“Saya takkan melantik seorang Islam dibawah pentadbiran saya”. Baru mencalonkan diri sebagai calon pilihanraya umum bagi Presiden Amerika Syarikat bagi tahun 2012, ahli politik Republikan Herman Cain sudah menonjolkan kempen hitam terhadap Islam dan Muslim. Yang menjadi sasaran Cain adalah Senator Keith Ellison, muslim pertama yang menjadi anggota Kongres A.S.
Cain menyatakan tidak akan menempatkan seorang muslim dalam pemerintahannya, jika ia terpilih menjadi Presiden AS. Ia juga menuduh Ellison lebih mendukung syariah Islam dibandingkan perundangan AS, kerana Ellison menggunakan Al-Quran ketika mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen dan bukan menggunakan Injil.
Cain mengatakan, “Amerika adalah negara yang berdasarkan Injil dan ia tidak menginginkan syariah Islam didaulatkan di A.S. Saya ingin orang-orang di bawah pemerintahan saya memberi komitmen pada Deklarasi Kemerdekaan dan Konstitusi negara A.S. Saya tidak mau siapa pun dalam pemerintahan saya yang menempatkan syariah Islam di atas hukum Amerika," ujar Cain dalam wawancara itu.
Ditanya apakah ia menganggap Keith Ellison lebih mendukung syariah Islam dibandingkan Konstitusi AS, hanya karena Ellison menggunakan Al-Quran ketika diambil sumpahnya sebagai anggota parlimen, Cain menjawab, "Saya tekankan, jika Anda bersumpah dengan Al-Quran, itu bererti Anda mendukung hukum syariah Islam, bukan hukum Amerika."
"Saya mendukung hukum Amerika, yang berdasarkan pada prinsip-prinsip yang terdapat dalam Alkitab. Itulah sebabnya, saya tidak akan undur atau mengalah pada siapa pun yang akan menyebut saya seorang xenofobia (ketakutan berlebihan pada orang asing atau orang yang belum dikenal) atau seorang yang fanatik," tegasnya.
Sebagai persiapan untuk mencalonkan dirinya sebagai calon dari Parti Republikan dalam pemilihan presiden AS 2012 , Herman Cain sudah membentuk Team peninjau. Sebelum menjadi ahli politik, Cain adalah mantan CEO Godfather's Pizza dan pernah menjawat sebagai ketua Federal Reserve Bank di Kansas City.
Itulah perangai penjajah. Menyuruh orang bertoleransi tetapi mereka sendiri mengamalkan kekerasan. Umat Islam diharamkan dalam kepercayaannya untuk bersumpah selain daripada Allah dan selain daripada cara Islam. Apatah kitab-kitab lain yang tidak diakui oleh Islam dan mereka beriman dengan al-Quran.
Penulis sendiri bersetuju dengan pandangan Cain bahawa bersumpah dengan Injil bererti mengakui dan melaksanakan segala undang-undang berdasarkan Injil. Kerana itu kebanyakan Negara umat Islam yang bersumpah menggunakan al-Quran hendaklah mengakui serta melaksanakan undang-undang berdasarkan syariah Islam dan berdasarkan al-Quran. Tetapi reality sebenarnya yang sepatut diketahui oleh Cain bahawa kebanyakan Negara Islam tidak melaksanakan undang-undang al-Quran meskipun mereka bersumpah dengan al-Quran. Termasuklah Negara Malaysia sendiri yang mengakui Negara Islam. Mereka mengguna pakai undang-undang penjajah, undang-undang British serta undang-undang Komanweal semenjak merdeka sehingga kini. Mereka sudah lama meninggalkan peraturan Islam semenjak kedatangan Alfonso pada tahun 1511. Undang-undang Melaka yang berteraskan Islam sudah lama dipinggirkan.
Dalam pilihanraya seperti ini adakah dengan menyerang Islam maka ia akan menjadi popular? Adakah islam akan sentiasa menjadi mangsa. Sampai bila fobia terhadap Islam akan terus diperalatkan demi kepentingan peribadi mereka. Itulah jalan singkat dan pintas untuk politik mereka. Inilah cara yang sama yang diamalkan oleh Chua Soi Lek. Kalau UMNO dengan politik sempit kebangsaannya Chua pula menjadikan sebagai sasaran demi kepentingan politik. Isu bersalam, isu judi, isu syariah dan macam-macam lagi.
Tidak ketinggalan dalam pilihanraya Sarawak ini. Pas dengan dasar dan prinsip Islam itu akan sentiasa menjadi bahan momokan. Tetapi sehingga kini pengaruh Pas tidak susut bahkan sentisa berkembang kukuh dan semakin merendang. Dimanakah mereka-mereka yang menyerang Islam? Dimanakah mereka yang amat kritikal dengan undang-undang dan syariah Islam? Dimanakah pengkritik dan penghina hudud & qisas ini???
No comments:
Post a Comment