SIBU: 2 Billion dah curah.Selamat Jalan DAP.

| |
SIBU . Politik Santa Claus yang diamalkan berleluasa oleh pemimpin BN dan lebih daripada 2 billion telah dicurahkan ke SIBU demi meraih sokongan dan mengekalkan penguasaan dan kemenangan BN di SIBU, Sarawak. Itu yang sempat di catat dan diambil maklumat. Ada lagi program-program yang berjalan yang melibatkan kos yang tidak dikira dan dihitung atau projek yang diumumkan oleh pemimpin BN yang melibatkan peruntukan yang tidak diketahui. Itu tidak juga mengambil kira kos semua jabatan dalam kerajaan sempena PRK SIBU. Tak termasuk juga peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan kos sokongan yang melibatkan penggunaan duit rakyat Sarawak. Kalau melihat daripada rasuah yang dicurahkan oleh pimpinan kerajaan BN bak hujan yang mencurah dari langit itu, amat sukar sekali buat DAP untuk merampas kerusi SIBU. Kecualilah orang Cina SIBU hanya memakan umpan tetapi tidak menelan kailnya.

Dibawah disenaraikan peruntukan rasuah yang dibawa ke SIBU. SPRM sudah dicukil matanya. Apa nak buat? (Toksah bacelah. Banyak sangat. Buat menyakitkan hati je).

(Berita rasuah 24). SIBU. 14 Mei. Datuk Seri Syafei Afdal meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membaik-pulih litar elektrik dan penyelenggaraan lain kepada ketua rumah panjang dekat Sungai Rassau, Igan, SIBU ketika membuat lawatan sempena kempen pilihanraya. Pemikiran politik rumah panjang ni macam peneroka felda ke?


(Berita rasuah 23). SIBU. 14 Mei. TMP Muhyidin Yassin bersembahyang Jumaat di Masjid an-Nur di Kampung Nangka. Selepas sembahyang beliau memberi ucapan di dalam masjid dan selepas itu menyerahkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada Pengerusi Darul Jannah Hamdan Jaie untuk membina Tadika bagi peruntukan Projek pembangunan SIBU. Turut sama hadir dalam majlis itu Ketua Menteri Sarawak. Ini tak berpolitik dalam Masjid ke?

(Berita Rasuah 22). SIBU. 14 Mei. TMP Muhyidin Yassin berucap ketika menghadiri ‘Program Ramah Mesra Rela’ di SK Bandaran no.3 telah mengucapkan tahniah atas sumbangan yang besar oleh pihak Rela kepada negara. Sehubungan itu beliau telah mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM200,000 kepada Rela Sarawak dan RM 50,000 kepada Rela SIBU. Rela kat lain amacam. Nasib ko lah labuuu.

(Berita Rasuah 21). SIBU 15 Mei - Persatuan Ibu Tunggal Sibu mendapat peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi membantu ahli-ahlinya membuka perniagaan untuk menjana ekonomi keluarga.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, persatuan itu yang mempunyai lebih seribu orang ahli akan menerima bantuan dalam tempoh 2 minggu.

(Berita rasuah 20). SIBU: Sejumlah RM611 juta diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf jalan raya di Sibu dalam RMK-9 bagi manfaat 50,000 penduduknya. Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata peruntukan bagi menaik taraf Jalan Sibu ke Bawang Assan-Serdeng Fasa I dengan kos RM222 juta diikuti Fasa II projek sama sebanyak RM18.2 juta. Kos pembinaan laluan Jalan Sibu-Kuching dari simpang Julau ke persimpangan Lapangan Terbang Sibu Fasa 1 ialah RM176.5 juta, fasa kedua pula RM10.3 juta, manakala projek jambatan Sungai Menyan, Jalan Nibong Tada menelan kos RM2.4 juta. Peruntukan besar disalurkan Kerajaan Pusat dan negeri membuktikan komitmen tinggi kerajaan BN menaik taraf infrastruktur asas di Parlimen Sibu, sekali gus menafikan dakwaan pembangkang BN abaikan Sibu. Sebanyak 30 peratus daripada RM5.68 bilion peruntukan membina jalan raya di seluruh Sarawak diperuntukkan untuk Sibu saja," katanya ketika meninjau jalan kampung dan melawat rumah panjang di kawasan Tanjung Kunyit di sini, semalam. Hello SPRM tido ke?


