
“Ia baru permulaan” komentar Presiden Pas setelah perhimpunan Bersih 2.0 sememangnya kenyataan tepat. Kegagalan Umno-BN dalam mengurus keselamatan dan keamanan perhimpunan rakyat tersebut mengecewakan. Ia menyebabkan tekanan terhadap parti yang memerintah bukan hanya dalaman bahkan Negara luar. Ianya member impak negatif terhadap kebebasan dan hak rakyat dalam menyuarakan suara mereka.
Itulah hakikat perjuangan. Kalau kita merasa susah, mereka juga mersa susah. Kalau kita habis duit dan masa, mereka juga habis masa dan duit. Kalau mereka serabut perut… kita tambahkan serabut perut itu. Mereka sangka bila selesai Bersih 2.0 itu… mereka boleh balik rumah untuk berehat. Rupanya tidak. Mereka silap. Gerakan Bersih kini bergerak ke persada negeri dan mengasak transformasi PGU (Pas Ganti Umno). Gerakan dan gelombang ini akan berterusan sehingga ke pilihanraya yang semakin mendekat.
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ
Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan juga sebagaimana kamu menderitainya. Surah al-Nisa’ : 104Itulah hakikat perjuangan. Kalau kita merasa susah, mereka juga mersa susah. Kalau kita habis duit dan masa, mereka juga habis masa dan duit. Kalau mereka serabut perut… kita tambahkan serabut perut itu. Mereka sangka bila selesai Bersih 2.0 itu… mereka boleh balik rumah untuk berehat. Rupanya tidak. Mereka silap. Gerakan Bersih kini bergerak ke persada negeri dan mengasak transformasi PGU (Pas Ganti Umno). Gerakan dan gelombang ini akan berterusan sehingga ke pilihanraya yang semakin mendekat.

Setiap kali perhimpunan kebangkitan ini, orang mudalah yang menonjol dan berada disaff hadapan. Bahkan di perhimpunan Bersih KL menyaksikan pemuda pemudi pelbagai kaum juga turut serta. Inilah sebenarnya tanda bahawa Umno-BN akan berkubur dimasa mendatang. Politik era baru akan mewarnai Pru-13 nanti.
Masa ini bukan lagi era politik ugut.. politik menakut-nakutkan rakyat. Semakin banyak tangkapan bukan melemah dan menakutkan rakyat tetapi membangkitkan keinginan rakyat untuk menuntut perubahan.
Selamat datang Malaysia baru.
No comments:
Post a Comment