Punca Pengundi Pos Mengundi BN. Orang PAS tak sanggup buat!

| |
Kalau diteliti banyak kerusi samada Dun atau Parlimen yang PR kalah ke tangan UMNO-BN adalah kerana faktor undi Pos. sama seperti gugusan Felda yang merupakan asset penting dan penyelamat kepada UMNO-BN.

PRK Dun Bagan Pinang yang terletak didalamnya kem tentera terdiri daripada pengundi pos seramai 4,925 daripada keseluruhan pengundi 14,192. BN mendapat 3,521 undi, manakala PAS memperoleh 601 undi daripada keseluruhan 4,604 pengundi pos yang terdiri daripada 4,571 tentera dan selebihnya anggota polis dan petugas SPR
Di PRK Sibu Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. Undi pos yang dikeluarkan 2,827. Undi pos yang dikembalikan 2,637 dan BN telah memperolehi 2,323(82.17%) manakala PR telah memperolehi 70 undi(2.47%) serta Bebas memperolehi 36 undi. Mejoriti : 2,253 (33 kali ganda)

Kenapa berlaku demikian. Nak katakan tentera makan rasuah UMNO-BN. Takkanlah harga tentera Malaysia terlalu murah dengan boleh ditukarkan dengan harta benda dan wang ringgit. Nak katakan tentera kita takut sebab diugut. Rasanya macam tak munasabah. Kalau tentera takut dan mudah diugut nescaya boleh terbalik Negara. Mereka mudah diugut dan boleh diperalatkan oleh musuh. Ini bermakna Kementrian Pertahanan gagal dalam melahirkan tentera yang bermutu. Nak jawab kerana dipaksa ish cukup lemah dan tidak munasabah bahkan Allah sendiri berfirman bahawa mereka yang hanya member alas an dipaksa tidak diterima Allah Swt sebagaimana firmannya dalam surah al-Nisa’ : 97

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
97. Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?". mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang dipaksa". para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?". orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.
Kalau mereka tidak dipaksa mungkin inilah puncanya. Cuba lihat gambar dibawah. Rasanya inilah antara puncanya. MAKAN MAKANAN HARAM.



Kesan dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk diajak menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti : dibuat zikir tidak khusuk, berdoa tidak sungguh-sungguh dan hati tidak tawakal kepada Allah. Daging yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk diberi makanan yang haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam lingkaran ini sukar untuk melepaskannya, sehingga secara tidak langsung menjadikan hijab atau penghalang seseorang memperolehi getaran/ cahaya Illahiyah

Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta. Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai-nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu, sukarlah cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan haram, hati menjadi bersih bercahaya. Tetapi kalau binatang ini jadi makanan. Apa akan jadi?

Apakah hukum Memakan Kera atau Monyet? Berkata Abu Umar bin Abdul Birr: Telah disepakati muslimin bahawa tidak harus memakan kera berdasarkan larangan Rasulullah SAW. Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa: Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib. Ibn Qudamah berkata dalam kitab al-Mughni: ia diharamkan dengan sebab binatang liar yang yang buas, bertaring serta kotor. Tidak harus menjualnya. Kata Ibn Abdul al-Barr: Tiada aku ketahui ada ulama muslim yang mengharuskan untuk memakannya. Kesimpulannya hukum memakan kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat: “Dan Allah mengharamkan perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf).

Rezeki daripada haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.

Perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ . إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاءِ وَأَنْ تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatan ini turut dirakamkan menerusi firman-Nya bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah al-Baqarah, ayat 168-169).

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: Beliau membacakan ayat diatas di sisi Rasulullah Saw. Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda : Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.

Makanan yang halal menjadi syarat utama bagi kesucian amal yang akan diterima oleh Allah. Orang yang beriman digesa agar segala amalnya bersih, jiwa dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah yang bersih. Sumbernya pula mestilah halal dan tubuh badannya dijauhi daripada hiasan pakaian yang bersumberkan yang haram.

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
FIRMAN Allah bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka, sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Dan kalaulah dharurat ada pula syarat-syaratnya seperti terlalu lapar yang amat sangat dan sudah tiada makanan halal untuk menampung supaya tidak mati kelaparan. Kalau terpaksa memakannya hanya sekadar mengelakkan mati untuk diteruskan pencarian dan bukannya makan dalam keadaan redha dan gelak ketawa bahkan dengan kenyang sekali. Kalaulah hutan Malaysia ini banyak lagi perkara yang boleh dimakan termasuk buah-buah kayu, dedaun maupun kulit atau batangnya. Kalaulah latihan tetapi bukan untuk dharurat kerana perkara yang haram bukan untuk mainan.

