Nampaknya DAP berjaya mencapai sasarannya. PKR yang bertanding di 49 kerusi hanya Berjaya meraih 3 kerusi sahaja. Parti SNAP yang meletakkan calon di 26 dun juga ghuyub. Pas sendiri gagal meletakkan kemenangan di 5 dun yang ditandinginya.
Nampaknya penentang BN masih belum solid menjadi Pakatan apabila terlalu banyak pertanding pelbagai penjuru. 44 dun menyaksikan pertembungan banyak penjuru sehingga 6 penjuru dengan menyaksikan 41 calon bebas. Mungkin sebahagiannya ditaja tetapi juga ada yang kerana tak puas hati. Seperti bekas YB PKR Dominique Ng di dun Padungan yang bertanding atas tiket bebas akhirnya hilang wang pertaruhan. Daripada 213 calon yang bertanding seramai 71 calon telah hilang wang deposit apabila gagal meraih 1/8 daripada undi.
Siapakah yang gigit jari dalam Pilihanraya Sarawak kali ini? Tetapi jangan jadi berita kes pemuda yang terlalu geram, bukan sekadar gigit jarinya tetapi makan jari.
Seorang lelaki di Welington, N.Zealand mengalami tekanan jiwa memotong jarinya sendiri dan memasaknya bersama sayuran. Ia kemudian memakannya hingga habis yang dikategorikan kes kanibalisme diri sendiri. Lelaki 28 tahun itu tidak mabuk tetapi kini dirawat kerana gejala tekanan jiwa dan mood rendah diri. Sebelum itu beliau diserang oleh dua orang yang mengakibatkan dia terlalu marah dan membayangkan tidak hanya membunuh penyerangnya, tapi juga memakan mereka," kata Erik Monasterio, pakar sakit jiwa dari hospital Hillmorton, Christchurch.
Pas membuat langkah terbaik dalam pilihanraya Sarawak kali ini. Meskipun gagal memenangi sebarang kerusi tetapi peningkatan undi yang ketara menggambarkan Pas mempunyai harapan cerah dimasa hadapan. Tinggal lagi diharapkan ianya sebagai asas dan kerja-kerja berterusan hendaklah dijalankan dalam tempoh 5 tahun mendatang bagi memenangi hati penduduk Sarawak. Pas perlu menumpukan kerja-kerja pengukuhan jamaah, tarbiyyah dan dakwah secara terancang dan berterusan. Pun begitu ianya sudah terkehadapan berbanding UMNO yang sehingga kini tidak berani menghadirkan dirinya dalam politik Sarawak. Satu-satunya negeri di Malaysia yang tiada UMNO.
Apapun tahniah buat semua petugas dan jentera PR dan khususnya Pas yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk mempersadakan Pas dibumi Kenyalang. Semoga pahit getir menjadi ubant dan pengalaman berharga bagi kita melancarkan gerakan menawan bumi semenanjung dan menumbangkan UMNO-BN dalam PRU 13 yang akan diumumkan oleh PM bila-bila masa sahaja dari sekarang.
No comments:
Post a Comment