(Berita Rasuah 19). SIBU, 13 Mei: TPM Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan memberi peruntukan RM926,200 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawang Assan di sini. Peruntukan itu, yang telah diluluskan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk RM500,000 bagi menaik taraf laluan papan di 29 rumah panjang dan bantuan kewangan RM600 bagi setiap daripada 527 keluarga Iban di situ. Selain itu, RM60,000 diluluskan bagi membaiki sebuah dewan badminton dan RM50,000 bagi membaiki sebuah gereja Methodist yang terletak berhampiran Rumah Baseh, sebuah rumah panjang di Bawang Assan, kira-kira 32 km dari sini.

(Berita Rasuah 18). SIBU: 13 Mei - 56 bekas polis zaman darurat terima sagu hati. Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengagihkan 831 keping cek saguhati khas kepada bekas polis zaman darurat dari tahun 1962 hingga 1974 di Sarawak. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 56 cek akan diserahkan kepada penerima khusus di daerah Sibu. "Setiap cek bernilai RM1,000 dan walaupun nilainya tidak seberapa, ia adalah tanda balas terima kasih yang tidak terhingga kerajaan ke atas pengorbanan jiwa dan raga mereka yang berkorban mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh ketika zaman darurat," katanya dalam satu kenyataan. Siapa lagi tak beri? cepat2 sebelum ahad ni

(Berita Rasuah 17). SIBU. 13 Mei. Najib menumumkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) akan membangunkan 6,000 hektar tanah adat bumiputera (NCR)yang terbiar secara komersial berikutan permintaan daripada 2,500 penduduk rumah panjang berkenaan.Penduduk setempat di kawasan Pasai Siong juga akan menikmati asas infrastruktur yang lebih selesa dengan kenaikan taraf jalan raya di bawah Rancangan Malaysia ke-10 mulai tahun depan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM34 juta.

(Berita Rasuah 16). SIBU: 12 Mei - Najib Razak malam ini melancarkan siaran RTM Melalui Satelit (RMS) ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk kawasan itu menikmatinya secara percuma. Hadir sama Abdul Taib Mahmud, Musa Aman dan Rais Yatim pada majlis Pelancaran di Sibu, semalam. Biar anda semua muntah nak bace. Banyak lagi ni

(Berita Rasuah 15). SIBU: ''Hari ini kita bagi 50 unit kepada pelajar, tetapi kita sudah menyediakan 1,000 unit untuk pelajar di kawasan Parlimen Sibu secara percuma," kata Najib. ''Komputer canggih buatan Malaysia ini yang berharga RM999 seunit akan diberikan percuma kepada para pelajar sekolah di seluruh negara dengan Sibu sebagai lokasi pertama penyerahan. Kerajaan mengeluarkan RM1j untuk membekalkan komputer sempena PRK SIBU. Seronoknya Wakil Rakyat mati.

(Berita Rasuah 14). SIBU:Perdana Menteri hari ini mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada 67 sekolah rendah, menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah mubaligh di sekitar bahagian Sibu.Daripada jumlah itu, 60 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) mendapat RM10 juta, lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) mendapat RM5 juta, Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart Sibu (RM2 juta) dan Sekolah Kebangsaan St. Mary Sibu (RM1 juta). Maaf darul Bayan tak dapat. Luar kawasan mengundi.
(Berita Rasuah 13). SIBU. SUPP-BN menjanjikan ole-ole untuk pilihanraya SIBU. 1.Membina sebuah Universiti di Sibu. 2.Wifi percuma di seluruh Sibu. 3.RM400 sebagai sagu hati untuk warga emas (Wang Ehsan). 4.Menghapuskan Tol di Jambatan Lanang. Antara banyak2 PRK seluruh Malaysia dijangka SIBU akan mendapat WANG PALING BESAR
(Berita Rasuah 12). SIBU. Najib telah mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masingnya untuk sepuluh buah surau dan RM40,000 masing-masingnya untuk lapan buah sekolah agama Islam. Selain pengundi Cina, Najib perlu menambat hati pengundi Melayu dan Iban. Dalam kunjungan akan datang Najib dijangka akan mengunjungi kawasan Iban di Batang Igan di kawasan Bawang Assan. St.Mary School dpt RM3j. Sekolah agama dpt Rm 40 ribu je?. Iban dpt berapa? Kita tgk bagsa mana paling bodoh.