Kalaulah makanan yang haram kita tanpa segan silu memakannya nescaya tiada sekatan untuk memilih atau menyokong tindakan pemerintah yang melakukan tindakan-tindakan yang haram.

19 comments:

best1of4 said...

Assalamualaikum...ustaz.

Minta izin siarkan n3 ini di blog saya.

boss said...

salam

pasti ke gambar askar malaysia?
rasanya gambar ni dah lama dah ni.

Anonymous said...

Artikel ini hanya memburukkan lagi hubungan tentera dengan PAS. Sekarang ini kesederan Islam di kalangan tentera telah meningkat. Isu ini tidak patut dianggap menyeluruh pada kebanyakan tentera. Yang dikesan sebelum ini, undi pos tiada ketelusan. Tentera tidak bebas memilih. samada tertekan atau diundi oleh oleh pegawai lain.

Anonymous said...

salam ustaz
sorry la ustaz, u r totally wrong.
itu adalah latihan, utk survival tentera tersebut.
hanba x sure hukumnya, tp atas dasar sekadar merasa bg tujuan latihan bagi menghadapi situasi sebenar seorang tentera dlm hutan, bag saya itu dibenarkan. Normal life, tentera makan makanan normal seharian.
Hanya mereka dlm tentera tahu pentingnya latihan mcm ni.
Haram tetap haram, tapi ada kelonggaran pada perkara tertentu, pada pendapat saya.
Anyway, tulisan ustaz ni boleh memburukkan hubungan PAS dgn warga tentera. lansung tak membantu. Jadi saya jangka, undi pos akan selamanya berpihak kepada BN jika trend sebegini berterusan.

-Sebelah masjid Rusila

G-Man said...

Sebelah masjid rusila,

Apa kata kita ramai-ramai pakat buat latihan makan babi pulak...mana tau satu hari kita kena darurat nanti tak le ralat sangat..sebab dah pernah menjalani latihan makan babi...

Anonymous said...

assalamualaikum... sahabat yg ke4 dari atas.. anda tersilap.. jangan mengeluarkan satu hukum berdasarkan kpd pendapat sahaja..ye saye tahu ni adalah untuk latihan darurat.. tetapi islam mempunyai satu kaedah yang dinamakan : ad-daruroh tuqoddaru biqodariha.. bermaksud darurat itu diukur dengan kadaran... yang membawa maksud ia hanya boleh dimakan sekadar untuk mengelakkan daripada mati.. so tak bolehlah sampai kita mempelbagaikan masakannya.. 1 lagi cuma anda tengok gambar tu.. adakah iguana sesuai untuk disembelih di saat darurat?????
wassalam

Anonymous said...

maaf.. adakah binatang yang kecil sesuai untuk disembelih di sat darurat???

Anonymous said...

opps tersilap.... adakah haiwan yang kecil sesuai untuk disembelih di saat darurat? bukan semua benda boleh disembelih walaupun darurat.. kalau semua benda nak disembelih tu namenye nak makan smpi kenyang.... wassalam..

Anonymous said...

Pelik lah dunia sekarang nih.. pendapat sy lah kan, x perlulah nak berlatih-latih utk darurat nih.. tibanya nanti masa darurat andai kata ditakdirkan Allah, andai kata kita dah nak mati time tuh dan ada monyet jer makanan, kita akan melahap jer apa yg ada.. x perlu pun latihan2 nih.. cth analogi, adakah kita perlu berlatih minum arak dari sekarang, kot2 lah tiba waktu darurat nanti, arak jer ada kat depan tuh, kita tak biasa plak..hehe tak kan?.. fikirlah.. tambahan lagi, time darurat pun, benda haram pun kita boleh makan sikit jer, tu pun sebab nak menruskan kesinambungan hidup, tapi gambar kat atas sebaliknya,, samapi ketulang, sampai kenyang diratah monyet tuh..astaghfirullahalazim..

khalid said...

bab2 makan ni tak perlu latihan.. kalau dah lapar kayu pun sedap.. ni semua tinggalan penjajah untuk menggelapkan hati2 orang islam.

ibnu_maulub said...

salam ustaz..
ana minta izin siar kat blog ana... ;)

Anonymous said...

alahai..org PAS latihan tentera pun nak dipolitikkannya. Ini adalah sebahagian latihan tentera utk SURVIVAL. Makan monyet, babi hutan, kancil biawak sekalipun TIADA KENA MENGENA pun apabila para perajurit kite membuat pilihan dlm mengundi.

