dan lain-lainnya. Setiap perjuangan yang ada namanya Islam akan cuba dipalitkan sama.
Bagi Asia Tenggara ini, JI adalah jawapan yang paling mudah untuk dikambing-hitamkan meskipun Abu Bakar al-bashir adalah seorang tua yang sentiasa diserang sakit-sakit tetapi dilabelkan sebagai seorang pengganas mengatasi Benjamin Netanyahu.
Melihat suasana dan perkembangan terkini bagaimana politik Pas yang mula diterima oleh pelbagai bangsa penganut agama lain. Pelancaran DHPP yang telah mempunyai 20,000 ahli sebenarnya amat membimbangkan UMNO-BN. Mereka akan cuba menlancarkan perang saraf agar mereka kembali berpecah berdasarkan politik perkauman sempit bagi memudahkan UMNO-Bn mengekalkan kuasa mereka.
Penulis melihat semua ini sebagai provokasi dalam cubaan memberikan imej buruk kepada perkembangan politik tanah-air. Politik machivelli akan sentiasa memainkan peranannya khususnya apabila tempoh atau tarikh pilihanraya semakin hampir. Isu-isu kegawatan dan perbalahan agama seolah-olah akan wujud yang memerlukan semua rakyat Malaysia memberi harapan hanya UMNO-BN sahaja yang boleh diselesaikan. Tanpa UMNO-BN nescaya akan timbulnya perbalahan kaum dan agama di Malaysia ini. Wujudnya suasana yang tidak selesa antara agama menyebabkan timbulnya kecurigaan terhadap pejuang gerakan Islam dan kambing hitam yang akan dimangsakan nanti tidak lain dan tidak bukan adalah PAS. Setiap ruang dan kesempatan akan cuba dipergunakan oleh UMNO-BN bagi meraih sebanyak mungkin sokongan.
Cara paling mudah untuk melarikan pengundi Malaysia dari memberi sokongan kepada Pas dan PR adalah dengan memalitkan Pas dengan agenda keganasan. Isu 13 Mei, isu huru-hara di Kota Bharu yang memagerankan kerajaan Kelantan, isu Memali, Isu al-Maunah dan sebagainya akhirnya menjadikan seolah-olah Pas apabila memerintah akan menyebabkan huru-hara.
Tidak mustahil inilah agenda yang tersembunyi yang kini diwar-warkan kembali seolah-olah isu keganasan ini ditimbulkan semula yang menyebabkan akan timbulnya huru-hara tempat ibadat orang India dan Cina. Secara tidak langsung Pas akan cuba dilabelkan serong dan hal ini. Apatah lagi dengan nasihat APCO perkara ini akan ditimbulkan bagi menarik masyarakat Malaysia kearah menyokong UMNO-BN dan mengekalkan kekuasaan mereka dalam menghadapi PRU-13.
Kita menyarankan jika mereka sebenarnya bersalah, bicarakan mereka dengan peraturan dan undang-undang yang ada. Dakwa mereka di mahkamah dan hokum mereka jika mereka disabitkan dengan kesalahan. Jangan dibuat tuduhan melulu dan cuba mewujudkan suasana tidak selesa dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Kita tidak mahu peristiwa pembakaran gereja berulang kembali. Jangan UMNO ingin menunjukkan juara tetapi tangan-tangan jahat dan kotor merekalah yang mula memainkan api permusuhan ini. Mereka mewujudkan air yang keruh untuk senang mereka menahan jerat.
Diharapkan rakyat Malaysia tidak termasuk dalam jerat UMNO-BN.
1 comment:
Salam. Ana sokong penulisan ni. Harap rakyat Malaysia (pengundi) bijak dalam membaca politik semasa. Semoga Allah melindungi perjuangan suci yang didokongi oleh PAS, insyaAllah
Post a Comment