Macam Mat Sabu cakap ketika perbincangan dengan pihak polis. Selagi tiada gangguan pihak polis peserta Bersih 2.0 akan berarak secara aman tetapi kalau polis lepas gas kadang babi pun orang masuk.
Semasa pihak polis mengasak peserta di jalan pudu sehingga ke Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina. Teman penulis dan peserta Bersih turut dikejar polis dan telah melakukan tangkapan diperkarangan hospital tersebut. Mau tidak mahu beliau terpaksa masuk ke dalam hospital bersalin dan naik ketingkat atas. Dalam ketakutan, beliau membuka pintu bilik bersama empat peserta lain… rupa-rupanya bilik bersalin yang menyebabkan nurse yang bertugas menjerit kerana terkejut. Hihihi… kesihan. Nurse takutkan ingat perompak ke penceroboh. Peserta Bersih pun terkejut tersalah masuk bilik bersalin… tapi dah takut kena tangkap… apa-apa ajelah!!!
Apapun ini antara bukti bahawa pihak polis telah memasuki dan menyerang kawasan hospital dan menggunakan gas pemedih mata maupun semburan air berasid. Itupun pihak polis tak mengaku. Itupun bapak menteri tak mengaku. Itupun Kepala Bapak menteri pun tak mengaku. Kini ditambah pula pengakuan para doktor yang bertugas di Hospital tersebut. Mana Hisyamuddin nak taruk muka. Bagaimana pula Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai? Ingat ini zaman Jepun ke? Semua gambar dan bukti jelas dipamerkan. Harap letak jawatan kalau benar-benar bermaruah. Menteri macamana kalau sanggup membohongi rakyat. Sampai bila mau main wayang?
Doktor Sahkan 2 Hospital Diserang
K.Lumpur - Sekumpulan doktor dan pakar perubatan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Mereka telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.
Malah menurut sebelas doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.
"Apa yang paling memeranjatkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak diprovokasi itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.
Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.
Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.
Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.
"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

1 comment:
mentri m'sia dari bee end memang bodddohhhh... satu dunia tau...
Post a Comment