(Berita Rasuah 11). SIBU Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang mengumumkan projek yang telah diluluskan ialah pembesaran Lapangan Terbang Sibu dengan kos RM150 juta dan Jalan Kanowit-Kapit dengan harga RM700 juta. Santa Claus datang lagi. Wang besar.. Wang besar.

(Berita Rasuah 10). SIBU 10 Mei. Beberapa wakil sekolah sekitar bandar ini mengambil peluang mengemukakan masalah sekolah masing-masing dan TPM Muhyiddin berjanji kerajaan akan memberi keutamaan kepada sekolah yang sangat memerlukan bantuan.Beliau juga sebelum itu mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu yang disifatkannya antara sekolah terbaik di negeri ini. Alahai Santa Claus baru turun.
(Berita Rasuah 9). SIBU 10 Mei – Penduduk Sibu diberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan projek perparitan dan tebatan banjir bernilai lebih RM1 bilion sehingga masalah itu selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, kerja-kerja untuk fasa pertama projek itu yang membabitkan peruntukan RM300 juta telah berjalan dan dijangka siap dalam masa dua tahun. Jamin. jgn tak jamin.

(Rasuah 8). Sibu. 6 Mei - Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM600,000 untuk membaik pulih surau dan sekolah agama di samping membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom hari ini.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan tersebut adalah usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan anggota tentera di kem berkenaan. Untungnya wakil rakyat mati. Boleh rakyat merasa.

(Rasuah 7). Sibu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan berjumlah RM2 juta untuk membaiki keadaan empat buah sekolah rendah di sini.Katanya sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Hua Hin English, SK St Mary, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tiong Hin dan SJKC Uk Daik. Semasa mengumumkan peruntukan itu, beliau berkata bantuan kerajaan Persekutuan itu sebagai menunaikan 'wasiat' mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu dan Timbalan Menteri Pengangkutan yang meninggal dunia 9 April lepas. Musim bahagi Pesaka. Bagi jgn tak bagi.
(Rasuah 6). SIBU: Sibu memohon peruntukan persekutuan berjumlah RM190 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bagi melaksanakan program tebatan banjir.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Adenan Satem berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membina ban banjir, parit dalaman, kolam takungan dan pintu air serta loji pengepam. Beliau telah mengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setempat dan majlis tempatan supaya segera memulakan kerja membersih, mendalam dan melebarkan semua parit di kawasan bandar.Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh yang turut hadir berkata Pelan Induk Saliran bandar Sibu telah siap dan akan dilaksanakan dalam rancangan Malaysia berikutnya. Mintak jgn tak mintak.

(Rasuah 5): Sibu. 9 Mei. SIBU: Kerajaan meluluskan peruntukan RM150.8 juta menerusi Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) untuk membantu keluarga berpendapatan rendah di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata peruntukan itu sebahagian daripada RM580 juta yang diperuntukkan menerusi NKRA bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah di negara ini. Untungnya Wakil Rakyat Mati

(Rasuah 4): Sibu. Semasa melawat projek pembinaan semula SRK St.Mary di sini, Najib mengumumkan geran kerajaan RM1 juta untuk dana pembinaannya. Kerajaan negeri sebelum ini memberikan geran RM600,000. Sekolah itu dibina pada 1954 merupakan sebuah daripada sekolah rendah mubaligh kayu yang tertua di negeri ini. Dah 1.6juta dilabur untuk St.Mary School demi PRK Sibu ... Untungnya wakil rakyat mati.

(Rasuah 3). Sibu.9 Mei. Mohd. Shafie mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaiktaraf jalan raya di Kampung Jeriah dan RM30,000 lagi bagi pembinaan dewan, manakala sejumlah RM5,000 sumbangan peribadi beliau kepada masjid di kampung terbabit. AngPau P'raya.Untungnya wakil Rakyat Mati

(Rasuah 2) SIBU 9 Mei - Kerajaan memperuntukkan RM18 juta untuk melaksanakan 165 projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pedalaman, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Untungnya wakil rakyat mati.

(Rasuah 1).SIBU. 9 Mei Kerajaan belanja RM88 juta di bawah RMK-9 untuk bangunkan Sibu: Shafie Afdal. Berapakah anda menjangkakan durian runtuh di Sibu demi kemenangan BN?

5 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...