
Mengulas kejadian tersebut Abu Bakar al-Bashir yang dituduh bersubahat dengan pengganas dalam siri pengeboman di Indonesia yang masih lagi dalam pembicaraan berpendapat bahawa pelaku bom bunuh diri di Masjid At Taqwa, Mapolresta Cirebon, Jumat lalu adalah orang kafir dan mengebom umat muslim yang menjalankan sembahyang Jumat sebagai tindakan haram.
Selaku pimpinan Jamaah Anshorud Tauhid (JAT) Abu Bakar Ba’asyir menyuarakan pendapat beliau dari pusat tahanan Mabes Polri, Jakarta.

Bashir, walaupun dituduh sebagai pengganas tetapi masih lagi waras dengan menghukumkan haram si pelaku meletupkan bom di dalam masjid. Bahkan hanya musuh-musuh Islam sahaja yang melakukan agenda gerak-kerja seperti meroboh, membakar ataupun bertujuan mengebom masjid sebagai pusat ibadah umat Islam.
Apabila krisis di Libya dan apabila Ghadafi mengebom masjid, media meletakkan dimuka hadapan. Betapa ganasnya pemerintahan Ghadafi. Betapa zalimnya pemerintahan beliau. Betapa beliau wajib ditumbangkan kerana melakukan perbuatan haram dan terkutuk dari segi agama... bukan hanya memerangi dan membunuh rakyatnya sendiri bahkan sanggup meruntuhkan masjid sebagai rumah Allah dan tempat ibadah umat Islam.
Itu kuman seberang laut. Bagaimana gajah didepan mata? Bagaimana perobohan surau ar-Rahmah Berembang. Bagaimana perobohan masjid bujal? Siapa yang buat kerja haram ini? Tidakkah ianya dilakukan oleh pemerintahan UMNO-BN? Adakah kita sudah lupa? atau memang melayu mudah lupa!

Tapi malangnya umat melayu ini mudah pelupa… mereka dok cari cina mana nak bakar masjid. Mereka dok intai DAP kot yang nak peruntuh masjid. Tapi mereka dok sokong melayu UMNO yang meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, Terengganu? Kalau anda mengundi dan menyokong mereka… adakah anda mendapat pahala?
Ingat! Anda turut sama memikul dosa yang akan dipersoalkan dihari akhirat kelak. Ingat anda bersekongkol dengan pemerintah yang zalim yang kelak dibimbangi akan disambar dengan api neraka.
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
Dan jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim nescaya kamu akan dibakar dengan api neraka dan tiadalah buat kamu selain daripada Allah itu pemimpin dan kemudiannya kamu tidak akan diberi pertolongan . Surah Hud:113
Dan jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim nescaya kamu akan dibakar dengan api neraka dan tiadalah buat kamu selain daripada Allah itu pemimpin dan kemudiannya kamu tidak akan diberi pertolongan . Surah Hud:113
No comments:
Post a Comment