Gambar UMNO berak merata-rata. Apa kata Sultan & Mufti

| |
Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.

1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!

3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?


4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?

5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?

6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.

Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.

7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.

8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok


9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?

10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?


11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.

12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.



14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.


15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?
Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.

13 comments:

Anonymous said...

Tan Sri Mufti Perak tak kata apa ke?...pejam mata aja kaaaaa...APCO 3x

Anonymous said...

ustaz ni perangai tak mcm ustaz lah.adakah kenyataan ustaz ni boleh menyatupadukan umat islam di msia ni?kenapa perlu buat kenyataan yg akan memandu umat islam kpd perpecahan?kenapa buruk sangka dgn umat islam yg lain?adakah sbb mereka berlaku tak baik kpd ustaz atau parti ustaz menyebabkan ustaz tak berlaku baik kepada mereka?kenapa ustaz buruk sangka dgn apa yg mereka lakukan?siapa ustaz nak menilai baik buruk amalan manusia tu?

Anonymous said...

Anon 1:06 PM, buruk sangka apanya? Awak nampak tak gambar2 atas tu? Apa interpretasi awak? Sila jawab secara jujur, jangan berasaskan perasaan dendam kesumat pada PAS. Gambar2 di atas dengan terang benderang menunjukkan pemimpin UMNO berpolitik di masjid - maksudnya melakukan kegiatan parti di masjid - tak kiralah berkempen ke, tazkirah ke, menyampaikan sumbangan ke, semuanya untuk kepentingan parti dia kan? OK, sebenarnya semua tu tak salah, kerana masjid adalah pusat aktiviti umat Islam sejak zaman Rasullulllah lagi. Cuma yang musykilnya, mengapa PAS buat benda yang sama, SALAH, tapi bila UMNOCO buat, TAK APA? Sila jawab wahai sdrku!

Anonymous said...

kegiatan kat atas tu namanya kegiatan pemerintah berkhidmat utk rakyat la wei.berkhidmat utk rakyat adalah utk semua rakyat tak kira fahaman politik.PAS kalau nak kempen kt masjid HS tu berkhidmat utk rakyat ke?apa faedah rakyat dpt dr kempen politik PAS di masjid melainkan melihat umat islam makin lama makin berpecah dan benci membenci satu dgn yg lain

KamAlinFaris said...

politik harus dipandu oleh islam. memisahkan politik daripada islam adalah haram

Anonymous said...

UMNO tidak perasan bahawa dia pembangkang kat Selangor. Hulu Selangor tu PR yang memerintah lah wei. Pgrm YB di HS tu kegiatan pemerintah berkhidmat utk rakyat lah wei. Yg UMNO wat pgrm baca Yasin & sembahyang hajat kat Masjid tanpa keizinan kerajaan negeri tu apasal? Yang UMNO pergi berselindung sebalik Sultan dan mufti Perak tu apasal? Menasabah dah ikut UMNO

Anonymous said...

SALAM,saudara umat Islam makin berpeceh tu ..sebab satu nak ke Islam satu lagi tolak Islam...tu nampak berpecah ..UMNO TOLAK ISLAM...JUDU PUN DAH DI HALALKAN"Menteri Kewangan telah meluluskan lesen judi bola sepak piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya dengan alasan untuk mengawal judi secara gelap" APA NI...jawab2...dalam Al Quran kate HARAM!!!!!

Anonymous said...

amno dengan pas ni 2X5 bangang. kalau dah tak daya nak memusnahkan musuh politik masing masing, bersatu ajelah..., kembali kepada alquran seperti yang diperintahkan oleh Allah. tak pun bunuh saja pihak yang satu lagi supaya tidak terus bertengkar, yang rugi anak cucu sendiri juga. bodoh punya melayu!!!!

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Anonymous said...

Apahal dgn PAS Selangor benarkan YB Xavier buat program dalam masjid, siap bagi ucapan. Bukan politik jugak namanya tuh....Cuba korang cek..kalau masjid tu dikatakan masjid Pas memang warna pun hijau dan penuh ngan bendera PAS...adake masjid UMNO...tak ada kot...

Anonymous said...

diUniversiti ada Kursus Sains Politik
Boleh Pulak Berpolitik DiUniversiti ??

Anonymous said...

UMNO guna masjid dan surau supaya rakyat menyokong mereka, padahal mereka tolak hukum Allah, siap bersalam dgn bukan mahram dan tak tutup aurat, UMNO memang tak malu dgn Allah SWT.

Unknown said...

Hmm, macam menyebarkan aib orang jer ustaz..? Tak berdosa ke..?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...