MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.
Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.
Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera.
''Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu.
''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.
Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.
Muhyiddin menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera mencari jalan menyelesaikan segala masalah dalaman terutama persengketaan dalam tempoh satu atau dua tahun ini supaya ia tidak berterusan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.
''Tempoh 24 bulan adalah masa yang singkat untuk membetulkan semula keadaan tetapi jika tiada usaha mengatasinya, ia akan menjadi isu dan persepsi yang boleh mempengaruhi rakyat," tegasnya. Utusan Malaysia.
Komen:-
"Menepuk air di dulang.. terpercik ke muka sendiri".
Itulah pepatah orang melayu. Selama ini kita melihat media-media talibarut UMNO sentiasa melakukan serangan propaganda bahawa pimpinan PR dan pimpinanan parti-parti pakatan sentiasa berperang macam nak pecah kapal. Setiap hari berita seolah tiadak ada berita lain. Perpecahan dalaman PR dan termasuk juga parti PAS.
Hari ini pengakuan sebenar berita yang sudah diketahui umum sejak dulu, kini dan selamanya bahawa parti nasionalis sekular itu berantakan berpecah dari pimpinan sehingga ke bawahan. Hakikatnya tiada ubat dalam parti UMNO itu sendiri. Ubat yang ada hanyalah sekelumit kuasa dan wang. Dengan kehilangan kuasa 2/3 di parlimen ia sudah cukup menggoncangkan... bayangkan lah jika sekali ia tumbang. Tiada satu asas kekuatan untuk diikat sesama mereka. Kegagalan mengagihkan kek kekayaan sesama mereka nescaya mereka akan sentiasa bercakaran. Tidak ada lagi golongan ikhlas yang berjuang dalam UMNO. Yang ada kini hanyalah golongan berkepentingan. walaupun pemimpin menafikannya. Walaupun Najib memakan ubi kayu.... kononnya merasai keperitan rakyat tetapi hakikatnya... adiknya adalah billionaire hasil dari keluarganya sebagai pemimpin negara, Mokhzani adalah billionaire hasil bapaknya adalah pemimpin negara.
Begitulah percakaran pemimpin UMNO di Terengganu sendiri... bukan kerana rakyat tetapi perbalahan kerana merebut untuk mengisi perut dan bawah perut semata-mata.
Parti PAS dan ahli serta pengikutnya hendaklah sentiasa menjadikan sirah dan sejarah sebagai muhasabah. Semua empayar besar tumbang kerana perebutan harta dan takhta. Pas sebagai rangkaian gerakan Islam memiliki ubat untuk menyelesaikan permasalahan seperti ini. Hanya Allah dan Rasul. Kembali kepada Islam.
فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (an-Nisa' :59)
Umno juga mendakwa ia sebagai parti Islam. Dan kini sentiasa menonjolkan sebagai pembela kepada Kalimah ALLah dan perarakan Maulidur Rasul. Hari inilah sepatutnya UMNO mula mempraktikkan dan kembali kepada al-Quran sebagai kalamullah dan Hadis sebagai kata-kata kepada Rasulullah S.a.w yang ma'sum itu. Tinggallah perjuangan assobiyyah melayu yang sempit dan telah gagal sejak separuh abad itu. Tinggallah perjuangan sekular yang merosakkan umat Islam di malaysia ini.. Kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenar..
Beranikah UMNO??
No comments:
Post a Comment