YB Umno dah mengaku!

| |
Kalau kita cakap pemimpin UMNO ni bodoh berasa hati pulak. Tapi hakikatnya memang macam tulah. Dengan media yang mereka miliki mereka menyerang Pas dengan pelbagai fitnah dan propaganda. Cuma kekadang mereka terlupa jugak. Sekali-sekala jerat makan tuan.

Di Terengganu, Pas bersama PR menggerakkan kebangkitan rakyat dengan slogan ‘Pas ganti Umno’ (PGU). Gelombang kebangkitan rakyat yang dilancar peringkat pusat amat relevan dengan politik Terengganu. Ini memandangkan pertembungan politik sebenar dinegeri majoriti orang melayu semenjak merdeka sehingga kini adalah dua parti politik besar iaitu Pas dan UMNO. Pas secara bergilir pernah memerintah Terengganu pada tahun 1959 dan 1999.

Negeri yang penduduknya melayu dan mendapat asas-asas pendidikan agama yang tinggi meskipun tidak sekuat Kelantan tetapi pengaruh ulama dalam perjuangan menegakkan islam dibumi Terengganu ini sentiasa segar sejak sebelum kemerdekaan sehingga kini. Bahkan suasana politik serta pendokongnya mempunyai cara dan budaya yang tersediri serta berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kemenangan Pas ditahun 1999 dengan majoriti 28 kerusi adalah termasuk dun Bandar yang dianggap memiliki pengundi cina. Ketika itu tiada walau satu kerusi Adun cina didalam dewan Terengganu. Memang bilangan pengundi cina di Terengganu adalah sedikit yang hanya melibatkan sedikit di Jerteh, Kuala Terengganu, Wakaf Tapai, Kuala Dungun, Batu lima, Air Jernih dan Bandar Cukai, kemaman. Pun begitu setelah UMNO-BN mengambil balik Terengganu sejak 2004, sehingga kini wakil tunggal dengan kerusi MCA-BN terpacak di dalam dun Terengganu.

Cuma kini perubahan yang berlaku dikalangan pengundi cina membimbangkan Umno-BN khususnya dengan trend yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Dan ia juga memberi kesan di Terengganu sendiri apabila berlaku PRU Kuala Terengganu yang membolehkan Pas menawan kerusi Umno-BN tersebut. Trend ini masih dibimbangi oleh pemimpin UMNO sendiri. Selama ini Umnolah yang memfitnah Pas dan menakutkan masyarakat cina dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Tetapi kini tipudaya Umno sudah tidak berkesan. Ini diakui sendiri oleh YB Umno bekas Kadi, ahli agama dalam Umno sendiri.

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) perlu menyekat trend pengundi Cina yang memberi sokongan kepada pembangkang dengan mencari kaedah sesuai untuk mengatasinya. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Ramli Nuh berkata, trend tersebut memang wujud di negeri ini terutama melalui Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009.

“Pengundi bukan Melayu dilihat cenderung menyokong parti pembangkang dan di Terengganu, walaupun perkara itu dilihat sudah ada, ia tidak memberi kesan besar kerana peratusan mereka kecil di sini. “Bagaimanapun, BN perlu mencari kaedah terbaik untuk menarik semula pengundi Cina,” katanya, semalam.

Beliau berkata, gerakan DAP di negeri ini dilihat tidak kuat, sambil memberitahu bahawa BN sudah banyak menunaikan tanggungjawab dan menyelesaikan masalah kaum tersebut melalui wakil mereka.


Yang menghairankan kita, apabila Umno sendiri menyatakan bahawa DAP tidak kuat di Terengganu bahkan bilangan pengundi cina sedikit dan tidak memberi kesan kepada Umno-BN sebagai kenyataan rasmi pihak Umno-BN. Penulis juga bersetuju dengan pandangan YB Dun Tepuh ini tetapi kenapa apabila bertemu rakyat, pemimpin Umno melemparkan fitnah lain?

Apakah kaedah sesuai untuk menyekat orang melayu menyokong Pas? Apakah kaedah sesuai untuk menyekat orang cina menyokong Pas? Tidak lain dan tidak bukan yang ampu dibuat oleh Umno adalah "FITNAH". Ketika Pas kempen agenda PGU keseluruh pelusuk Terengganu. Umno telah melancarkan serangan dan jawapan ‘DAP ganti Pas’??? Apa punya banggangnya Umno ni? Adakah kerana songkok tinggi sangat dan udara tak dapat masuk menyebabkan ia lembam berfikir. Dan menipu orang kampong dan masyarakat cuba diperbodohkan. Kalau sokong Pas nescaya DAP yang memerintah!

Persoalannya di Terengganu, berapa kerusi DAP bertanding? Berapa kerat kerusi cina kecuali zaman Umno-BN memerintah yang menyerahkan kepada MCA di dun Bandar? Habis bila pulak Dap yang memerintah? Semasa tahun 1959 dan 1999, ketika Pas memerintah Terengganu.. bila pulak DAP yang menjadi menteri besarnya? Persoalan yang sama juga kini boleh dipersoalkan di Kelantan dan Kedah. Bila pulak apabila dua negeri tersebut dikuasai oleh Pas, maka DAP pulak yang memerintah?

Betapa bebalnya Umno ni. Betapa haru dan takutnya kepada bayang-bayang kekalahan? Sibuk menuduh Pas dan pemimpin Pas yang fitnah. Hakikatnya UMNOlah bapak fitnah. Memfitnah kan Pas dengan pelbagai tohmahan. Lihatlah akhbar sekarang ini! Tidakkah penuh dengan berita-berita fitnah agenda geng songkok tinggi ini? Isu liwat, isu video seks, dan pelbagai kerja keji, kotor, jahat dan fitnah.

Harap para agamawan yang berada dalam UMNO itu bertaubatlah. Mcamana mereka boleh duduk dalam parti kotor dan penuh skandal sedemikian. Apa yang mereka cari? Tiada apa yang berubah dan mampu dilakukan oleh para ahli agama UMNO. Dah 2 penggal memerintah, mana dia hokum hudud UMNO yang ketika Pas memerintah dikatakan hudud Pas? Diharapkan Umno membubar kembali hudud yang diluluskan dahulu jika ia bertentangan dengan Islam. Harap bentangkan hudud UMNO yang asli dan luluskan kembali lessen judi halal yang diislamisaikan oleh pemimpin Umno di Terengganu ini.

Kita pun dok tunggu nak tengok ni? Takkan nak fitnah kepada Pas aje. Tunjukkanlah kemampuan Adun ahli agama UMNO tu. Takkan nak jadi terompah aje kot???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...