Muktamar Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu yang di adakan di Dewan Haji Salleh, Jerteh Besut adalah merupakan julung kali diadakan. Tahniah buat Urusan Ulama Kawasan Besut. Ini berlaku setelah keputusan untuk diadakan muktamar secara bergilir turun ke kawasan-kawasan. Kali pertama di Dewan Darul Bayan, Dungun dan kali ini di kawasan Besut. Ia diharapkan dapat mendekatkan lagi DUPNT dengan para ulama setempat dan diharap dapat meningkatkan lagi daya ukhuwwah dikalangan ulama dan pimpinan.
Dalam muktamar kali ini banyak pandangan, ulasan, muhasabah dan kritikan diajukan. Kebiasaannya muktamar ulama selesai sebelum jam 1 tengahari tetapi berlainan kini. Setelah diperdetailkan pembentangan gerak-kerja serta xtvt lujnah-lujnah DUPNT, didapati respon dikalangan sidang perwakilan amat memberangsangkan. Akhirnya muktamar ditutup hampir jam 5.00 petang. Syabas dan tahniah kepada pimpinan DUPNT yang diketuai oleh Dato Hussin Awang serta para peserta yang datang dari seluruh pelusuk negeri Terengganu sejak awal pagi.
Tiga usul yang akhirnya diterima sebulat suara. Pertamanya usul daripada Urusan Ulama Pas Kemaman yang mendesak pimpinan Terengganu khususnya DUPNT untuk turut sama bertindak dengan segenap keupayaan atas cubaan pihak kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Dato Mat Said untuk merobohkan masjid Pasir Mina yang telah diimarahkan sekelian lama dan baru diperelokkan dengan kos melebihi 1juta ringgit. Pihak kerajaan menawarkan pembayaran RM1.3j sebagai pampasan dan ini merupakan satu kejahatan dalam usaha untuk memadamkan cahaya dan perkembangan Islam di Terengganu. Turut sama menerima nasib yang sama adalah Pusat tarbiah Binjai (PUTIB) dan Pondok Mustaqim Binjai. Usul ini juga mendesak agar ulama mendepati isu ini agar usaha pihak UMNO-BN tersebut gagal.
Usul yang kedua adalah yang dikemukakan oleh Urusan Ulama Pas Kawasan Kuala Nerus yang terus mendesak kepimpinan agar status urusan Ulama ditukar kepada Dewan yang setaraf dengan sayap pas iaitu Dewan pemuda dan Dewan Muslimat.
Usul ketiga yang dipersetujui oleh sidang muktamar iaitu usul yang dikemukan oleh pihak Ajk Dupnt iaitu mendesak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) agar mewujudkan badan penapis calon sepertimana didalam organisasi Pas yang ditapis disemua peringkat dan terakhir dipihak Majlis Syura Ulama. Ini dilakukan agar peristiwa lompat parti yang berlaku dikalangan Wakil rakyat yang melanda PR meskipun bukan dari kalangan wakil rakyat Pas boleh mencalar nama baik parti dan menjejaskan kredebiliti kepimpinan PR sendiri. Ini dilakukan agar dapat melalui penapisan bersama dan dapat memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi pada pilihanraya ke-13.
Dato Ahmad Yaakob selaku Tim Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat ketika merasmikan muktamar dengan memperingatkan bebanan serta tuntutan terhadap ulama yang semakin berat. Dalam keadaan politik, sosial, pendidikan umat Islam yang semakin merudum para ulama perlu melipat gandakan gerak-kerja dalam memperkasakan ulama. Banyak isu-isu dalaman ulama yang dikupas untuk dimuhasabah bersama. Isu kewangan juga tidak ketinggalan disentuh oleh perasmi. Tuntutan dan keperluan kewangan amat penting untuk digarap bersama. Sifat amanah dan takut kepada Allah itu dianggap sebagai benteng terakhir dalam menggerakkan institusi kewangan yang kekadang hilangnya keyakinan dan kepercayaan ahli dan masyarakat dengan institusi ekonomi dan kewangan jamaah.
DUPP berusaha untuk melancarkan usaha ekonomi dan kewangan jamaah dalam masa yang terdekat yang akan dikelola dan ditadbir oleh para ulama dan pakar kewangan dari kalangan Dewan Ulama Pas Pusat sendiri. Semoga ianya membuahkan realiti sebagaimana tugas pasar kewangan madinah yang dipergiatkan oleh Abu Bakar as-Sidik, Uthman bin Affan serta Abdul Rahman bin Auf yang akhirnya berjaya mengatasi perniagaan orang Yahudi di pasar Madinah. Berkat kemahiran dan kepakaran dan berbekalkan keikhlasan serta daya amanah dan kerja keras yang ditunjukkan, insya Allah ulama mampu menunjukkan alternatif dalam bidang ekonomi dan kewangan ini. Kalaulah ramainya para koperat dikalangan ulaama Pas yang bersendiri berdiri gagah dalam kewangan dan perniagaan apatah lagi kalau ia dibina diatas kekuatan gabungan dan bersama. 9/10 kekuatan ekonomi dan kewangan berpuncakan perniagaan dan sunnah Rasulullah sendiri, kita menaruh harapan dan keyakinan semua lapisan dan ahli ulama seluruh negara mampu menjananya dahulu sebelum dipamerkan kepada ahli dan masyarakat.
Di penghujung majlis, sebagai tanda kenangan.. pihak muktamar telah menyerahkan cenderahati dan sebagai tanda ingatan kepada Dato Mohamed Yakub sebilah golok sembelih hasil tempaan dan seni penduduk tempatan Besut sendiri. Ianya amat bermakna. ‘Golok’ bukan sekadar sembelih tenggorok lembu tetapi boleh menyembelih dalam ertikata zahir dan maknawi. Diharap jangan sampai mengugut bunuh terhadap Dato Mohamed Mustafa, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.. atau kickdefella… nanti tak pasal-pasal ditahan polis sebagaimana budak UMNO yang mengugut bunuh terhadap Tok Guru Nik Abd. Aziz. Diharap Dato sembelihlah apa-apa yang patut….
No comments:
Post a Comment