KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.
"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu.
Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.
"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya.
Komen.
Perjuangan Pas bukannya meletakkan assobiyyah kebangsaan sebagai matlamat. Ia bukan menjadikan nasionalisme yang dicipta penjajah sebagai dasar perjuangan. Pas berjuang bagi menegakkan keadilan Islam untuk dikecapi oleh manusia sejagat. Berteraskan wahyu al-Quran dan as-Sunnah al-nabawiyyah yang praktikal dan bukannya idealisme yang tak pernah diuji. Islam telah terbukti melebihi 14 abad menawarkan pembelaan kepada umat manusia meskipun umat Islam sendiri sentiasa memerlukan pembelaan diseluruh pelusuk dunia. Kekejaman, penindasan, ketidakadilan dan sebagainya. Begitulah di Malaysia sendiri.
Pendokong Pas yang majoriti orang melayu menghadapi penindasan dari kaumnya sendiri khususnya di era diktator Dr Mahadhir. Kalau orang kanannya sendiri seperti DS Anuar Ibrahim sanggup diperlakukan sedemikian rupa... usah cakaplah apa yang dihadapi oleh Pas dan ahli serta pendokongnya. Dr Mahadhir sendiri ketika dihalau keluar dari UMNO, pentas Paslah digunakan bagi menyuarakan hak dan kebebasannya bersuara. Itu ketika beliau tiada taring. Hari ini beliau seolah kembali ingin jadi juara bangsa kononnya.. ketika beliau sudah tercabut taring. Ketika masa beliau berkuasa dan masih bertaring.. apa yang beliau buat terhadap bangsa melayu dan Pas sendiri serta negeri-negeri melayu. Bak melepas anjing tersepit. Beliau menggigit dengan taringnya terhadap Pas dan bangsanya sendiri demi kepentingan politik dan kuasanya. Hari ini beliau menunjuk warak dan masih belum ingin bertaubat terhadap segala dosa-dosanya. Menyalahkan orang lain dan berlagak suci.
Siapakah yang khianat terhadap bangsa melayu ini? Sejak merdeka UMNO diberi kuasa dan hampir separuh waktu tersebut diperintah oleh Mahadhir sendiri?? Apakah yang diperolehi oleh bangsa Melayu???
Cukuplah dosa yang paling besar adalah menjadi tali-barut penjajah dengan menghapuskan semua undang-undang dan perlembagaan Tanah Melayu yang berteraskan Islam kepada undang-undang dan perlembagaan Lord Reid. Termasuklah undang-undang dinegeri Terengganu yang dikenali "Itqan al-Muluk fi Ta'dil al-Suluk" yang digubal oleh Sultan Zainal Abidin serta para Ulama seperti Tok Ku Paloh pada tahun 1911 dikhianati oleh pimpinan Umno BN. Merekalah orang-orang yang memurtadkan undang-undang tubuh negeri-negeri melayu pada tahun 1957. Meskipun undang-undang dan peraturan Islam telah dinobatkan di Terengganu sejak 700 tahun yang lampau sebagaimana tercatat di batu bersurat.
Semenjak di tangan pimpinan UMNOlah... bermulanya agenda pengkhianatan disebalik pembangunan. Orang melayu gagal dipelihara dan dijaga kepentingannya. Bangsa ini mula terhakis agama dan pengamalannya bahkan agama dipenjara di pejabat-pejabat. para ulama dihimpit dan disekat. Para imam di rantai dimasjid-masjid. Agenda memisahkan agama dan negara terlaksana. Sekularisme berjaya diterapkan.
Negeri dan tanah-airnya mula tergadai. Bahasanya makin terhakis bahkan khazanah jawinya hampir pupus. Nyawa bangsanya tidak selamat. Zuriat dan keturunan hancur rosak. Ekonominya diratah oleh para kroni sehingga bangsanya merempat dibumi sendiri. Kemiskinan menjadi nadi untuk mereka berkuasa. Akal dan pemikiran mereka terpenjara. Berbagai akta menjadikan pemikiran mereka dalam kerangka dunia ketiga. Hidup dengan dikepung tahyul dan khurafat. Tidak bebas menjangkaui dunia dan akhirat.
Menjadi juara atau khianat, menurut Islam dinilai dengan 5 perkara. Sejauhmana ia menjaga agamamu, akalmu, nyawamu, zuriat serta keturunanmu dan akhirnya harta-bendamu. Itulah fungsi kepimpinan dan perlantikan khalifah. Antara kekhalifahan Iblis dan Adam itulah menjadi penilaian sejauhmana ia diurus untuk mengajak rakyat dan manusia menghambakan diri kepada Allah SWT dan menjadi wakilnya bagi menegakkan syariatNya.
Hari ini Dr Mahadhir mengakui UMNO tidak membela bangsanya. Sebenarnya dah lama dahh.. Dulu, Kini dan akan selamanyaaa... Hakikatnya, cukuplah Dr Mahadhir. Hari sudah petang buatmu. Jadilah membuat onar. Bertaubatlah selagi matahari belum tenggelam diufuk barat.
No comments:
Post a Comment