Berlepas dari KLIA ke Cairo pada 3hb feb jam 1 pagi. 11jam dalam flight dan tiba ke cairo airport. Selepas transit selama 3jam kami berlepas ke Sana'a menggunakan Egyptair yang memakan masa selama 3 jam lagi. Agak memenatkan tetapi keinginan untuk menjejakkan kaki ke bumi Yemen buat kali pertama melupakan segala keletihan dan rasa mengantut.
Yemen, negara ke 24 dalam siri musafir ku di dunia fana' ini. Meninggalkan bumi Malaysia buat seketika diharap dapat merehatkan fikiran dari memikirkan dunia politik Malaysia yang makin haru-biru. Tetapi apabila flight mula nak landing... di kawasan lapangan terbang Sana'a terlihat kiri-kanan deretan kapalterbang tentera. Flight yang bergerak perlahan ke bangunan airport terpaksa berhenti tiba-tiba... rupa-rupanya memberi laluan pesawat tentera untuk berlepas. Landasan kapalterbang komersial pun berkongsi dengan tetera. Nak jimat kos ke? Kalau perang selamat ke orang awam. Duit negara buat utuk apa? Kepala mula berfikir tentang dunia politik dan pentadbiran Yemen... Ish..tak boleh nak rehat jugak. Mesti fikir politik juga... selagi mana ia manusia politik dan kehidupan tak dapat dipisahkan. Sebagai muslim, politik dan Islam tak dapat dipisahkan pula. ...teringat isu enjin kapalterbang tentera yang hilang...
Ketika keluar dari kwsn airport, suasana agak muram. Cuaca agak sejuk. nafas agak pendek-pendek. Rasa macam orang sakit asma pulak. Ianya disebabkan faktor kedudukan Sana'a diatas bukit dengan ketinggian 6000kaki dari paras laut dan dengan musim sejuk ia adalah biasa bagi orag luar yang baru berkunjung ke Sana'a. Teringat rasa nak mati...
Ops.. tak sempat nak cerita banyak... tgk picture jap. Relax.
Masjid Presiden Yemen. Masjid Jami' Ali Salah. Mendapat kritikan rakyat dan ulama kerana meghabiskan beratus juta dollar sedangkan infra negara dan faktor kemiskinan masih lagi ketinggalan. Macam masjid kristal tu le.
Kesan peninggalan Ka'bah Abrahah yang dibina supaya manusia mengagungkannya dan cuba meruntuhkan Ka'bah di Mekah. Akhirya dibinasakan Allah Swt dalam peristiwa al-Fiil. Semoga Abrahah Moden kemudian hari boleh ambil iktibar agar kehebatan kuasa dan fizikal tidak boleh dibanggakan. Ia akan fana' dan biasa juga.Oklah dulu.
No comments:
Post a Comment