Pelancongan Terengganu berkempen PGU & Bersih di Cemeron?

| |

Terimakasih diucapkan Kementrian Pelancongan Cawangan Terengganu kerana menyemarakkan PGU (Pas ganti Umno) dengan tolong berkempen untuk menghijaukan Malaysia. Umno biasanya phobia dengan warna hijau. Mereka pernah menggantikan warna Petronas kerana dikatakan sewarna dengan warna Pas. Nasib baik tak ganti warna traffic-light hijau kepada biru.

Begitu juga kini mereka ketakutan dengan warna kuning dan perkataan Bersih dan telah diharamkan. Sampai kelmaren pun masih ada lagi tangkapan di Bandar Kuala Terengganu seorang pemuda yang memakai baju kuning Bersih. Apa punya senak kepala mereka yang phobia dengan warna kuning.

Bagaimana agaknya PM Najib & Bik Mama yang pergi ke London disambut dengan warna kuning, tidak disediakan red carpet. Queen yang menemui mereka juga memakai oakaian kuning dan PM Britain memakai Tie berwarna kuning. Ish boleh naik sawan Najib. Tapi bagi Rosmah, beliau peduli apa. Janji cincin dan gelang dari permata belian. Tidur letak atas dahi, mesti tidur lena punya.

Syabas & Tahniah kepada Badan Perhubungan Pas Terengganu yang menganjurkan Perhimpunan Pasca Bersih 2.0 di Rusila, Marang yang menggamit lautan manusia. Derma sumbangannya sahaja mencecah 80 ribu ringgit. Ucapan Presiden, naib-naib Presiden serta wakil dari ahli Parlimen Hamas, Palestine yang turut memeriahkan majlis. Ucapan Timbalan Presiden Hj Mohd Sabu diadakan dari wad hospital beliau.

Sebelum itu majlis meraikan OKT (orang kena Tahan) dari negeri Terengganu yang teramai dari Malaysia yang berjumlah 313 yang menyamai tentera badar telah diraikan dengan amakan malam dan ucapan pimpinan Pas Terengganu dan Naib Presiden Pas iaitu Datuk Mahfuz Omar. Bekas Hakim Negara, Tun Salleh Abas juga turut hadir menceriakan majlis tersebut.

Apapun semoga pegawai dan kakitangan yang mengikuti program anjuran ‘green and clean’ tidak phobia dengan hijau dan Pas serta perkataan Bersih. Dan tersemat dihati mereka untuk menyokong Pas di Terengganu bagi menggantikan Umno dalam Pru-13 akan datang.

Program 1Malaysia Hijau, 1Malaysia Bersih anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu di Hutan lipur Air Terjun Cemerong, Dungun selama dua hari bermula esok.Penganjuran program mendapat kerjasama kerajaan negeri serta Jabatan Perhutanan dan Persatuan Kembara Negara.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai implikasi ke atas industri pelancongan dan membuka minda setiap rakyat Malaysia agar sama-sama menjaga kebersihan dan memastikan Malaysia sentiasa bersih dan indah.

“Selain itu, ia juga bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan tempat-tempat pelancongan, sekaligus akan menarik minat dan perhatian pelancong tempatan atau luar negara untuk melawat berulang kali ke tempat berkenaan,” kata Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...