Hidup macam roda basikal. Sekali sumbu diatas sekali berada dibawah. Semasa dibawah berjeluahlah dengan lumpur, kekotoran dan debu. Sampai masa akan tiba masa diatas pula. Begitu juga semasa menjadi durian. Apalah sangat usaha yang ada pada si timun. Mengolek luka, digolek pun luka. Tapi tinggu saat dan masanya, durian akan menjadi tempoyak. Hah! Masa tu tak cukup tanah le durian akan ditenyeh.
Semasa tahun awal-awal menuntut kemerdekaan betapa Umno berbangga bahawa perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Menentang Malayan Union. Mengembeling rakyat untuk berdemontrasi menentang penjajah British. Meskipun itu merupakan lakonan untuk sebuah sejarah yang palsu. Umno yang ditubuhkan oleh penjajah British. Dipimpin oleh pegawai dan kakitangan dipejabat semasa pemerintahan British.
Apapun mereka menuntut dan ketika itu rakyat bersama-sama mereka meraih kemerdekaan. Meskipun kemerdekaan yang mentah itu sehingga kini masih lagi belum merdeka dalam sertikata sebenarnya.
Hari ini Umno-BN pula sebagai pemerintah. PR,NGO dan Bersih 2.0 sebagai pengerak untuk mobilisasi rakyat menuntut keadilan dan hak mereka. Umno-BN pula bersifat penjajah meskipun mulut manis sebagai pembela rakyat. Tapi ekor menyepit memperhambakan rakyat.
Kalau beberapa tahun para demontrasi pembangkang berarak ditengah Bangkok menuntut pilihanraya dan akhirnya gelombang baju merah sebagai pembangkang kini dinobatkan pula sebagai pemerintah. Di Filipina juga menyaksikan bagaimana rakyat marhaen bangkit membuat perubahan dan mereka kini adalah pemerintah. Soeharto selaku Presiden Republik Indonesia walaupun terlalu lama berkuasa, tetapi kebngkitan rakyat dijalanraya yang digerakkan oleh mahasiswa dan kini akhirnya golongan tirani itu tumbang dan kepimpinan pilihan rakyat yang berkuasa.
Begitu juga gelora yang masih lagi panas dan membahang di Timur Tengah. Adakah kini debu dan percikan berapinya itu mampu singgah di kuala lumpur. Kalau Dataran Tahrir selaku medan demontrasi berjuta umat yang bangkit dan menumbangkan Hosni Mubarak, mampukan Dataran Merdeka menjadi sejarah kebangkitan rakyat yang benar-benar inginkan kemerdekaan yang tulin daripada pemerintahan yang ada sekarang?
Kuasa rakyat sebenarnya mengerunkan Umno-BN. Ketakutan kebangkitan rakyat menyebabkan gelabahnya pimpinan Umno-BN. Bimbangnya mereka jikalau himpunan Bersih yang berarak besok menyaksikan Umno-BN tumbang dihari Ahadnya. Sebenarnya janganlah Umno bimbang. Kuasa mereka masih bertahan sehingga Pru-13 nanti. Himpunan ini bukannya nak melihat tumbangnya Najib dari kerusi empuk PM tetapi rakyat membuat pilihan yang adil dan tidak ditipu dalam pilihanraya yang akan datang.
Bab kata orang... samada Umno-BN akan kalah atau PR yang akan menang... nescaya rakyat akan menerima dengan senang hati. Rakyat tetap memilih untuk menjatuhkan Umno-BN dalam pilihanraya bukannya jalanraya.
Hari ini Ngo & PR berdemontrasi. Mungkinkah selepas ini mereka akan menjadi pemerintah?. Tak mustahil. Dan ketika itu pulaklah, Umno-BN nak berarak. Nak berdemontrasi. Nakkan ketelusan undi pos, ketelusan SPR. Dek kerana perasaan takut kalah & tumbang takut itulah... fobia telah menlanda pemimpin Umno-BN. Macam-macam fatwa keluar. Bersih dengan pertubuhan haram. Selepas itu memakai baju kuning sudah menjadi haram. Dan terkini 91 orang dari pimpinan Bersih, Pesaka & Pemuda Umno pulak diharamkan ke Kuala lumpur pada 9 Julai ini. Dalam ramai-ramai tu... termasuk jugak aku sendiri. Apahalnya dengan nama ku yang tersenarai. Wujud kal adam. Nama ku yg wujud ini macam takde pun. Bukan siapa yang kenal pun.... nak takut apanya... Ish 3X. Tersentuh bumi KL pada 9 julai ni... haram ke? Tulah ke?
No comments:
Post a Comment