Sy nak tanya apa kaitan politik atau undi POS dlm hal ini? Artikel Ustaz ini sperti seseorg yg melakukan perkara yg haram nescaya dia akan memilih untk mengundi BN ketika pilihanraya. Apakah rasional mengitkan perilaku buruk seseorg dgn pilihanya dlm mengundi? INILAH YG SY KATAKAN POLITIK SEMPIT.

Namun sy tidak membantah apa yg ditulis kesemua dlm artikel ini. Sy memahami dan bersetuju dgn benda-benda dan makanan yg haram. Mmg ada dalil dan nas yg kuat mengenai perkara ini dan sebagai umat islam kita harus mematuhinya. Namun SY SEOLAH2 TERTIPU APB KLIK LINK ARTIKEL INI KERANA TAJUKNYA yg berbunyi
"Punca Pengundi Pos Mengundi BN. Orang PAS tak sanggup buat!"
Seharusya tajuk yg sepatutnya adalah
"Kesan-kesan dari makanan Haram" ataupun "Latihan para perajurit kita keterlaluan hingga melibatkan makanan haram"

Tp apa rasionalnya dari undi pos dgn isu makan kera ni Ustad?? alahai..sedihnya lihat anda berpolitik..

Saiful said...

Sebenarnya apa yang ana maksudkan lebih jauh daripada itu. Mereka yang dilatih taat membuta tuli, tidak memperdulikan lagi syariat halal, haram. kalaulah tentera dititahkan oleh ketua dan pemimpin mereka untuk memakan benda haram pun mereka sanggupkan meskipun bercanggah dengan syariat maka apalah sangat mengundi BN. Mereka dipaksa diugut untuk mengundi BN. dan mereka menurutinya.
Inilah dikatakan 'sembahan' ketika adi bin hatim memakai salib tergantung dilehernya, Rasulullah saw membaca firman Tuhan: اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Adi menyebut ia tidak menyembah padri & pendita. tetapi ia melakukan arahan yg bertentangan dgn Allah itu maksudnya menyembah berhala.
Kenapa rakyat marhaen menyokong UMNO-BN kerana mereka telah dirasuahkan dengan makanan haram yg lama

Anonymous said...

rasional la jugak..kalo ati da gelap....ofkoz la tak tau nak buat pilihan mane baik dan buruk....

black_fox said...

ini lah padahnya bila kita bercakap dan kita tidak mengerti apa yg kita cakapkan, dan kita tidak pernah ambil tahu malah tidak ingin tahu pun. hanya sekadar gambar yang dipaparkan kita telah menuduh org lain melakukan perkara yang tidak baik. ADAKAH INI AJARAN YANG DI AJARKAN OLEH NABI MUHAMMAD SWW??

Anonymous said...

Kawan,

Gambar-gambar yg di tunjukkan tu, masa survival training tu. Kalau dalam askar ni, ada yang sekali seumur hidup je buat training macam ni. Bukannya diaorang melantak sampai kenyang, Cuma di ajar macamana nak deal during that situation. Tak buleh la cakap, masa lost kat dalam hutan atau behind enemy line baru nak pikir camana nak buat, salam survival training ni pun depa ajar juga mana yg ada racun ke hapa ka.

Aku pun penah pi survival training nih, tapi aku tak makan pun menatang tu, pegang pun tidak, tenguk pun tak mau, geli siut. Aku pun tak paham macamana pempuan tu buleh makan (makan ke pegang saja, wat posing.

Anyway, kalau bab halal haram tu, memang haram la, hujah yang panjang berjela tu dah ada kan.

Tapi kalu bab undi ni, tak dak la sebab makan menatang tu, sebab dari yang ramai-ramai pengundi askar ni, dua tiga orang je yang makan menatang tu.

Jadi, Ustaz, jangan la pakai hujah macam tu, macam nak menghina askar je..lagi la depa jauh. Lain kali tanya dulu dengan orang yang terlibat, confirmkan dulu apa cerita di sebalik gambar, baru tulis. Aku dalam armed forces, memang ramai gak askar yang jauh hati bila ada tuduhan serkap jarang macam ni.

Anonymous said...

silap aa, para 4 tu bukan "makan" tapi "pernah makan".

Anonymous said...

analisis molek ah .. kite tu timbalan pesuruhjaya !

Fairuz Khairunnisa Ibrahim said...

Ustaz, mohon delete ustaz.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...