Bersih 2.0 berpindah ke Zoo Negara?

| |
Dalam dok sibuk kat negara kita ini bergelora perhimpunan menuntut demokrasi yang menghadapi pelbagai kerenah. Malaysia nampaknya masih lagi dalam senarai demokrasi jakun. Negara seperti Indonesia yang melebihi 200j penduduknya, masing-masing boleh melakukan unjuk-rasa bahkan pihak polis memberi panduan serta kerjasama yang baik agar perhimpunan berjalan dengan aman.

Kalau bab demontrasi ini, Thailand dianggap lebih kehadapan meskipun penduduknya seramai 70j. Demontrasi silih berganti tetapi ia tidak menjejaskan kestabilan politik Negara tersebut. Kebebasan dalam menyuarakan pendapat serta menuntut keadilan berlaku dinegara-negara jiran kita. Sebab itulah kita lihat mereka telah lama membuat perubahan seperti Indonesia, Filipina maupun Thailand.

Amat malang Malaysia yang bilangan penduduknya hanya seramai 27.56j orang dengan Malaysia yang dikatakan sebuah negara hebat, negara contoh, negara yang rakyat didahulukan dengan pasukan polis yang dikatakan terbaik tetapi gagal untuk menguruskan sebuah perhimpunan yang aman. Nak diadakan perhimpunan Bersih, seolah-olah nak kiamat jadinya Malaysia ini sehingga semua pihak turut campur-tangan. Yelah!!! Mungkin pihak kerajaan pun tahu, kebebasan bersuara dan keadilan dalam pilihanraya bererti tumbangnya kerajaan memerintah sepertimana jiran-jiran kita.

Tetapi mereka juga harus mengambil pelajaran dari Negara jiran. Akibat menekan rakyat dan menghalang kebebasan mereka dalam bersuara akhirnya ia menjadi letupan kepada tindakan rakyat. Sekatan demi sekatan serta ganguan demi ganguan menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat. Nanti akhirnya rakyat menterjemahkan kedalam tong undi dalam pilihanraya sebagaimana yang berlaku di Thailand. Dalam kita sibuk dok nak buat perhimpunan, pembangkang di Thailand telah memenangi pilihanraya dan telah menumbangkan kerajaan yang memerintah.

BANGKOK - Parti Pheu Thai akan membentuk kerajaan campuran dengan empat parti politik lain bagi memastikan kerajaan stabil, kata calon perdana menteri, Yingluck Shinawatra daripada parti berkenaan semalam.

Pheu Thai yang memenangi 265 kerusi pada pilihan raya umum kelmarin, akan bekerjasama dengan Chart Thai Pattana yang mendapat 19 kerusi parlimen, Chart Pattana Pueu Pandin (tujuh kerusi), Phalang Chon (tujuh kerusi) dan Mahachon (satu kerusi).

"Dengan 299 kerusi, kerajaan campuran stabil sepenuhnya untuk bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan parti-parti itu di sini semalam.
Yingluck berkata, agenda segera kerajaan baharu ialah untuk bekerja ke arah mencapai penyatuan rakyat dan menangani masalah ekonomi khasnya mengenai kenaikan harga barang dan komoditi.

PM Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan stadium sebagai tempat untuk perhimpunan Bersih diadakan. Betapa seorang PM buat lawak bodoh. Itu bukan demontrasi, itu sebagai tempat bersukan. Kalau dah bodoh… janganlah nak memperbodohkan rakyat yang ramai pula. Jangan zahirkan kegelabahan Umno yang semakin hari semakin ditolak rakyat. Selemah-lemah Abdullah Badawi, Bersih 1.0 boleh berjalan, tetapi sehebat-hebat Najib, takkan gelabah macam kucing mampuh anak.

Kalau Umno boleh buat perhimpunan sejuta belia di Putrajaya dengan menggunakan dana rakyat pulak tu kenapa Bersih hanya layak buat dalam stadium aje. Bersih 2.0 pun tak perlukan stadium kerana di negeri Selangor dah banyak stadium. Kalau dan berarak kat stadium, kat Syah Alam pun boleh. Kalau Najib galak sangat nak bagi permit kat stadium, baik berikan permit kat Zoo Negara. Boleh jugak 'beruk-beruk dijalanan' tu tengok dan mengundi dalam Pru 13 nanti. Kalau tak pun, mintak izin dari Sultan Pahang biar Bersih 2.0 diadakan di Taman Negara kat Gunung Tahan tu... barulah dikatakan rakyat tak derhaka. Yelah!!! kita kan hidup dialaf mellinium ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...