Antara Himpunan Royalti & Forum Wang Ihsan

| |

Kelantan dapat RM20 juta wang ehsan Mac ini

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan memutuskan RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu adalah hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan. "Jumlah RM20 juta itu adalah nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok berkenaan sejak Mei 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi.
Lebih 5,000 rakyat menghadiri forum dengan anggota panel Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan Datuk Profesor Dr Hussin@Mohamad Ab Rahman sebagai pengerusi forum. Berita Harian


Komen.
Media kapok sudah pasti tidak menyiarkan gambar himpunan tuntutan rakyat terhadap royalti di Stadium Kelantan. Yang pasti kehadirannya sememangnya gambaran sebenar hasrat rakyat seluruh negeri Kelantan dan pendokong keadillan. Berbanding kehadiran forum yang dijamu dan diupah dilapurkan media seramai 5k. Maklumat yang diperolehi yang datang hanya 500 orang. Itu pun golongan para penagih projek untuk mencari habuan dan merembat wang ihsan yang bakal turun.
Tetapi yang pasti Umno lidahnya dua dan telinga satu sahaja. Ia mana peduli tentang hasrat rakyat. Ia pasti merampas royalti rakyat Kelantan dan menggunakannya untuk kepentingan politik Umno. Itulah makhluk pengkhianat dahulu, kini dan selamanya. Kami di Terengganu telah merasainya sehingga kini dan rakyat Kelantan akan mula tahu kezaliman Umno disebalik Wang Ihsan ini. Berbagai tindakan diambil termasuk perhimpunan di stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu, himpunan di daerah-daerah, berdemontrasi ke Kuala Lumpur. Pertemuan demi pertemuan dengan pimpinan kerajaan di bawah Tun Mahathir tetapi dia apa peduli. Pimpinan Umno Terengganu sendiri yang mencadangkan dalam Perhimpunan agungnya di PWTS supaya merampas royalti.
Semua cara baik digunakan tetapi Pimpinan Umno mana tahu cara bertamadun ni. Mereka hanya tahu undang-undang rimba. Saya selaku ketua Pemuda masa itu pernah mencadangkan agar disita saje semua loji Operasi Oil-Gas di Paka dan Kerteh sehingga petronas membayar balik Royalti. Sehari mereka gagal beroperasi membawa kerugian berjuta ringgit tetapi pimpinan memilih untuk bertoleransi dan menggunakan saluran suara rakyat dan mahkamah. Hingga ke hari ini Mahkamah tiada keputusan. Pimpinan Umno hanya melagukan... "biarlah mahkamah tentukan.. biarlah mahkamah tentukan".
Dengan wang ihsan itulah rasuah politik bermaharajalela dan puak-puak Umno ni mana tahu halal-haram. Semuanye dibedal. Orang malaysia ni tidak tahan dengan duit, mereka sanggup gadai prinsip. harap orang Kelantan boleh tahan. Pilihanraya Manik Urai tu baru ujian. Orang Kelantan boleh makan ke tidak...Kalau dah turun berjuta-juta nanti... tak taulah. Brahim Ali pun dah melompat dan berkokok kat pokok ihsan tu.
Diharap pimpinan di Kelantan buat sesuatu. Alhamdulillah himpunan pertama mendapat sokongan semua pihak. Harap semua umat Islam pakat-pakat sembahyang hajatlah memohon kepada Allah menunjukkan kebenaranNya. banyakkan doa Tok Guru. Kalau tak pecah perut atas mukabumi ini.. dalam kubur pasti pecah jua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...